
Mantou sandwich telur inti melimpah ini boleh jadi sajian makan pagi yang bukan saja enak tapi mudah disediakan.
Jika sudah rasa bosan dengan hidangan roti biasa, boleh cuba pula cara ini. Penggunaan mantou rangup bersama inti telur berkrim menjadikannya hidangan permulaan hari yang sedap tak terkata. Memang takkan cukup satu!
Resipi Mantou Sandwich Telur Inti Melimpah

Bahan-bahan
1 bungkus mantou
3 biji telur rebus
Sedikit serbuk lada sulah
2 sudu besar mayonis
Sedikit garam dan gula
Daun salad secukupnya

Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak dan goreng mantau hingga keemasan. Angkat dan toskan.
2. Kupas telur rebus, lenyekkan dengan sudu hingga hancur.
3. Masukkan mayonis, garam, gula dan lada sulah. Gaul rata hingga sebati.
4. Belah mantau goreng tadi dengan pisau bergerigi (jangan sampai putus bahagian bawah).
5. Selitkan daun salad di bahagian tengah.
6. Isikan inti telur hingga melimpah atas mantao. Susun atas pinggan dan sedia untuk dihidangkan.
TIP
- Kalau nak rasa lebih kaya, boleh tambah hirisan timun atau tomato bersama salad.
- Mantou ini boleh juga dikukus untuk versi lebih lembut dan sihat.
- Sesuai dihidangkan untuk sarapan, minum petang atau dijadikan bekal anak sekolah.
Kredit Resipi & Foto: Nur Masri
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Kuih Siput Segera, Sangat Mudah Tak Perlu Uli Tepung

Suka makan Kuih Siput tapi tak rajin nak gentel tepung? Ini dia resipi segera terbaik yang anda boleh cuba. Resipi ni memang sesuai untuk mereka suka makan kudapan ini tapi malas nak buat dan nak menggentel.
Anda tiba-tiba terasa teringin nak makan “Kuih Siput” boleh cuba versi pasta shell ni. Memang kreatif! Bahan-bahan pun sangat mudah. Hanya dengan 3 bahan sahaja anda dah boleh menikmatinya dengan berselera. Saudara Are Peace ada kongsikan resipinya. Jom cuba! Anda sekeluarga pasti sukakannya. Enak ni buat kudap-kudapan.
CARA MEMBUAT KUIH SIPUT SEGERA GUNA SHELL PASTA
BAHAN-BAHAN:
Pasta shell – beli online disini
Tepung goreng ayam segera – beli online disini
Daun kari
CARA MEMASAK:
1.Rebus pasta separuh masak. Kemudian toskan airnya.

2.Gaul pasta yang direbus tadi dengan tepung goreng ayam serbaguna. Tepung jangan banyak. Cukup sekadar pasta agak bersalut sahaja.

3.Goreng dengan minyak yang banyak menggunakan api sederhana sampai garing. Pastika garing ya jika tidak pasta akan jadi liat.
4.Angkat dan toskan minyaknya. Kuih Siput segera siap untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Are Peace
Sedapnya… Ops nanti dulu. Anda nak perbgai lagi resipi yang best? Jom tengok di bawah ini.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tauhu Berinti Daging & Keju, Snek Yang Mengenyangkan

Jom kita buat Tauhu Berinti Daging dan Keju untuk hidangan moreh nanti. Senang je cara nak buat tauhu ni. Hanya sudukan inti daging ke dalam tauhu dan letakkan kepingan keju di atasnya lalu bakar di dalam air fryer. Dah siap! Untuk meningkatkan rasa hidangan, gunakan Anchor Cheese Slices yang tinggi dengan kalsium dan protein. Sesuai untuk seisi keluarga. Anak-anak pun mesti suka hidangan ini. Tak jemu dimakan.

TAUHU BERINTI DAGING DAN KEJU

Bahan-bahan:
- 8-10 biji tauhu ringan (tauhu pok) – belah empat dan terbalikkan
- 4 keping Anchor Cheese Slices – potong empat
- 200gram daging kisar
- 50gram Anchor Salted Butter
- 1 batang daun bawang – hiris halus
- 1 labu bawang besar – cincang halus
- 2 ulas bawang putih – cincang halus
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh chilli flakes
- ½ sudu teh lada sulah
- Garam secukupnya
Cara Memasak:
- Cairkan Anchor Salted Butter di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
- Masukkan daging kisar, sos tiram dan chilli flakes. Tumis hingga daging empuk.
- Masukkan hirisan daun bawang, lada sulah dan gaul rata. Tambah garam jika perlu. Sejukkan sebentar.
- Ambil sesudu makan inti daging lalu masukkan ke dalam tauhu pok. Ulangi proses hingga semua bahan habis.
- Letak beberapa potongan Anchor Cheese Slices di atas inti.
- Bakar di dalam air fryer selama 6-7 minit. Hidangkan panas.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Pasta Goreng Cili Padi Berkeju, Gabungan Rasa Pedas & Keju Yang Enak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:
Koleksi 10 Resipi Kerepek Boleh Buat Sendiri, Mudah dan Mesra Poket

Memang ralit kalau dah mula mengunyah kerepek. Kudap-kudapan yang bukan sahaja dihidangkan untuk Hari Raya, malah untuk hari biasa pun pasti mendapat sambutan.
Tak kira sama ada kerepek pisang, kerepek ubi atau rempeyek. Dalam tak sedar, dah habis sebalang. Jika nak lebih jimat dan menghasilkan lebih banyak kuantitinya, boleh sahaja buat sendiri.
Rasa pun boleh sesuaikan ikut cita rasa masing-masing. Bahan-bahannya mudah diperoleh dan mudah juga membuatnya. Ikuti cara menyediakan 10 jenis kerepek yang sentiasa mendapat tempat di hati ramai.

1) KEREPEK PISANG NIPAH
BAHAN-BAHAN:
Pisang nipah muda
Air garam – Boleh beli online di sini
Minyak (untuk menggoreng)
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak.
Masukkan sesudu air garam dalam minyak panas (merecik sikit nanti).
Sagat pisangnya terus kedalam kuali.
Gaul manja supaya pisang tak patah.
Goreng sampai kekuningan, bolehlah angkat dan toskan.
NOTA: Letakkan air garam berselang-seli ketika menggoreng. Gorengan pertama (letakkan garam), gorengan kedua (tak perlu), gorengan ketiga (letakkan garam). Ulang begitu sehingga habis menggoreng.
Kredit: Siti Nur Khadijah

2) KEREPEK LAKSA KERING
BAHAN-BAHAN:
Laksa kering (dipatah-patahkan) – Boleh beli online di sini
Serbuk cheese (gaulkan dengan serbuk cili)
Minyak (untuk menggoreng)
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak yang banyak hingga betul-betul panas supaya laksa kembang ketika digoreng.
Goreng laksa dan setelah garing boleh angkat dan toskan.
Masukkan ke dalam balang dan taburkan serbuk cili cheese.
Tutup balang dan goncangkan hingga kerepek laksa tersalut serbuk cili cheese. Siap.
Kredit: Eka Zahra

3) KEREPEK LIDAH BUAYA/ KUIH TIRAM
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum – Boleh beli online di sini
1 biji telur
Sedikit garam
160ml air
6 sudu besar tepung ubi kayu** – Boleh beli online di sini
6 sudu besar minyak**
CARA MEMASAK:
Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambahkan sedikit tepung dan kalau keras, tambahkan air).
Uli doh supaya jadi nipis. Doh memang akan menjadi lebar. Jika nak mudah, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai.
**NOTA: Jika buat canai yang besar, kita akan dapat kuih yang besar dan akan cepat habis kerja.
Sapukan doh yang telah dicanai tadi dengan pes tepung ubi kayu. Sapu rata.
Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Untuk mendapat lapisan yang banyak, perlu canai adunan memanjang agar gulungannya pun banyak. Nipis dan tebal terpulang kepada selera masing-masing.
Tekan sedikit dengan jari agar mudah untuk dicanai.
Ambil doh kecil tadi dan canai leper. Apabila dah agak leper, nak canai 2 hingga 3 keping sekali pun boleh. Dah canai, susun atas permukaan rata (seperti atas talam) yang sudah ditabur tepung agar tidak melekat antara satu sama lain.
Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Goreng hingga kekuningan (api jangan terlalu kuat), toskan minyak dan sira atau gaulkan dengan gula halus.
Dah siap! Bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.
Kredit: Lynnda Zainuddin

4) KEREPEK GUNTING
BAHAN-BAHAN:
(Bahan A)
10 tangkai cili kering – Boleh beli online di sini
1-2 biji bawang besar
Udang geragau – Boleh beli online di sini
Garam dan gula secukup rasa
(*Kisar semua bahan di atas)
(Bahan B)
1kg tepung gandum – Boleh beli online di sini
1 biji telur
Daun kucai
CARA MEMASAK:
Campurkan sedikit demi sedikit bahan A ke dalam bahan B.
Uli sebati tapi jangan lembik. Adunan perlu keras sedikit.
Jangan tambah air. Guna bahan yang dikisar sahaja untuk uli doh.
Leperkan doh dan mesin menggunakan mesin mi untuk menipiskan doh. Lagi nipis lagi bagus. (Buat langkah gantungkan tali dan kemudian jemur supaya cepat kering.)
Setelah kering, baru buat langkah mesin mi untuk membentuk pasta.
Masa menggoreng, letakkan sedikit daun kari untuk menaikkan aroma. Siap.
Kredit: Nurulnur Atiqah Azhar

5) KEREPEK POPIA PEDAS
BAHAN-BAHAN:
1 paket kulit popia (saiz besar ) – Boleh beli online di sini
1 biji telur
5 sudu besar gula
1 sudu teh pati asam jawa – Boleh beli online di sini
1 sudu teh garam
Minyak (untuk menggoreng)
BAHAN KISAR
20 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 sudu besar udang kering – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Gulung kulit popia dan lekatkan hujungnya dengan telur.
Gunting ikut citarasa masing-masing.
Goreng hingga kuning keemasan dan toskan.
Ambil 4 sudu makan minyak bekas gorengan kulit popia tadi dan tumiskan bahan kisar dengan api sederhana panas.
Tambahkan pati asam jawa, gula dan garam.
Masak sehingga terbit minyak.
Masukkan kerepek popia dan gaul rata.
Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Tak susah nak buatnya kan.
Kredit: Hairul Nizam Ijam

6) KEREPEK POPIA SEAWEED PERISA SOTONG
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia – Boleh beli online di sini
Seaweed (perisa kesukaan) – Boleh beli online di sini
Putih telur
CARA MEMASAK:
Sekeping kulit popia disapukan dengan putih telur.
Kemudian, letakkan seaweed yang telah dipotong kecil. Jika nak cepat dan mudah, boleh letak sekeping besar terus dan kemudian boleh digunting.
Setelah itu, sapukan putih telur pada sekeping lagi kulit popia dan segera letakkan ke atas seaweed tadi. Kemudian, boleh digunting mengikut saiz yang dikehendaki.
Setelah selesai, bolehlah digoreng sehingga garing keemasan.
Kredit: Ana Ahmad

7) KEREPEK LABU
BAHAN-BAHAN:
Labu
Minyak masak
CARA MEMASAK:
Potong labu ikut ira lekok labu. Buang bijinya.
Kupas kulitnya tapi jangan tebal. Agak-agak masih ada warna hijau kulit pada labu tersebut. Guna penyagat dan sagat nipis-nipis.
Setelah siap sagat, basuh dan toskan. Tak perlu rendam air garam. Cuci biasa sahaja.
Lapikkan tisu dapur di atas talam. Kemudian, letakkan labu yang ditoskan tadi ke dalam talam dan jemur. Jemur agak-agak kering dalam setengah jam hingga satu jam bergantung kepada cuaca. Kerepek ini dijemur untuk bagi rangup.
Setelah siap dijemur, goreng dengan api yang sederhana.
Apabila agak kekuningan, boleh angkat dan sejukkan.
Kemudian, boleh letakkan di dalam balang.
Kredit: Nomie Harun

8) KEREPEK JEJARI KETAM
BAHAN-BAHAN:
Crabstick – Boleh beli online di sini
Tepung Bonchef spicy
Daun kari
CARA MEMASAK:
Cuci bersih crabstick dan kemudian siat-siatkannya.
Gaulkan crabstick tadi dengan tepung sekali dengan daun kari.
Kemudian, gaulkan lagi. Renjis-renjiskan air sedikit dan gaul lagi. Letak sedikit lagi tepung Bonchef dan gaulkan lagi untuk buatkannya crispy.
Goreng sehingga kekuningan dan boleh angkat serta toskan.
Sejukkan seketika dan boleh masukkan ke dalam bekas.
Kredit: Suraya Anida

9) REMPEYEK
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras (saya guna cap Teratai)
2 cawan santan
1 sudu air kapur – Boleh beli online di sini
1biji telur
100gm kacang tanah – Boleh beli online di sini
60gm ikan bilis
10gm udang geragau* – Boleh beli online di sini
1sudu jintan manis*
1 sudu ketumbar*
1 sudu jintan putih* – Boleh beli online di sini
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
Tumbuk kasar bahan bertanda *.
Campurkan semua bahan dalam mangkuk besar. Kacau sehingga bancuhan tak berketul.
Panaskan minyak untuk menggoreng.
TIPS: Agar bancuhan tidak melekat dan mudah tanggal, rendamkan acuan di dalam minyak panas terlebih dahulu.
Kemudian, tuangkan bancuhan ke dalam acuan tadi dan tabur kacang serta ikan bilis.
Biarkan sehingga warna bertukar keperangan. Setelah itu, boleh angkat dan toskan.
Goreng dalam api sederhana besar untuk elakkan rempeyek cepat hangit.
Kredit: Norzita Sampoi

10) KEREPEK TEMPE
BAHAN-BAHAN:
Tempe – Boleh beli online di sini
Bawang putih (ditumbuk halus) – Boleh beli online di sini
Serbuk ketumbar
Garam
Air
Minyak (untuk menggoreng)
CARA MEMASAK:
Hiriskan nipis-nipis tempe, boleh gunakan cutter sahaja. Hasilnya, hirisan tempe akan jadi lebih nipis berbanding menggunakan pisau.
Kemudian, celupkan hirisan tempe ke dalam bancuhan air yang dicampur bawang putih (yang ditumbuk halus), garam dan serbuk ketumbar.
Gorengkan ke dalam minyak panas, api sederhana sehingga buih-buih minyak hilang. Setelah itu, angkat dan toskan.
Kredit: Eka Zahra
SELAMAT MENCUBA!
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tomyam Putih Ala Thai Resipi Sihat Tanpa Pes, Sedap Hirup Panas-Panas
Aiskrim Vanila Coklat, Rasa Premium Tapi Kos Buat Murah Betul!
Sedapnya Makan Kerabu Suun. Masam, Rangup, Lembut Semua Cukup
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official


