
Buat kudapan petang kadang-kadang boleh buntu juga. Apa kata kali ini, kita buat yang mudah, nutella bites ala cinnamon roll.
Resipi yang dikongsi Tan Mooi Ling ini, sangat mudah untuk dibuat dan hanya mengambil masa 10 minit saja untuk masak menggunakan air fryer.
NUTELLA BITES
BAHAN-BAHAN:
Roti paratha kosong (saya guna jenama Kawan)
Nutella – beli online di sini
1 biji telur
Gula – beli online di sini
TONTON Satay Lembut & Juicy | Makan Di Mana
TONTON Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live
CARA MASAK:
1. Keluarkan roti paratha dari peti sejuk. Terus sapukan nutella di keseluruhan permukaan roti paratha. Kena buat cepat-cepat ye sebab roti ni cepat lembik, nanti susah nak gulung.
2. Kemudian, tutup dengan satu keping lagi roti paratha. Selepas itu, potong seperti dalam gambar.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Gulung dengan kemas. Susun di dalam kertas cawan seperti di dalam gambar.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Sapukan telur yang sudah dipukul. Kemudian, tabur sedikit gula di atasnya. Ini terpulang pada citarasa masing-masing. Tak nak tabur gula pun boleh.
5. Masukkan ke dalam air fryer. Bakar dengan menggunakan suhu 180℃ selama 10 minit. Siap!
Kredit resipi: Tan Mooi Ling
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Campak-Campak Dah Siap, Resipi Mudah Ikan Tenggiri Masak Cuka Berkari
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mi Kari Nyonya & Tepung Pelita Tak Jemu Makan

Apa menu makan malam anda untuk hari ini? Buat yang tidak suka menu berat cukup hanya dengan menjamah mi yang berkuah dan juga kuih. Mi Nyonya ini memang istimewa dengan rencah yang menggoda rasa. Memang tak jemu makan. Sedap juga dapat nikmati kuih kegemaran ramai iaitu tepung pelita. Kalau disimpan dalam peti sejuk lagi nikmat rasanya.
Mi Kari Nyonya
Bahan-bahan:-
Minyak untuk menumis -BELI ONLINE DI SINI
3 potong dada ayam di hiris nipis2
Mi kuning (dicelur dalam air mengelegak)
50ml santan pekat
200gm tauhu goreng
100gm fish ball
100gm fish cake
1 liter air
Bahan-bahan kisar:-
10 ulas bawang merah )
3 ulas bawang putih )
1 1/2 inci halia ) dikisar
2 sudu makan udang kering )- BELI ONLINE DI SINI
1 batang serai (diketuk)
daun kari
50gm serbuk kari daging )jadikan pes
2 sudu makan cili kisar )
Bahan hiasan:-
Telur rebus
Daun pudina
Taugeh/Sawi
Cara memasak:-
1.Panaskan minyak
2.Tumiskan bahan-bahankisar, serai & daun kari sehingga naik bau
3.Masukkan bahan-bahan pes & kacau sehingga pecah minyak
4.Masukkan ayam dan kacau rata
5.Masukkan santan pekat dan 1 liter air
6.Biarkan mendidih masukkan tauhu goreng, fish ball & fish cake
7.Masukkan garam secukup rasa
Hidangkan dengan mi kuning yang telah dicelur dan hiaskan dengan telur rebus, daun pudina dan taugeh atau sawi
Tepung Pelita
Bahan-bahan untuk bahagian bawah (hijau)
1 cawan tepung beras (sis guna tepung beras cap bunga teratai kerana rasanya lebih sedap untuk membuat pencuci mulut)
5 cawan air daun pandan (yang telah dikisar)
1 cawan gula kastor
Secubit garam
Bahan-bahan untuk bahagian atas (putih)
1 cawan tepung beras -BELI ONLINE DI SINI
6 cawan pati santan
Garam secukup rasa
Cara memasak:-
1.Sediakan 24 biji kelongsong tepung pelita
2.Isikan sesudu teh gula di dalamnya.
3.Sementara itu sediakan bahan-bahan untuk bahagian bawah
Bahagian bawah:-
1.Campurkan semua bahan-bahan dan kacau hingga sebati
2.Masakkan di atas api hingga pekat dan berkilat
3.Tutup api dan tuangkan separuh adunan ke dalam setiap kelongsong kuih sehingga habis
Bahagian atas:-
1.Satukan semua bahan-bahan untuk bahagian atas ke dalam periuk dan masak atas api sehingga pekat dan berkilat
Tuangkan adunan ke dalam setiap kelongsong tepung pelita sehingga habis
2.Sejukkan dan sedia untuk dimakan
Nota : Kuih ini tidak perlu dikukus. Semasa memasak adunan perlulah sentiasa dikacau supaya adunan tidak bergentel.
SELAMAT MENCUBA!
Resipi Ikhlas daripada Datin Shida Yusoff @missdessertparlour
Jika ingin membeli pengisar kering, boleh membelinya secara online DI SINI
https://www.rasa.my/menu-seminggu-gerenti-habis-semasa-berbuka-dan-sahur/
Resipi Tepung Bunga. Kuih Tradisional Sedap Hanya Guna 4 Bahan
Khopud Nung @ Pulut Jagung Kukus, Dessert Thai Bukan Main Sedapnya
Masak Gulai Ketam Berapi Cara Orang Penang. Sedap Menjilat Jari

Ketam enak dimasak dengan pelbagai cara. Salah satunya ialah dengan cara masak gulai atau kari. Kali ini RASA nak kongsi resipi Gulai Ketam Berapi Penang Style perkongsian saudari Saiful Nasuha. Melihat gambarnya sahaja sudah cukup membuatkan rasa terliur. Kalau dirasa, pasti enak sekali. Jom cuba resipi ini. Pasti puas hati.
RESIPI GULAI KETAM BERAPI PENANG STYLE
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ketam bunga
6 biji bawang merah – beli online disini
5 ulas bawang putih – beli online disini
½ inci halia – diketuk
2 pelepah daun kari
½ keping kulit kayu manis – beli online disini
2 bungkus Rempah Kari Ikan Babas – beli online disini
1 ½ sudu makan Rempah Kari Daging Babas – beli online disini
Segenggam kelapa parut – kisar halus
Santan segar rm3
1 sudu teh jintan manis – tumbuk halus – beli online disini
1 sudu teh jintan putih – tumbuk halus – beli online disini
1 sudu teh lada hitam – tumbuk halus – beli online disini
1 keping asam gelugur saiz sederhana – beli online disini
Garam & aji secukupnya
BAHAN HIASAN:
2 pelepah daun kari
1 biji cili hijau – belah 2
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ketam terlebih dahulu. Potong dua.
2. Sediakan bahan-bahan untuk tumisan seperti bawang merah, bawang putih, halia, 2 pelepah daun kari dan kulit kayu manis.
3. Bahan-bahan yang perlu ditumbuk halus, kisar halus dan bahan hiasan.
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga kekuningan.
5. Masukkan rempah yang dikacau bersama air panas dan dicampur dengan jintan manis, putih dan lada hitam yang ditumbuk halus.
6. Masak sampai pecah minyak.
7. Kemudian masukkan kelapa parut yang dikisar halus dan juga santan.
8. Setelah mendidih, masukkan asam keping dan perasakan dengan garam secukupnya. Masak santan seketika dengan api perlahan.
9. Apabila santan masak dengan mesra, masukkan ketam.
10. Renehkan dengan api perlahan. Biarkan ketam masak. Akhir sekali masukkan bahan hiasan untuk mewangikan lagi gulai.
11. Gulai ketam ni memang akan pekat kuahnya sebab tu guna santan yang banyak baru umphh.
Kredit resipi & foto: Saiful Nasuha
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Buat Sendiri Perapan Lamb Chop Guna Resipi Yang Mudah & Sedap
Gulai Ikan Masin Tumis Darat Resipi Orang Lama, Sedap Tak Terkata
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Wanita Ini Kongsi Tip Sarapan Sihat, Berat Turun Dari 68 Kg Kepada 55 Kg

Isi Kandungan
Toggle
Bagi menyediakan hidangan sarapan, kita perlukan sesuatu yang menyihatkan tetapi tetap sedap. Jika sebelum ini kita kerap makan nasi lemak atau roti canai, kali ini apa kata kita makan pasta. Cara masaknya pula kita kurangkan minyak dan banyakkan sayuran.
Surirumah dari Shah Alam, Suria Rashid berkongsi empat resipi memasak pasta dengan cara yang sedap namun tetap sedap. Menurut Suria, sarapan yang sihat amat penting untuk memulakan hari dengan lebih bertenaga. Hidangan yang sihat tak semestinya tak sedap. Banyak cara untuk mengekalkan keenakan sesuatu makanan tanpa menjadikan ia sebagai satu makanan yang tinggi kalori.
“Sarapan sihat boleh tambah tenaga dan kawal pengambilan kalori. Semua orang perlu ambil sarapan untuk kekalkan kadar metabolisme badan. Pengambilan sarapan sihat penting untuk badan lebih sihat. Jangan sesekali skip sarapan,” katanya.
Ibu kepada tiga orang anak ini pernah bertambah berat badan sehingga 68 kilogram. Namun dengan mengamalkan pemakanan sihat dan menjaga pengambilan sarapan yang tinggi khasiat, dia berjaya mendapat berat idaman iaitu 55 kilogram pada masa sekarang.
TIP PASTA LEBIH SIHAT
“Salad dan pasta adalah salah satu hidangan sarapan yang saya selalu makan. Ada cara untuk menjadikan pasta dan salad tu meriah, rasanya sedap dan tak muak ketika dimakan. Saya kongsikan tiga tip untuk kita masak pasta dengan lebih sihat,” kata Suria yang kini sedang cuba untuk kekal 50 kilogram sahaja.
1. Guna pasta organik dan pasta yang tinggi serat.
2. Elakkan penggunaan keju atau sumber krim apabila memasak pasta. Boleh ganti dengan minyak zaitun.
3. Masak pasta dengan pelbagai sumber serat seperti sayur.
PASTA SALMON
.
BAHAN LEMON MENTEGA
3 ulas bawang putih (racik halus)
2 sudu besar jus perahan lemon
2 sudu besar mentega
Sedikit serbuk cili kasar
CARA MEMBUAT LEMON MENTEGA
1. Tumis bawang putih. Masukkan air perahan lemon, mentega dan serbuk cili kasar.
2. Matikan api dan ketepikan.
BAHAN SALMON PANGGANG
1 keping ikan salmon
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
CARA MEMASAK SALMON PANGGANG
1. Gaulkan ikan salmon bersama garam dan lada hitam. Letakkan di atas aluminium foil.
2. Panggang salmon di atas kuali sehingga masak.
3. Masukkan separuh campuran lemon dan mentega ke atas ikan salmon.
4. Biarkan sebati, ketepikan.
BAHAN PASTA
1/2 bawang holand (potong dadu)
250 gram pasta (direbus sampai lembut)
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam
Sedikit daun sup
Sedikit sayur pilihan
CARA PENYEDIAAN PASTA
1. Panaskan kuali. Tumis bawang holand dan baki separuh lagi lemon mentega.
2. Masukkan pasta dan 1/4 cawan air rebusan pasta tadi.
3. Masukkan garam dan lada hitam.
4. Masukkan daun sup dan sayur pilihan.
5. Sedia dihidang bersama salmon panggang tadi.
SPRING ROLL MAKARONI BERKEJU
.
BAHAN-BAHAN
150 gram makaroni
Minyak zaitun untuk menumis
3 ulas bawang putih (diracik)
1/2 labu bawang besar (potong dadu)
100 gram sayur campur
10 ekor udang saiz sederhana (dihancurkan)
10 ketul jejari ketam (dihiris halus)
100 gram sos bolognese
Garam secukup rasa
Herba Itali secukup rasa
Sedikit daun ketumbar (hiris halus)
1/2 cawan keju cheddar
1/2 cawan keju mozarella
Kulit popia secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Rebus pasta sehingga masak dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali.
3. Tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan sayur campur.
4. Masukkan udang dan jejari ketam.
5. Masukkan sos bolognese, garam, herba Itali dan daun ketumbar.
6. Tutup api. Masukkan keju dan pasta. Gaul sebati. Ketepikan.
7. Ambil sekeping kulit popia. Letakkan campuran pasta tadi. Balut kulit popia dengan kemas.
8. Panaskan minyak masak. Goreng popia sehingga garing.
9. Hidangkan dengan keju nachos.
* Hidangan ini kurang sesuai untuk diet tapi boleh dimakan ketika cheat day. Jadi tak delah korang bosan sangat.
SALAD PASTA
.
BAHAN-BAHAN
150 gram pasta spiral
100 gram jejari ketam
100 gram udang
Batang seleri
Kacang pis hijau
Lobak merah
Jagung
Lada benggala
Tomato ceri
1/2 biji lemon (perah jus)
1 cawan mayones
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Masak pasta sehingga lembut dan toskan. Ketepikan.
2. Rebus jejari ketam dan udang. Ketepikan.
3. Campurkan semua sayur dan makanan laut.
4. Masukkan perahan lemon dan mayones.
5. Gaul sebati dan tabur sedikit garam dan lada hitam sebagai penambah rasa.
6. Sedia untuk dinikmati.
PASTA BERKRIM DENGAN UDANG
.
BAHAN-BAHAN
200 gram pasta bowtie
10 ekor udang saiz sederhana
1 sudu besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih (diracik)
1/2 biji bawang besar
1/2 cawan krim keju
1/2 biji lemon (perah jusnya)
1 cawan kacang pis
Daun sup secukupnya
Daun bawang secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Rebus pasta dan toskan. Ketepikan.
2. Gaul udang bersama garam dan lada hitam.
3. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar.
4. Masukkan udang. Masak selama 2 minit.
5. Masukkan krim keju, perahan lemon, 1/4 air rebusan pasta dan kacang pis.
6. Masukkan daun sup dan daun bawang.
CARA PENYEDIAAN
1. Sediakan pasta. Tuangkan kuah udang berkrim keju ke atasnya.
2. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mecuba!
Untuk dapatkan lebih resipi, boleh dapatkan majalah RASA edisi Oktober pada harga RM7.20 senaskhkah di mana-mana kedai buku berhampiran anda.