Maruku. Snek masyarakat India yang sangat digemari ramai dan tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Perayaan Deepavali bakal menjelang oleh itu anda boleh cuba sediakan kudapan mudah ini. Memang sedap!
Nak buatnya pun mudah sahaja. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:
BAHAN-BAHAN:
- 250gm krim keju
- 175gm tepung beras pulut
- 100gm gula ising
- 1 biji telur
- 1/2 sudu teh garam
- 60gm air
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung beras pulut, krim keju dan gula ising. Gaul rata.
- Kemudian masukkan telur dan air. Adun hingga sebati dan tidak berketul.
- Masukkan adunan maruku ke dalam acuan dan goreng dalam minyak menggunakan kepanasan sederhana.
- Angkat maruku setelah ia kelihatan kekuningan.
Tonton cara-cara penyediaan Maruku Cheese:
http://www.dailymotion.com/video/x64qbbp
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Nuget Ayam Sedap Sebijik Macam Beli Dekat Kedai
Wow..Nampak sedap nuget ayam homemade ni. Menurut saudari Habibah Badar Bajrai, resipi yang beliau kongsikan ini memang best malah lebih enak berbanding yang dibeli. Malah bila buat sendiri ni, tentunya lebih bersih, berkhasiat dan ditambah dengan kasih sayang. Anak-anak pun seronok bila dapat makan. Jadi nanti bolehlah cuba. Sesuai sangat dijadikan stok snek anak-anak.
RESIPI NUGET AYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN UTAMA:
6 keping dada ayam – dikisar halus (buang tulang dulu ya)
1 batang lobak merah – dikisar halus
Serbuk lada putih – beli online disini
Garam secukup rasa
Serbuk roti / breadcrumbs putih (anggaran 1-2 cawan) – beli online disini
1/2 sudu makan baking powder – beli online disini
1 telur
1 sudu makan mentega (unutk effect seperti lemak ayam) – beli online disini
BAHAN SALUT:
Serbuk roti / Breadcrumbs oren secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Kisar isi ayam. Masukkan dalam mangkuk yang besar, campurkan kesemua bahan-bahan utama. Sebatikan hingga semua bahan sebati.
2. Canai ikut ketebalan yang disukai kemudian cetak guna bentuk yang anda sukai. Jika guna pencetak (acuan), basahkan dulu pencetaknya setiap kali sebelum diterap pada ayam supaya tidak melekat.
3. Ambil kepingan ayam tadi dan salut dengan serbuk roti berwarna oren.
4. Panaskan minyak dan goreng nuget hingga masak.
5. Jika mahukan nuget yang berkeju, boleh tambah kepingan keju ketika mengisar isi ayam.
INFO:
1.Resipi nuget ini menggunakan telur kerana ia akan menjadikan nuget jadi lebih lembut.
2. Lada putih dan garam harus diletakkan dengan secukup rasa. Barulah rasanya lebih enak seakan menggunakan stok ayam.
3. Letak baking powder untuk bagi kesan gebu menggelembung seakan nuget ayamas.
4. Letak serbuk roti dalam adunan nuget supaya supaya tekstur nuget tidak terlau mampat.
5. Nuget boleh dibentuk ikut cita rasa masing-masing.
Kredit resipi & foto: Habibah Badar Bajrai
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sambal Terung Bakar Resipi Dari Mak. Bahan Mudah & Rasa Pun Sedap
Resipi Kuih Asam Gumpal. Menu Minum Petang Mudah Buat Masa PKP
Cara Bancuh Teh Ais, Kopi Ais, Milo Ais & Nescafe Ais Ikat Tepi Paling Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Rahsia Buat Kentang Goreng Rangup Gerenti Tak Henti Makan
Anak-anak kalau dihidang dengan kentang goreng memang suka sangat. Letak sepinggan pun boleh habis. Kalau beli yang ‘readymade’ tu kandungan garam dengan lemak agak tinggi tidak baik untuk kesihatan.
Nak buat kentang sendiri ni pun ada tipnya. Selalu bila buat sendiri kentang tu jadi lembik walau baru lepas angkat. Boleh ikut tip ini.Boleh dinikmati dengan sos pilihan anda.
Kentang goreng
Bahan-bahan:
Kentang
Serbuk roti
Tepung serbaguna bestari
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
1.Masa beli kentang pilih kentang yang permukaannya baik dan licin menandakan kentang ni baru, tak lembik dan segar.
2.Kupas dan potong ikut saiz yang kita nak.
3.Rebus kentang seketika jangan terlalu lama. (Agak-agak menggelegak angkat) Kalau hirisan tebal, rebus jika tak boleh je skip step ni.
4.Angkat dan sejukkan di dalam air beserta ais dalam 5 minit.
5.Toskan air. pastikan kentang kering atau tidak terlalu banyak air.
6.Kemudian gaul dengan tepung Bistari dan serbuk roti sehingga melekat. Dan goreng secara ‘deep fried’.
7.Angkat dan toskan lebihan minyak. Sedia untuk dinikmati.
Kredit: Suhaniza Isenen
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Puas Makan Sate Ikan Lokcing Homemade
Tidak perlu sudah payah ke Kelantan untuk merasa keropok ikan locking. Buat sendiri baru puas hati dapat buat kuantiti banyak untuk famili anda. Jadi tidak ada yang berebut sebab tidak cukup.
SATE IKAN LOKCING
BAHAN-BAHAN:
- 6 ekor ikan selayang (saiz besar)
- 1 cawan tepung ubi
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa
- 1 biji bawang besar
CARA MEMASAK:
- Kisar isi ikan yang sudah di buang tulang dengan bawang besar letak sedikit garam dan serbuk perasa sampai lumat.
- Masukkan adunan yang dikisar ke dalam mangkuk. Masukkan tepung ubi yang di campur dengan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan tidak melekat dekat tangan.(kalau adunan masih melekat boleh tambah sedikit tepung ubi lagi sehingha adunan tidak melekat di tangan).
- Gentel adunan menjadi bulat-bulat kecil.
- Goreng sekejap dengan api yang sederhana. Angkat dan tos kn.
- Cucuk pada lidi satay dan bakar sedikit. Siap. Boleh makan dengan sos manis/ pedas.
- 5 biji cili kering
- 2 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 6 sudu gula (ikut citarasa anda lebihkan jika hendak lebih manis)
- 5 sudu tepung ubi
- 3 cawan air
- Pewarna merah
- Garam
CARA MEMASAK:
- Kisar halus bawang merah, bawang putih, gula, garam dan cili kering.
- Masukkan bahan kisar dalam periuk. Masak menggunakan api kecil.
- Bancuh tepung ubi dengan air dan letakkan sedikit pewarna merah
- Masukkan tepung yang sudah bancuh ke dalam periuk tadi. Kacau sehingga sos menjadi pekat dan warna berkilat.
- Perasakan gula dan garam ikut kesukaan masing-masing. Siap boleh hidang dengan sate tadi. Kalau anda mahu rasa pedas tambah cili padi semasa kisar bahan-bahan awal tadi.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: siti hajar ibu sara
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI: