Tak susah pun nak buat kudapan untuk dimakan di rumah. Paling penting kudapan yang dibuat sendiri lebih terjamin kesihatannya dari segi bahan-bahan yang digunakan sebagai ramuan. Korang boleh pantau jumlah gula dan garam yang hendak digunakan.
Kali ni RASA nak kongsi resipi kudapan berupa maruku cheese yang rasanya manis dan berlemak. Sedap sangat tau. Senang pulak tu nak buat. Bahan-bahan yang digunakan pun simple je. Bolehlah cuba. Bukan orang dewasa je suka, kanak-kanak pun suka makan maruku macam ni.
Bahan-Bahan
175 gram tepung beras pulut
250 gram krim keju
100 gram gula ising
1 biji telur ayam
Cara memasak
1. Satukan tepung beras pulut, krim keju dan gula ising. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan telur ayam dan air. Perasakan dengan garam.
3. Adun sehingga sebati dan tidak berketul.
4. Masukkan adunan maruku ke dalam acuan dan goreng dalam minyak menggunakan kepanasan sederhana.
5. Angkat maruku setelah ia kelihatan kekuningan.
Selamat mencuba!