Muruku, antara snek yang popular apabila tibanya perayaan Deepavali. Menjadi menu wajib untuk ada di atas meja, sesuai apabila meraikan pesta cahaya ini.
Menerusi perkongsian resipi daripada Fatin Damia ini, muruku kali ini buat ada kelainan sikit dengan diperbuat daripada kacang peas.
Muruku ini tiada campuran telur mahupun perasa tambahan. Sesuai untuk mereka yang vegetarian.
MURUKU KACANG PEAS
BAHAN-BAHAN :
2 cawan tepung beras – beli online DI SINI
2 cawan tepung kacang peas
1 cawan santan – beli online DI SINI
1 sudu kecil garam – beli online DI SINI
2 sudu besar gula – beli online DI SINI
2 sudu besar marjerin | dicairkan – beli online di sini
1 cawan air suam
TONTON Jeligho Molek – Rugi Aihhh Tak Cuba!!!
TONTON Kuah Rojak Mi Bersama Zabedah Jambeli
CARA-CARA:
1. Bahan 1: Campurkan air, gula dan garam. Ketepikan.
2. Bahan 2: Kacau santan dan marjerin sampai sebati sebati. Ketepikan.
3. Masukkan semua bahan nombor 1 dan 2 ke dalam tepung beras dan tepung kacang peas. Gaul sebati dan uli.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
** Jika adunan keras, masukkan sedikit lagi air dan uli lagi sampai menjadi doh.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Leperkan doh senipisnya dan potong memanjang. Size serta lebarnya terpulang pada citarasa masing masing. Boleh juga menggunakan acuan maruku jika suka.
5. Panaskan minyak dan masukkan doh yang telah siap dipotong tadi dan goreng maruku sampai garing menggunakan api sederhana besar.
6. Sejukkan dulu sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi: Fatin Damia
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: