Pencuci mulut Che Suong Sa Hat Luu atau Rainbow Dessert ni sangatlah sedap. Rasanya manis. Sangat sedap dimakan ketika santai pada waktu petang. Nak membuatnya memang agak renyah tapi percayalah sangat berbaloi.
CHE SUONG SA HAT LUU (RAINBOW DESSERT)
BAHAN A
1 ½ sudu teh serbuk agar-agar
3 sudu teh gula
2 cawan air
Ads
BAHAN B
1 cawan kacang hijau (tanpa kulit)
2 cawan air
3 sudu teh gula
¼ sudu teh garam
BAHAN C
6 biji sengkuang cina | buang kulit dan dadu kecil
½ cawan tepung ubi
2 sudu teh gula
Pewarna merah dan hijau
Ads
BAHAN D
2 cawan air
1 cawan gula
¼ sudu teh esen vanilla
Ads
BAHAN E
400 ml santan pekat
½ cawan air
4 sudu makan gula
½ sudu makan bancuhan tepung ubi
½ sudu teh garam
CARA MEMBUAT
1. Satukan BAHAN A lalu didihkan sehingga larut. Tapis ke dalam loyang dan sejukkan selama 1-2 jam atau hingga agar-agar keras. Setelah keras, potong memanjang agar-agar mengikut cita rasa. Ketepikan.
2. Satukan BAHAN B di dalam periuk lalu didihkan sehingga kacang hijau empuk. Kisar kacang hijau yang telah direbus sehingga menjadi pes yang pekat.
3. Bahagikan sengkuang cina (BAHAN C) kepada dua bahagian lalu warnakan setiap bahagian. Guna pewarna hijau dan merah dengan cara merendam sengkuang sebentar ke dalam air yang bercampur pewarna. Toskan dan salut dengan tepung ubi lalu buang lebihan tepung. Celur sengkuang dengan air yang dicampur gula sehingga lembut. Toskan.
4. Satukan BAHAN D sehingga larut menjadi sirap gula yang pekat lalu tapis.
5. Satukan BAHAN E lalu didihkan dengan api yang kecil sehingga menjadi kuah yang pekat.
6. Untuk menghidang, tuang ais kisar dalam gelas lutsinar. Lapiskan pes kacang hijau, diikuti dengan sengkuang cina, agar-agar, air gula dan kuah santan. Hidangkan sejuk.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kacang badam atau ‘almond’ adalah kacang yang kaya dengan pelbagai nutrisi dan khasiat dan dipercayai bermanfaat untuk kesihatan mahupun kecantikan.
Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi.
Selalunya kacang badam dicampur dalam makanan untuk menambahkan lagi kelazatan seperti di dalam aiskrim , biskut, coklat, atau pun salad.
Menariknya,kacang badam adalah kacang yang tidak menimbulkan jerawat di muka yang menjadi mimpi ngeri bagi wanita.Sebenarnya anda tidak perlu takut mengambil badam kerana walaupun badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, namun 90% dari lemak dalam badam adalah lemak tidak tepu. Malahan minyak badam yang kaya dengan vitamin E ini sering digunakan dalam produk kecantikan kulit.
Jom kita dapatkan khasiat badam dengan membuat biskut raya berasaskan badam. Resepi ni dari Nor Shahidah Mohd Mahayadin dari Yummilicios Cakes n Cookies yang sudi berkongsi resepi dengan RASA.
1.FLUFFY ALMOND COOKIES
BAHAN-BAHAN :
250 gm minyak sapi
175 gm mentega
200 gm oat | dikisar
615 gm tepung gandum | diayak
320 gm gula kastor
Bahan hiasan :
Kuning telur dan badam
CARA MEMASAK : 1. Pukul minyak sapi, mentega dan gula hingga sebati. 2. Masukkan oat dan tepung gandum. 3.Bentukkan doh ikut bentuk kesukaan anda. 4. Sapukan kuning telur dan hiaskan kacang badam di atasnya. 5. Panaskan oven, bakar suhu pada suhu 170 darjah celcius hingga perang keemasan.
Saiz hidangan : 50 -60 keping Waktu memasak: 17 minit Cara Memasak : Bakar Jenis masakan : Biskut Keistimewaan: Ramuan oat yang sungguh sedap dan rangup Anggaran kos: RM 15
INFO CHEF : Anda boleh juga memasukkan badam hancur ini ke dalam ramuan adunan untuk rasa lebih rangup.
2. ALMOND SHORTBREAD COOKIES
BAHAN-BAHAN :
200gm mentega
80gm gula aising
250gm tepung gandum | diayak
80gm badam kisar
Bahan hiasan :
Coklat urai warna putih, secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula aising icing hingga kembang. 2 .Masukkan badam kisar dan tepung gandum, gaul rata hingga membentuk doh. 3. Terap dengan acuan pemotong biskut ikut bentuk yang disukai. 4. Hiaskan dengn coklat urai putih. 5. Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius. Bakar hingga perang keemasan
Saiz hidangan : 40 keping Waktu memasak: 15- 20 minit Cara Memasak : Bakar Jenis masakan : Biskut Keistimewaan : Rasa badam yang berlemak Anggaran kos : RM 14
INFO CHEF : Jika anda mahu rasa yang lebih rangup, badan jangan dikisar terlalu halus.
Bila disebut kuih tempatan pastilah kuih tradisional yang terbayang di ingatan. Ya, kuih tempatan adalah sajian pencuci mulut paling sedap lepas berbuka.
Kuih tempatan biasanya dihasilkan dengan menggunakan bahan asas seperti tepung beras, tepung pulut, tepung ubi kayu, gula melaka, santan dan sebagainya. Yang pastinya bahannya murah tapi dari segi rasa terjamin sedap. Sesuai dibuat sarapan dan minum petang.
foto : HargaCampur.Com
1.PUTU PERAK
BAHAN-BAHAN :
4 cawan tepung beras
1 cawan tepung pulut
1 cawan air
1 cawan gula halus atau kaster
Kain kasa/ kain kapas lembap sebagai alas acuan masa mengukus
Bahan inti :
Gula Melaka atau gula kabung secukupnya/diracik
CARA MEMASAK : 1. Campurkan tepung beras dan tepung pulut. 2. Gaul rata. Tuang air dan ramas hingga nampak berketul. 3. Kisar kering hingga halus dan ayak. 4. Campurkan gula kedalam tepung yang diayak tadi. 5. Gaul hingga sebati, sementara itu panas air kukusan hingga mendidih 6. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan biar separuh sahaja. 7. Masukkan inti gula kabung/Melaka, kemudian tambah adunan di atasnya. 8. Alas kain lembap pada acuan dan kukus hingga masak.
INFO : Versi inti asal putu tradisional dari Perak ini adalah kelapa parut dan garam, tetapi ramai yang sudah mengubahsuai inti dengan gula kabung atau gula Melaka untuk rasa yang manis
1/2 sudu teh esen ros Pewarna merah, hijau, putih, kuning biru, ungu , merah jambu cukupkan 7 (jumlah warna ikut suka,)
CARA MEMASAK : 1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. 2. Bahagikan adunan kepada 7 bahagian warna asal, dan 7 bahagian lagi masukkan pewarna yang berlainan. 3. Panaskan pengukus dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar. 4. Masukkan satu senduk adunan putih dan kukus selama 5 minit hingga masak. 5. Lapiskan pula satu senduk adunan merah dan kukus lagi 5 minit. 6. Ulangi langkah 4 berselang seli adunan warna asal dan adunan berwarna hingga habis. 7. Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dan kukus selama 25 minit. Balut penutup dengan tuala dapur agar air tidak menitik ke atas permukaan kuih. 8. Setelah masak, angkat biarkan sejuk, Bila sudah betul-betul sejuk barulah boleh dipotong menggunakan pisau plastik atau pisau potong kek.
INFO : Pastikan setiap lapisan yang dikukus itu membeku. Kadang-kadang lapisan yang tengah perlu dipanjangan sedikit masa kerana lapisan dah tebal. Sekiranya adunan tak membeku ia akan tercampur dengan warna lain dan tidak cantik lapisannya.
3. KUIH TEPUNG PELITA ASLI
BAHAN-BAHAN :
Bahan lapisan hijau /bawah:
1/2 cawan tepung beras
Secubit kapur makan
2 cawan air daun pandan /4-5 helai daun pandan dikisar
1 sudu teh gula bagi setiap bekas
Bahan lapisan atas/santan :
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan
Secubit garam
CARA MASAK LAPISAN HIJAU/BAWAH: 1. Campurkan kesemua bahan lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih. 2. Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu gula ke dalam bekas, kemudian baru tuangkan campuran tadi sebanyak 1/3 sahaja. 3. Kukus selama 15 minit , setelah masak tuangkan pula adunan lapisan santan di atasnya.
CARA MASAK LAPISAN SANTAN/ATAS : 1.Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau hingga keluar wap. 2.Tuang atas lapisan hijau tadi dan kukus selama 10 minit.
INFO CHEF : Seperti juga kuih tradisional yang lain ia turut mengalami ubahsuai dalam resipinya. Ada yang dimasukkan tepung jagung tepung kwan hoe dan bermacam-macam lagi.
4. KUIH TOPI
BAHAN-BAHAN :
1 1/2 cawan gula
2 cawan air
Secubit garam
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
CARA MEMASAK : 1. Gula, air dan garam dimasak hingga gula hancur. Sejukkan air gula. 2. Tepung gandum dan tepung beras dicampurkan. Kemudian masukkan air gula sedikit demi sedikit. 3. Kacau sehingga adunan tidak berketul dan berbuih. 4. Kemudian perap 8 jam atau semalaman 5. Sebelum goreng kacau sebati dulu adunan kuih topi itu. Kalau pekat tambah sedikit air dan kacau sebati. 6. Apabila adunan sudah sebati ambil sesenduk adunan curah dalam kuali yang sudah panas minyak. 7. Guna kuali yang dalam, bila sudah masuk, balikkan kuih topi. 8. Masa ini anda boleh lihat topinya naik. 9. Goreng hingga tepi dan kelililing kuih agak garing 10. Kuih topi siap dihidangkan
INFO : Kuih topi cukup popular di Kelantan dan Terengganu. Ia juga dikenali sebagai kuih cucur manis atau cucur jawa.
Pada waktu petang, selalu juga terasa nak makan sesuatu yang manis. Pemanis mulut tradisional yang cukup memikat hati salah satunya adalah sagu gula merah. Sedapnya dimakan sama ada panas ataupun sejuk. Rasanya manis dan sedap dimakan beramai-ramai dengan ahli keluarga atau kawan-kawan.
SAGU GULA MERAH
BAHAN-BAHAN
• 1 mangkuk sagu
• 1 tin susu cair (boleh ganti dengan 1 1/2 cawan santan)
• 1 cawan gula merah (boleh guna 1 ketul gula melaka)
• Pewarna merah
• Daun pandan
• Air
CARA PENYEDIAAN SAGU
1. Panaskan air dalam periuk sehingga didih.
2. Masukkan sagu, pewarna merah dan daun pandan.
3. Biarkan sehingga sagu kembang dan masak. Kena selalu kacau untuk elak sagu hangit di bahagian bawah.
4. Selepas sagu masak, angkat dan tapis. Masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian dan biarkan sejuk.
PENYEDIAAN AIR GULA MERAH
1. Masukkan air dan gula merah ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2. Selepas masak, tapis air gula tadi masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian dan biarkan sejuk.
PENYEDIAAN SUSU
1. Masukkan susu ke dalam periuk bersama sedikit air.
2. Panaskan sehingga mendidih.
3. Selepas mendidik, tutup api. Masukkan dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.
4. Kalau guna santan, ikut cara yang sama juga dari nombor 1 hingga 3. Bezanya santan perah tidak perlu tambah air. Santan kotak perlu tambah air.
CARA MENGHIDANG
1. Masukkan sagu terlebih dahulu ke dalam mangkuk.
2. Tuang gula merah dan susu.
3. Sedia dimakan.
Jom cuba resipi Kuih Abok-Abok sedap dan mudah ini! Kuih tradisional kegemaran ramai dengan rasa lemak manis dan aroma daun pisang, sesuai untuk sarapan atau minum petang.