Petang-petang ni kalau buat puding dan sagu memang best. Resipi yg min share ni bukan puding biasa ada nangka weii. Puding pula dari rambutan. Ni lah nikmat buah-buahan tempatan.

Ni ada min kongsikan kuih jongkong versi Johor. Selain tu kuih yang dibalut daun pisang ni juga terkenal di kalangan Cina Peranakan. Jom makan manisan ni.

PUDING TRIFLE RAMBUTAN

Manisan Nyaman Nikmat Tak Terkata

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg isi rambutan yang siap dihiris | Tapis air rambutan tadi dan asingkan ke dalam mangkuk lain
  • 1 biji kek swiss roll | dipotong setebal 2cm

BAHAN LAPISAN KASTARD :

  • 1 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air (sukat pakai tin susu tadi)

BAHAN LAPISAN AGAR-AGAR:

  • 11gm agar-agar serbuk
  • 800gm air
  • 5 sudu makan gula
  • Sedikit pewarna merah

CARA MEMASAK:
1. Pertama, potong kek swiss roll dan masukkan ke dasar mangkuk. Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk. Tekan sedikit bagi padat.
2. Siram atau renjiskan air rambutan yang telah diasingkan tadi di atas kek. Ia bertujuan supaya kek lebih lembap. Ketepikan.
3. Masakkan semua bahan untuk lapisan kastard sehingga pekat dengan api kecil.
4. Susun separuh hirisan isi rambutan di atas kek dan tuang adunan kastard di atas lapisan rambutan tadi. Ketepikan.
5. Untuk memasak agar-agar; satukan agar-agar , air dan gula serta masak hingga ia hancur. Masukkan sedikit pewarna merah. Angkat dan ketepikan.
6. Susun baki hirisan rambutan di atas lapisan kastard tadi dan tuang adunan agar-agar di atas lapisan rambutan tersebut.
7. Biarkan ia sejuk dan sedia dinikmati.

Saiz Hidangan :4 hingga 6 orang
Waktu Memasak: 50 minit
Jenis Hidangan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Makanan barat dengan sentuhan tradisional
Cara Memasak : Reneh
Anggaran kos: RM15-RM20

IKLAN

INFO CHEF : Bahan-bahan perlu digandakan mengikut jumlah tetamu yang ingin dihidangkan.

RESIPI SAGU NANGKA GULA MERAH

Manisan Nyaman Nikmat Tak Terkata

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ulas nangka masak | hiris nipis
  • 1 cawan biji sagu
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • Sedikit pewarna kuning

BAHAN AIR GULA:

  • 2 ketul gula melaka
  • 1 cawan air
  • 2sudu makan gula pasir
  • 1 helai daun pandan

BAHAN KUAH SANTAN:

IKLAN
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan air
  • 1/2sudu teh garam
  • 3 sudu makan tepung gandum

CARA MEMASAK:
1. Rendamkan biji sagu selama 1/2 jam kemudian toskan airnya.
2. Masak air sehingga mendidih dan masukkan sagu tadi dan masak sehingga bertukar jernih atau hilang biji-biji putih. Tutup api biarkan sejuk (suam) sedikit. Bahagikan kepada dua adunan dan satu adunan dititiskan dengan pewarna kuning.
3. Susun nangka ke dalam acuan dan masukkan sagu yang suam tadi. Ketepikan.
4. Untuk memasak air gula; satukan gula Melaka, air, gula pasir dan daun pandan di dalam periuk an masak hingga gula hancur. Angkat dan ketepikan.
5. Untuk memasak kuah santan; satukan santan dan air di dalam periuk. Masakkan di atas api dan kacau sehingga menggelegak. Masukkan tepung gandum dan masak sehingga pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
6. Untuk menghidang, keluarkan sagu dari acuan, yang berwarna kuning di bawah dan telungkupkan yang tanpa warna di atasnya. Siram dengan air gula dan kuah santan. Boleh hias dengan sedikit hirisan nangka di atasnya untuk lebih menarik. Sedia dinikmati sejuk.

Saiz Hidangan : 4 hingga 7 orang
Waktu Memasak: 1 jam
Jenis Hidangan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Rasa lemak dan manis
Cara Memasak :Reneh
Anggaran kos: RM15-RM18

INFO CHEF : Bahan-bahan perlu digandakan mengikut jumlah tetamu yang ingin dihidangkan.

3. KUIH JONGKONG VERSI JOHOR:

Manisan Nyaman Nikmat Tak Terkata

IKLAN

BAHAN A:

  • 150gm tepung beras cap teratai
  • 70gm tepung ubi kayu
  • 600ml santan cair
  • 3 sudu makan gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam

BAHAN B (INTI):

  • 2 ketul gula melaka dihiris dadu

BAHAN C (KUAH ):

  • 100 ml santan
  • 3sudu makan tepung gandum

BAHAN LAIN:

  • Daun pisang secukupnya (dibersihkan dahulu)
  • Lidi kecil secukupnya
  • Air untuk mengukus secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Untuk memasak adunan tepung; Satukan dan masak semua bahan A di atas api sehingga likat. Kacau sentiasa. Tutup api dan biarkan sejuk. Ketepikan.
2. Untuk kuah santan; satukan semua bahan C dan masak di atas api dan kacau perlahan. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk membungkus jongkong; daun pisang dipotong saiz 20 x25cm persegi atau mengikut saiz yang dikehendaki. Layurkan sedikit terlebih dahulu. Letakkan adunan tepung yang telah dimasak di atas daun pisang, leperkan sedikit dan masukkan ketulan gula Melaka sebagai inti di dalamnya.
4. Tutup dengan adunan kuah santan dan bungkus seperti membungkus tapai. Mula-mula, lipat dua dahulu dan kelepetkan bahagian kiri kanan. Kemaskan dengan lidi. Lebihan daun boleh dipotong untuk nampak lebih kemas.
5. Ulangi langkah hingga selesai.
6. Panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus selama 25-30 minit.
7. Angkat dan sedia dinikmati.

Saiz Hidangan : 4 hingga 6 orang
Waktu Memasak: 1 jam
Jenis Hidangan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Rasa lemak yang sedap
Cara Memasak : Reneh dan rebus
Anggaran kos: RM15-RM18

INFO CHEF : Bahan-bahan perlu digandakan mengikut jumlah tetamu yang ingin dihidangkan.

Resipi: Terima kasih Widiati Sulaiman, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI