Di pantry ada banyak lagi tepung gandum, yis kering pun ada lagi. Kat laman luar tu pokok pandan pun boleh tahan merimbun. Jadi saya satukan semua bahan yang ada dan buat sesuatu semalam. Saya buat Mantou atau Chinese Steamed Bun & Kaya Pandan.

Biasanya Mantou ni ada di mana-mana restoran cina dan boleh dihidangkan dengan hidangan savory juga seperti ketam bercili dan sambal. Selalu kalau buat mantou ni saya guna tepung high protein, tapi sebab dah habis, saya gunakan saja tepung gandum. Kaya pandan tu pun senang sangat buatnya. Ini style Nyonya, lebih kurang yang macam ada di Boat Noodles Restaurant.

MANTOU

Bahan-bahan:

300gram tepung gandum
160ml air suam
2 sudu makan gula
1 1/2 sudu teh yis kering
Secubit garam

Cara membuat:

1. Satukan tepung gandum, gula, yis & garam ke dalam mangkuk pengadun. Kacau rata.
2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli hingga jadi doh yang lembut dan tak melekat pada mangkuk pengadun selama 8-10 minit medium speed. Keluarkan doh dan letak dalam mangkuk. Tutup dengan cling wrap dan rehatkan 30 minit.
3. Setelah doh kembang, keluarkan doh dan tumbuk angin yang terperangkap dalam doh. Bentukkan doh jadi log panjang (tengok gambar) kemudian potong doh guna pisau yang kering dan tajam. (Satu adunan boleh dapat dalam 10 biji Mantou).

4. Kukus mantou selama 15-20 minit. Hidangkan panas dengan kaya pandan.

KAYA PANDAN

Bahan-Bahan:

250ml santan
50ml air perahan pandan (kisar Daun pandan dan tapis)
200gram gula
5 biji telur

Cara membuat:

1. Pukul telur bersama gula di dalam mangkuk hingga gula larut.
2. Masukkan santan dan air perahan pandan dan kacau rata. Kalau nak tambah pewarna hijau, titiskan beberapa titik.
3. Kemudian tapis bancuhan ke dalam mangkuk tahan panas.
5. Didihkan air yang banyak (3/4 penuh) dalam periuk. Letakkan mangkuk berisi bancuhan telur tadi ke atas periuk yang airnya sedang mendidih.
6. Kacau bancuhan berterusan hingga bancuhan likat menjadi kaya. Lebih kurang 20 minit. Hidangkan dengan Mantou tadi. Enjoy!

IKLAN

*Cara memasak kaya ni sama kaedahnya dengan mencairkan coklat iaitu kaedah double boil. Bawah mangkuk jangan sampai kena air mendidih.
*Pastikan periuk yang digunakan untuk didihkan air tu lebih kecil permukaannya untuk menampung bahagian bawah mangkuk berisi bancuhan kaya.

Kredit: Chef Sue Arukin

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang

IKLAN

Ayam Panggang Pedas Manis, Mudah Je Bahan Perapnya

Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!

Resipi Tart Telur Simple & Sedap. Wajib Dicuba

 

IKLAN

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI