Tang Yuan ,biasa dimakan oleh masyarakat cina khasnya pada musim perayaan ‘Dong zhi’ atau Winter Solstice. Rupanya seperti onde-onde tapi tak menggunakan kelapa parut. Ianya dimakan dengan sirap gula.
Manisan ini dihidangkan bersempena dengan musim-musim perayaan melambangkan keakraban hubungan kekeluargaan.
Bahan-bahan :
300g tepung pulut
1/2 cawan air panas
1 cawan air suhu bilik
Inti – ikut selera masing-masing. (Cth: kacang merah, gula melaka, kacang tanah)
Untuk air sirap: Air secukup nya, gula batu/gula melaka/gula pasir, daun pandan, secebis hirisan halia.
Cara memasak:
1. Dengan sudu kayu, gaulkan tepung dengan 1/2 cawan air panas sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan satu cawan air suhu bilik sedikit demi sedikit sambil gaul. Uli dengan tangan sehingga menjadi doh.
2.Uli sehingga doh tak melekat pada tangan. Tambahkan sedikit tepung jika masih melekit.
3.Bahagikan kepada tiga bahagian untuk mewarnakan mengikut citarasa. Saya menggunakan pandan paste, warna pink, dan satu bahagian biar warna asal. Uli lagi sehingga warna pada doh sebati.
4.Biji bunga matahari dii sangai terlebih dahulu hingga garing dan berbau wangi
5. Sangai juga biji badam hingga garing dan berbau wangi.
6.Selepas itu bolehlah memulakan proses uli bebola dan masukkan inti. Buat hingga habis. Saya masukkan inti kacang badam, biji bunga matahari dan kelapa gula merah.
7.Rebuskan bebola dalam air yang sedang mendidih. Bila dah masak, bebola akan timbul dan terapung.
Angkat dan pindahkan ke dalam air sejuk (air minum) sebentar. Langkah ini adalah untuk menyejukkan dan supaya bebola tak terlalu masak (overcooked) dan tekstur bebola lebih kenyal dan sedap.
8.Untuk air sirap. Masukkan lebih kurang satu liter air dan masak dengan gula batu atau gula melaka bersama sehiris halia dan daun pandan. Rasa manis mengikut suka.
9. Hidang bebola bersama dengan air sirap yang telah sejuk. Boleh juga dimakan panas-panas.✌
Kredit resipi & foto: Rozel Kitchen
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official