Luk chup atau juga dieja look choop adalah sejenis pencuci mulut Thailand yang diperolehi daripada marzipan sebuah resipi dari Portugal yang panggil massapao.
Orang Portugis gunakan badam sebagai bahan utama, namun Thailand menggantikannya dengan kacang hijau.
Luk chup ini banyak digunakan sebagai gubahan hantaran yang diletakkan atas dulang sewaktu majlis pertunangan dan perkahwinan.
Menurut perkongsian daripada Nana Ereena, proses membuat luk chup ini memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
THAI DESSERT LUK CHUP
BAHAN-BAHAN:
1 cawan kacang hijau tanpa kulit (saya beli siap di kedai)
1 cawan air
½ cawan gula – beli online di sini
Secubit garam – beli online di sini
Pewarna – beli online di sini
TONTON Dapur Rasa: Projek Air Tangan Emas
TONTON Dapur Rasa Live: Daging Kerutuk
BAHAN SALUTAN:
10g serbuk agar-agar – beli online di sini
500ml air
1/4 cawan gula – beli online di sini
Sedikit gula batu
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA-CARA:
1. Cuci bersih kacang hijau dan rendam selama 4 jam.
2. Rebus dengan secawan air guna api kecil. Kalau dah kering air namun masih belum empuk, tambah sedikit air lagi.
3. Apabila sudah empuk, toskan. Kemudian, kisar dengan sedikit air.
4. Tuang dalam kuali. Masukkan gula dan secubit garam. Pastikan sentiasa kacau dan guna api kecil.
[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]
5. Masak hingga likat. Sejukkan dan bahagikan kepada beberapa warna.
6. Kemudian, bentukkan doh mengikut bentuk yang disukai seperti lobak merah, cili, strawberi dan lain-lain.
7. Untuk salutan, didihkan semua bahan salutan yang disediakan. Kemudian celup doh tadi. Celup tiga kali untuk dapatkan hasil yang memuaskan.
8. Cucuk pada polisterin untuk keringkan. Dah siap, bolehlah dihidang.
Kredit resipi: Nana Ereena
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: