Pencuci mulut Che Suong Sa Hat Luu atau Rainbow Dessert ni sangatlah sedap. Rasanya manis. Sangat sedap dimakan ketika santai pada waktu petang. Nak membuatnya memang agak renyah tapi percayalah sangat berbaloi.
CHE SUONG SA HAT LUU (RAINBOW DESSERT)
BAHAN A
1 ½ sudu teh serbuk agar-agar
3 sudu teh gula
2 cawan air
Ads
BAHAN B
1 cawan kacang hijau (tanpa kulit)
2 cawan air
3 sudu teh gula
¼ sudu teh garam
BAHAN C
6 biji sengkuang cina | buang kulit dan dadu kecil
½ cawan tepung ubi
2 sudu teh gula
Pewarna merah dan hijau
Ads
BAHAN D
2 cawan air
1 cawan gula
¼ sudu teh esen vanilla
Ads
BAHAN E
400 ml santan pekat
½ cawan air
4 sudu makan gula
½ sudu makan bancuhan tepung ubi
½ sudu teh garam
CARA MEMBUAT
1. Satukan BAHAN A lalu didihkan sehingga larut. Tapis ke dalam loyang dan sejukkan selama 1-2 jam atau hingga agar-agar keras. Setelah keras, potong memanjang agar-agar mengikut cita rasa. Ketepikan.
2. Satukan BAHAN B di dalam periuk lalu didihkan sehingga kacang hijau empuk. Kisar kacang hijau yang telah direbus sehingga menjadi pes yang pekat.
3. Bahagikan sengkuang cina (BAHAN C) kepada dua bahagian lalu warnakan setiap bahagian. Guna pewarna hijau dan merah dengan cara merendam sengkuang sebentar ke dalam air yang bercampur pewarna. Toskan dan salut dengan tepung ubi lalu buang lebihan tepung. Celur sengkuang dengan air yang dicampur gula sehingga lembut. Toskan.
4. Satukan BAHAN D sehingga larut menjadi sirap gula yang pekat lalu tapis.
5. Satukan BAHAN E lalu didihkan dengan api yang kecil sehingga menjadi kuah yang pekat.
6. Untuk menghidang, tuang ais kisar dalam gelas lutsinar. Lapiskan pes kacang hijau, diikuti dengan sengkuang cina, agar-agar, air gula dan kuah santan. Hidangkan sejuk.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Angin dalam badan memang boleh mengganggu rutin seharian. Perut rasa memulas, rasa sakit di bahagian dada dan selalu sendawa. Penceramah Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat, Norazizah Ruslan, memberikan resipi menghasilkan minuman yang boleh bantu mengeluarkan angin dari dalam badan. Bukan setakat itu, boleh juga mengeluarkan peluh tau.
TEH MASALA
BAHAN-BAHAN
500 ml air
1 helai daun pandan (disimpul)
1 ketul halia sebesar ibu jari kaki
10 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
5 biji lada hitam
5 uncang teh
2 susu besar gula perang
1/2 cawan susu segar
CARA MEMBUAT
1. Rebus air bersama daun pandan, halia, pelaga, bunga cengkih dan lada hitam sehingga betul-betul mendidih.
2. Tutup api dan masukkan uncang teh. Biar terseduh 10 minit.
3. Buangkan daun pandan dan uncang teh.
4. Masukkan susu dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
5. Sedia diminum.
KHASIATNYA: Bantu buang angin dalam badan, lancarkan darah dan mengeluarkan peluh.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Keenakan manisan sememangnya tidak dapat dinafikan apatah lagi jika dinikmati di waktu-waktu petang begini. Manisan seperti aneka bubur sentiasa mendapat tempat di kalangan peminatnya. Kombinasi rasa lemak serta manis yang seimbang menjadikan hidangan ini tidak puas dinikmati. Khas buat anda, RASA kongsikan aneka resipi bubur manis yang mudah yang boleh dicuba.
1. BUBUR BARLI DAN PISANG
BAHAN-BAHAN:
6 biji pisang nangka
100gm barli|rebus sehingga empuk
600ml santan
150gm gula
100gm gula merah
2 helai daun pandan|disiat&simpul
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Potong pisang setebal 2cm dan celur sebentar. Toskan.
Satukan santan, gula, gula merah dan daun pandan di dalam periuk.
Didihkan sehingga ia hampir mendidih.
Masukkan pisang yang telah dicelur berserta barli dan secubit garam.
Didihkan dengan api yang kecil sehingga semua bahan sebati.
Info Chef: Pisang nangka boleh digantikan dengan penggunaan pisang awak.
2. BUBUR BUTIR NANGKA
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung pulut
2800gm gula
800ml santan pekat
2 helai daun pandan|disimpul
Secubit garam
4 pewarna makanan pilihan
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Didihkan air yang banyak di dalam periuk yang besar.
Masukkan tepung ke dalam mangkuk berserta secubit garam. Tuang air sedikit demi sedikit dan uli tepung hingga menjadi doh yang lembut.
Bahagikan doh kepada tiga bahagian. Warnakan setiap bahagian dengan pewarna makanan pilihan.
Bentukkan doh menjadi butir-butir kecil dan masukkan ke dalam air yang mendidih tadi. Apabila butir-butir tepung naik ke permukaan, angkat dan toskan.
Di dalam periuk lain, satukan santan, gula, daun pandan dan secubit garam. Biarkan mendidih dengan api yang kecil untuk beberapa minit.
Masukkan butir-butir nangka dan didihkan untuk beberapa minit hingga semua bahan sebati.
Info Chef: Pastikan doh diuli sebati bagi mendapatkan tekstur bubur yang cantik.
3. BUBUR CANDIL PANDAN
BAHAN-BAHAN:
600ml santan pekat
200gm tepung gandum
250gm gula
250ml air perahan daun pandan
2 helai daun pandan|disiat & simpul
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Uli tepung gandum bersama air perahan daun pandan sehingga menjadi doh yang agak lembut.
Bentukkan doh menjadi bebola kecil atau lonjong atau mengikut bentuk yang diingini.
Celur doh sehingga ia menjadi lembut kemudian toskan.
Di dalam periuk yang berlainan, satukan santan, gula dan daun pandan. Didihkan sehingga ia hampir mendidih.
Masukkan doh candil yang telah direbus terlebih dahulu berserta secubit garam. Didihkan lagi untuk beberapa minit sehingga semua bahan menjadi sebati.
Info Chef: Jika doh terlalu keras, tambah sedikit air dan jika doh terlalu lembik tambahkan sedikit tepung
Suka makan donut? Anda kena cuba resipi Bomboloni Hot Pink Velvetperkongsian saudari Ainur Aziana ni. Sedap, lembut dan gebu. Memang puas hati. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI BOMBOLONI HOT PINK VELVET
BAHAN A:
1 paket yis ( 11gm)
2 sudu maka susu pekat manis
1 cawan air suam
1 sudu teh emulco red velvet (campur semua bahan dan biar hingga yis naik)
BAHAN B:
4 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh bread improver ( pilihan)
2 sudu makan marjerin
1 sudu teh garam ( campur semua bahan dan ramas hingga jadi serbuk roti)
BAHAN C:
250gm krim keju
Susu pekat manis – sukatan agak-agak
Gula ising – sukatan agak-agak
Krim putar ( whipping cream) – pukul hingga kental (Pukul krim keju, gula ising dan susu pekat manis. Jumlah susu dan gula agak-agak ikut kemanisan yang anda suka. Campurkan dengan krim putar. Sebatikan dan simpan dalam peti sejuk.)
CARA MEMASAK: 1. Masukkan bahan A ke dalam bekas berisi bahan B. Kacau sebati dan perap. Tak perlu uli lama. Adunan memang agak lembik. Asalkan doh tidak melekat di tangan, sudah dikira ok. 2. Perap doh selama 30 minit atau 1 jam. Tumbuk bagi membuang angin dan bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Bulatkan doh dan biar hingga naik 2 kali ganda.
3. Goreng doh tadi hingga keperangan. Angkat dan toskan minyaknya. 4. Bila bomboloni dah sejuk, isikan inti ( campuran bahan C) dengan secukupnya. Salut dengan gula (jika suka) dan sedia untuk dinikmati.
Cuba Kerabu Maggi Thai yang sedap dan menggiurkan dengan resipi mudah ini. Tekstur mi yang sempurna bersama gabungan rasa pedas, masam dan manis pasti memikat selera.