Maruku. Snek masyarakat India yang sangat digemari ramai dan tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Perayaan Deepavali bakal menjelang oleh itu anda boleh cuba sediakan kudapan mudah ini. Memang sedap!
Nak buatnya pun mudah sahaja. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:
BAHAN-BAHAN:
- 250gm krim keju
- 175gm tepung beras pulut
- 100gm gula ising
- 1 biji telur
- 1/2 sudu teh garam
- 60gm air
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung beras pulut, krim keju dan gula ising. Gaul rata.
- Kemudian masukkan telur dan air. Adun hingga sebati dan tidak berketul.
- Masukkan adunan maruku ke dalam acuan dan goreng dalam minyak menggunakan kepanasan sederhana.
- Angkat maruku setelah ia kelihatan kekuningan.
Tonton cara-cara penyediaan Maruku Cheese: