Mangsa Banjir Kagum Makanan Bekas Terendam, Masih Segar & Boleh Dimakan!

Share

Baru-baru ini kita telah menyaksikan kemusnahan harta benda disebabkan bencana banjir. Banyak harta benda terpaksa dibuang ekoran dari tragedi malng ini.

Namun yang mengagumkan kita bila gambar bekas Tupperware yang penuh dengan keropok ikan tular di Twitter kerana dapat menyimpan makanan di dalamnya sepenuhnya utuh, segar dan rangup walaupun sudah lama berada di dalam air banjir.

Dalam gambar tersebut, struktur dan bahagian dalam bekas Tupperware kelihatan baik walaupun bahagian luarnya kotor kerana diselaputi lumpur.

Fakta bahawa keropok ikan kekal kelihatan segar dan boleh dimakan menunjukkan betapa tidak boleh dihancurkan bekas Tupperware!

Hampir setiap isi rumah di Malaysia akan mempunyai sekurang-kurangnya satu bekas Tupperware di antara banyak bekas lain yang disimpan di dalam almari.Ketahanan bekas Tupperware sudah diketahui umum terutama di kalangan ibu-ibu.

Patutlah zaman ibu dahulu kalau kita nak gunakan bekas tupperware, disuruhnya mengambil bekas plastik lain, ia ibarat barang berharga yang dijaga penggunaannya.

Malah muruku yang kita semua tahu agak rapuh, kekal selamat dan rangup di dalam bekas Tupperware.

Mangsa banjir lain turut berkongsi gambar Tupperware mereka juga! Masing-masing menunjukkan gambar bekas Tupperware mereka yang lain yang masih masih utuh dan makanan di dalamnya tidak terjejas.

 

Selepas melihat gambar-gambar tersebut, pengguna Twitter berasa kagum dengan kehebatan  bekas ini. 
Ramai yang turut memberi pendapat di  ruangan komen untuk menyatakan rasa tidak percaya mereka.

Klik sini

Published by
Putri