Sesekali asah skil kamu di dapur kala menyediakannya hidangan manisan teristimewa di hari raya. Gabungan rasa moden dan tradisonal pasti akan memikat selera tetamu. Empat resipi unik dan pastinya menyelerakan untuk kamu buat sendiri. Tidak terlalu sukar, sesuai untuk dicuba dan tunjukkan kehebatan kamu membuat kek. Selamat mencuba.
NUTELLA VOLCANO
BAHAN-BAHAN (CAKE CRUMB):
- 250gm tepung gandum
- 2 sudu teh serbuk penaik
- 130gm gula perang
- 150gm oat
- 170gm mentega sejuk
BAHAN INTI:
- 160gm coklat gelap
- 80gm krim putar
- 40gm nutella
BAHAN LAPISAN ATAS:
- 150gm adunan cake crumb
- 50gm emping badam
CARA MEMBUAT:
- Satukan semua bahan cake crumbdan mesrakan semuanya. Kemudian asingkan 150gm adunan tersebut dan ketepikan.
- Adunan selebihnya dimasukkan ke dalam loyang yang telah dilenserkan dan dialas dengan parchment paper. Ratakan.
- Panaskan krim putar sehingga berwap. Tutup api dan masukkan coklat gelap.
- Tuangkan coklat cair ke atas adunan cake crumbdalam loyang tadi. Kemudian ratakan nutella di atasnya.
- Kemudian tuang dan kemaskan sapuan bahan lapisan atas di atas permukaan nutella tadi.
- Bakar pada suhu 150C selama 30 minit.
INFO CHEF: Selain menggunakan emping badam, anda boleh menggantikannya dengan pilihan kacang yang lain seperti gajus atau kacang hazel.
TEH TARIK CAKE
BAHAN A:
- 300ml susu cair
- 6 uncang teh
BAHAN B:
- 4 biji telur gred A
- 2 biji kuning telur
- 1 sudu teh esen vanila
BAHAN C (diayak):
- 330gm tepung kek
- 4 sudu teh serbuk penaik
BAHAN D:
BAHAN E:
BAHAN TOPPING:
- 300gm krim kejuu
- 100gm mentega
- 140gm gula aising
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu kecil serbuk teh
CARA MEMBUAT:
- Sebatikan bahan C dan D. Kemudian tambahkan gula kastor dan mentega asli.
- Ambil lebih kurang 100ml sebatian bahan A dan masukkan ke dalam adunan bahan B. Kacau sehingga sebati.
- Lebihan sebatian bahan A tadi dicampurkan ke dalam adunan tepung. Sebatikan.
- Masukkan telur dan kaup balik sehingga rata. Tuangkan ke dalam loyang pembakar.
- Bakar selama 20 minit pada suhu 150C.
- Untuk membuat topping, putar krim keju dan gula aising sehingga sebati. Masukkan mentega, esen vanila dan serbuk teh. Bolehlah diratakan ke seluruh kek.
INFO CHEF: Selain menggunakan serbuk teh asli, anda boleh buat adunan resipi ini menggunakan pelbagai jenis serbuk teh yang lain.
MANGO CHEESECAKE
BAHAN-BAHAN (BASE):
- 200gm biskut digestive
- 85gm mentega | dicairkan
BAHAN KEK:
- 500gm keju
- 3/4 gula kastor
- 300gm krim putar
- 200ml susu pekat
- 2 sudu teh gelatin
- /2 cawan air panas
- 2 biji mangga ranum | dipotong kiub
BAHAN TOPPING:
- 1 1/2 biji mangga
- 2 sudu teh gelatin | ditambah dengan 1/2 cawan air panas
CARA MEMBUAT:
- Hancurkan biskut dan aduk bersama mentega cair. Masukkan ke dalam loyang pembakar yang sudah di alas dengan parchment paper. Keraskan.
- Untuk membuat kek, putarkan krim keju bersama gula kastor sehingga sebati. Masukkan krim putar dan susu pekat. Gaul rata dan masukkan gelatin.
- Bahagikan adunan kek kepada dua bahagian. Tuangkan satu bahagian ke atas adunan biskut dan taburkan mangga kiub.
- Masukkan lebihan adunan kek dan ratakan.
- Untuk membuat topping, kisarkan mangga dan gelatin. Kemudian tuangkan ke atas adunan kek tadi.
- Simpan dalam peti ais dan biarkan semalaman sehingga kek keras.
INFO CHEF: Resipi ini bukan saja sesuai untuk menggunakan buah mangga tetapi buah-buahan tropika lain seperti pic, buah naga dan sebagainya.
CONGO BARS
BAHAN-BAHAN:
- 150gm mentega
- 250gm gula perang
- 3 biji telur
- 310gm tepung gandum
- 2 1/2 sudu teh serbuk penaik
- 200gm cip coklat
CARA MEMBUAT:
- Cairkan mentega dan campurkan dengan gula perang. Pukul sebati.
- Masukkan telur perlahan-lahan dan aduk. Kemudian masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan cip coklat. Sebatikan.
- Kemudian dibakar pada suhu 150C selama 40 minit.
INFO CHEF: Jika mahu, boleh tambahkan 150gm serbuk coklat atau koko ke dalam adunan.