
Sangat memudahkan jika kita ada simpanan stok Tart Shell di rumah. Bila-bila masa kita boleh makan tart dengan hanya isikan filling ke dalam tart shell mengikut selera kita seperti tart keju, tart coklat, tart telur dan sebagainya.


TART SHELL GEBU
BAHAN-BAHAN:
- 200gm butter
- 420gm tepung gandum
- 100gm gula icing
- 1 biji telur saiz C
- 1 sudu teh esen vanilla
CARA :
1. Campurkan semua sekali bahan-bahan dan uli hingga menjadi doh.
2. Terapkan doh kedalam acuan tart yang ada.
3. Panaskan oven dan bakar pada suhu 150-160 selama 30minit atau hingga masak.
4. Setelah sejuk simpan kedalam bekas kedap udara.
Kredit: Zaidah zainal
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
5 Pastri Lapis ‘Savoury’ Untuk Sarapan, Sungguh Menyelerakan

Pastri Lapis atau Puff Pastry memang harum dan kaya dengan rasa mentega. Bila dimasukkan inti daging, keju, ayam mahupun sayur-sayuran memang memberikan anda tenaga untuk memulakan pagi anda.

Jom kita bermenu sarapan dengan Pasti Lapis pedas berempah ni. Makan bertemankan teh dan kopi di pagi hari memang ‘terangkat’ sedapnya. Cubalah reseipi hasil idea Chef Pastri Shan Balakrishnan, Hotel Sheraton, PJ.
1. PESTO SWIRL

BAHAN-BAHAN :
Bahan pesto :
- 150gm daun basil
- 2 sudu makan keju parmesan
- 2 sudu makan grana padano *sejenis keju keras dari Itali
- 120ml minyak zaitun
- 50gm kacang pine
- 4 ulas bawang putih
- Garam secukup rasa
Bahan B: Pastri Lapis :
- 425gm mentega | tidak bergaram ‘unsalted’
- 312gm tepung roti
- 190gm tepung kek
- 15gm garam
- 75gm mentega
- 250ml air sejuk | dari peti sejuk
*Doh elok dibuat lebih bakinya boleh digunakan membuat pelbagai jenis pastri lapis lain
CARA MEMASAK :
Cara buat doh pastri :
1. Satukan Bahan B ke dalam mesin adunan sehingga sebati.
2. Ulikan doh, ratakan menjadi segi empat tepat.
3. Lipatkan dengan mentega 425gm ke dalamnya. Pada proses lipatan pertama rehatkan dalam peti sejuk ‘chillers’ sekurangya sejam.
4. Kemudian ulangi proses mencanai dan melipat sebanyak 10 kali membentuk segi empat.
5. Lakukan langkah ini sampai mentega dan doh tercampur dan membentuk lapisan-lapisan.
6. Setiap kali proses lipatan, pastikan ia direhatkan dalam peti sejuk selama 20 minit
Cara masak pesto :
1. Masukkan semua bahan dalam pengisar. Pesto siap disediakan.
2. Keluarkan doh pastri dari peti sejuk dan canaikan.
2. Ambil pesto dan sapukan pesto ke atas doh pastri lapis yang telah dicanai dan dipotong memanjang setebal 4cm. Kemudian gulung
3. Bakarkan dalam ketuhar pada suhu 180 oC selama 30 minit.
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 45 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri Puff ‘Savoury”
Keistimewaan : Kaya dengan rasa keju dan rasa berlemak kacang pine
Info Chef : Pastikan pesto dikisar halus. Keunikan puff pastry dengan pesto berkeju yang sedap.
2. RATATOUILE TURNOVER

BAHAN-BAHAN :
- 25gm zucchini hijau | dipotong kecil
- 25gm zucchini kuning | dipotong kecil
- 20gm terung | dipotong kecil
- 20gm lada benggala (campuran merah, hijau, kuning) | dipotong kecil
- 1ulas bawang putih | dicincang halus
- 2 sudu makan tomato pronto
- 1 1/2 sudu makan minyak zaitun
- 10gm daun basil
- 25gm lobak merah
- 50gm bawang Holland
*Doh pastri lapis secukupnya, cara membuat rujuk resipi Pesto Swirl
CARA MEMASAK :
1. Panaskan kuali dengan minyak zaitun. Masukkan lobak merah dahulu hingga masak kemudian masukkan zucchini, lada benggala, terung dan bawang putih.
2. Setelah semua sudah lembut, masukkan pronto tomato tunggu sehingga 5 minit untuk menghilangkan rasa masam, kemudian akhiri dengan daun basil, garam dan lada hitam.
3. Ratakan dan potongkan doh pastri lapis dalam bentuk segi empat, isikan inti ratatouille dan tutupkannya dengan menarik penhujung bucu empat segi ke tengah.
4. Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius .
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri Puff ‘Savoury”
Keistimewaan : Nikmati pastri lapis @ puff pastry berperisa tomato dan berempah
Info Chef : Pastikan sayur-sayuran dimasak tidak terlalu lama supaya ianya tidak menjadi lembik.
3.TOMATO MASCARPONE BAND

BAHAN-BAHAN :
- 1kg tomato yang telah dipanggang
- 500gm mascarpone | keju lembut Itali dengan kandungan lemak tinggi
- 100gm inti ratatouille |*cara buat rujuk resipi Ratatouille Turnnover
Doh pastri lapis secukupnya |*cara buat rujuk resipi Pesto Swirl
CARA MEMASAK :
1. Campurkan tomato panggang yang telah dihiris berserta inti ratatouille dan masak atas api kecil.
2. Bakarkan doh pastri yang sudah dicanai dan dibentuk empat segi kecil selama 30 minit. Keluarkan dari ketuhar.
3. Kemudian isikan inti ke atas pastri lapis berserta dengan mascarpone.
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri Puff ‘Savoury”
Keistimewaan : Mascaporne dan tomato boleh menjadi inti lazat ‘savoury’
Info Chef : Elakkan daripada meletakkan gula ke dalam mascarpone. Keju mascarporne mempunyai rasa berlemak yang enak
4. ASPARAGUS LEMON PUFF PILLAR

BAHAN-BAHAN :
Bahan A : sautee (ditumis)
- 200gm asparagus
- 50gm bawang putih
- 50gm bawang merah
- 40gm minyak pesto
Bahan B : Buih lemon
- 500gm puri lemon
- 7 helai gelatin
- 100gm gula
- 100ml air
Bahan minyak pesto :
- 100gm keju parmesan
- 100ml minyak zaitun
- 100gm daun basil
* Dicampurkan dan kisar bersama sehingga menjadi puri
Doh pastri secukupnya, cara membuat rujuk pada resipi Pesto Swirl
CARA MEMASAK :
1. Bahan A, panaskan kuali dengan minyak pesto, gorengkan asparagus yang telah dipotong sepanjang 2.5sm dengan bawang merah dan bawang putih sehingga lembut. Ketepikan untuk sejuk.
2. Bahan B, isikan lemon puri dalam periuk bersama gula dan air, kemudian apabila mendidih masukkan gelatin dah tutupkan api dapur. Kacau sehingga sebati.
3. Kemudian, masukkan dalam mesin campuran, dan biar dia berputar sehingga nampak membentuk.
4. Sediakan pastri lapis canai dan ratakan membentuk empat segi.Dibakar dalam ketuhar bersuhu 180 darjah Celcius selama 30 minit atau hingga perang
5. Keluarkan pastri lapis dari ketuhar, biarkan reda kepanasannya. Kemudian isikan asparagus di tengah dan diselaputi dengan buihan lemon.
6. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri Puff ‘Savoury”
Keistimewaan : Keenakan buih lemon unik dan berperisa
Info Chef : Walaupun ini adalah puff pasty dengan inti yang ‘savory’ tetapi dimbangi dengan sedikit rasa manis dari buih lemon.
5. CREAMY CHICKEN TIKKA CONE

BAHAN-BAHAN :
- 1kg peha ayam
- 100gm yogurt
- 100gm serbuk kunyit
- 20gm serbuk ketumbar
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
- 100gm krim
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Doh puff pastri secukupnya *boleh dibuat sendiri atau ‘ready made’ yang dijual di pasaraya.
CARA MEMASAK :
1. Ratakan puff pastri dan potong menjadi 12 hingga 16 jaluran.
2. Griskan acuan ‘cone metal’ dengan mentega untuk mengelakkan dari melekat.
3. Gulung dan balut bertindan rapat puff pastry keliling cone metal .
4. Doh puff pastry yang telah membalut cone metal kemudian disusun dalam dulang pembakar. Bakar selama 25 minit dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius.
1. Sediakan bahan inti. Mula-mula perap ayam dengan yogurt, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, garam dan lada hitam serta krim. Biarkan perap selama 2 jam sebelum mengorengnya.
2. Isikan inti ayam tadi dalam bentuk kon tersebut. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 8 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri Puff ‘Savoury”
Keistimewaan : Kerangupan pastri lapis dengan inti ayam tikka kaya berempah
Info Chef : Pastikan bahagian bawah cone ditutup rapat supaya isi tidak mengalir keluar. Keluarkan puff pastri dari ‘cone metal’ semasa panas setelah dibakar untuk mengelakkan puff pastri melekat. Biarkan sejuk sebelum memasukkan inti.
Roti Gulung Ni Makan Satu Pun Kenyang

Betul-betul menarik perhatian dengan roti ni.Roti yang digulung ada telur,mayonis dan chicken floss.Memang terliur bila tengok di bakeri.Boleh jer buat sendiri di rumah. Anak-anak pasti suka dengan menu ni. Boleh hidangkan untuk sarapan mahupun minum petang.
ROTI GULUNG

Bahan-bahan:
- Roti
- Mayonis
- Sedikit susu manis
- Telur tambah serbuk perisa
- Serbuk lada hitam
- Hirisan cili besar
- Daun bawang
- Chicken floss
Cara membuat:

1.Roti keping digelek nipis.

2.Celup dalam telur yang sudah ditambah perisa dan serbuk lada hitam.

3.Celup biar banyak telurnya. Baru tambah sedap.

4.Baru hias dengan daun bawang dan hirisan lada besar.

5.Masak atas kuali leper, letak minyak sikit.

6.Sebelah bahagian ada telur tu sudah masak, terbalikkan. Yg sebelah masak ala kadar saja.

7.Roti sudah siap.

8.Sapu mayonis dan sedikit susu manis. Bahagian yang tiada telur. Untuk sebelah dalam.

9.Letak chicken floss.

10.Gulung-gulung.

11.Potong dua.

12.Celupkan atas mayonise tadi.

13.Letak pula atas chicken floss.

14.Siap untuk dimakan.
Kredit: Ibu Ahmad Fazly Hakimi
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Roti Sosej Gulung Istimewa Tumbuk-Tumbuk Doh Untuk Hasil Yang Gebu



Uli sendiri doh tepung untuk hasilkan roti yang lembut dan gebu. Doh di lilit pada sosej dan digoreng dalam minyak panas. Boleh dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.
ROTI SOSEJ GULUNG
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kilo tepung gandum
- 2 sudu kecil mauripan
- 2 sudu kecil gula
- 2 sudu kecil susu
- 1 sudu kecil garam
- 2 biji Telur
- Serbuk roti
- 1 1/2 cawan air suam
CARA MEMASAK:
- Satukan mauripan, gula, susu dan garam bancuh dengan air suam. Tunggu sampai berbuih banyak.
- Selepas itu masukkan bancuhan air ke dalam tepung.
- Kacau rata serta masukkan planta sikit demi sedikit sambil uli doh smpai doh tidak melekat di tangan.
- biarkan doh dan tunggu doh naik sekali ganda.
- Bila doh sudah naik tumbuk-tumbuk doh dan buat bulat sama besar.
- Gelek diatas tapak tangan doh yang sudah dibulat tadi.
- Lilitkan pada sosej
- Biarkan seketuka sampai doh naik lagi.
- Celupkan doh dalam telur yang telah di kacau dan golekkann ke dalam serbuk roti.
- Goreng sehingga keperanggan.




KREDIT RESIPI & GAMBAR: Razali Rossidah
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
Terkejut Dengan Rasa Roti Goreng Sosej Cheese Leleh Sangat Enak

