Sabtu ni dah deepavali, jangan bersedih tak dapat mengunjungi rakan India anda. Pastinya maruku menjadi menu wajib di hari perayaan ini.
Tapi ni maruku hijaulah pulak dari kacang peas. Menurut Fatin Damia yang berkongsi resipi ini kesedapannya dan lain level. Katanya, maruku ini tiada campuran telur mahupun perasa tambahan. Sesuai untuk mereka yang vegetarian.
CARA MEMASAKNYA : 1. Campurkan air, gula dan garam. Ketepikan.
2. Kacau santan dan marjerin sampai sebati sebati. Ketepikan.
3. Masukkan semua bahan nombor 1 dan 2 ke dalam tepung beras dan tepung kacang peas. Gaul sebati dan uli. ** Jika adunan keras, masukkan sedikit lagi air dan uli lagi sampai menjadi doh.
4. Leperkan doh senipisnya dan potong memanjang. Size serta lebarnya terpulang pada citarasa masing masing. Boleh juga menggunakan acuan maruku jika suka.
5. Panaskan minyak dan masukkan doh yang telah siap dipotong tadi dan goreng maruku sampai garing menggunakan api sederhana besar.
6. Sejukkan dulu sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.
Pernah cuba hidangan Somtam Ayam Goreng? Sangat enak ya menu ini. Sesuai bagi anda yang menggemari sajian ala Thailand yang enak dan mudah. Rasanya cukup membuka selera. Pedas, masam dan manis. Sangat sempurna. Bak kata empunya resipi, lauk ini sangat enak dimakan bersama nasi panas dan diratah. Rugi jika tidak mencubanya. Nak rasa? Saudari Rozmaliza Omar ada kongsikan resipi. Jom kita mula!
RESEPI SOMTAM AYAM GORENG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
2 keping isi dada ayam 1 biji mangga muda/lemak (empunya resipi tambah) 2-3 ulas bawang putih – beli online disini 3 sudu makan thai palm sugar/ gula kabung siam – beli online disini 4 biji buah tomato 6 -8 biji cili padi 4 sudu makan sos ikan/ nampla sauce – beli online disini 1- 2 biji limau nipis – ambil jus 1 biji bawang holland – hiris nipis – beli online disini 1 sudu teh thai cili flake / emping cili thai – jika ada – beli online disini Kacang panjang – dihiris kasar Daun ketumbar Sedikit ajinomoto Tepung goreng ayam serbaguna secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Isi dada ayam dipotong kecil dan gaulkan dengan tepung goreng ayam bestari rata-rata. Goreng hingga kekuningan. Ketepikan.
2. Masukkan gula kabung, bawang putih dan cili padi ke dalam lesung. Tumbuk kasar atau separuh hancur. 2. Masukkan tomato dan tumbuk kasar @ tenyeh-tenyeh biar hingga keluar jusnya. 3. Masukkan sos ikan, jus limau dan ajinomoto. 4. Gaul sebati dan secukup rasa. Pastikan ada rasa pedas, manis dan masam. Masukkan cili flakes jika ada. 5. Masukkan ayam goreng, mangga yang diparut, kacang panjang dan bawang holland. 6. Gaul sebati secukup rasa dan sedia untuk dihidang bersama nasi panas.
Hujung minggu ni kalau teringin makan besar dengan menu seafood, meraikan kelaurga datang bertamu, apa kata korang cuba salah satu atau dua menu yang dikongsikan ini untuk santapan bersama. Menunya ringkas dan mudah disediakan. Elok sangat kalau dijadikan lauk tambahan, pembuka selera di meja utama. Cuba, jangan tak cuba ye..
SOTONG MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg cumi kecil | bersihkan, ambil dakwat hitamnya
2cm halia | hiris nipis
2cm lengkuas | hiris nipis
4 helau daun limau perut
2 helai dan salam
Garam gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang putih
6 ulas bawag merah
10 tangkai cili kering | jika suka boleh tambah cili padi
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan hirisan halia, lengkuas , daun limau purut dan daun salam.
Kacau rata, masukkan sotong. Kacau lagi hingga kuah dan sotong menjadi hitam
Perasakan degan garam dan gula secukup rasa.
Jika ingin berkuah, apabila cukup rasa boleh tutup api.
JIka mahu kering terus masak hingga kuah kering sedikit.
Sotong Masak Hitam sedia dihidangkan.
SOTONG SAMBAL PEDAS: BAHAN-BAHAN:
1/2kg sotong | bersihkan dan hiris bulat
6 helai daun limau purut
2 helai daun salam
1 sudu makan jus limau nipis
1 mangkuk kecil petai
1 sudu teh serbuk peraa ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR HALUS:
15 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm belacan | jika suka
CARA MEMASAK:
Gaulkan sotong dengan sedikit garam dan jus limau nipis.
Perapkan sekejap lebih kurang 15 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng sotong seketika lebih kurang 3-4 minit.
Angkat dan toskan.
Menggunakan lebih minyak goreng sotong, tumis bahan kisar, hingga wangi.
Kemudian masukkan hirisan daun limau purut dan daun salam.
Seterusnya masukkan petai, kacau rata.
Apabila petai layu, masukkan sotong. Kacau lagi.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api, sambal sotong sedia dihidangkan.
KETAM MASAK KICAP BAHAN-BAHAN:
3 ekor keram saiz besar | lebih kurang 1kg
7 ulas bawang merah | hiris halus
3 bawang putih | hiris halus
3cm halia | hiris halus
3 biji cili merah | hiris
1 sudu makan pes asam jawa
2 sudu makan kicap manis
1 sudu teh serbuk perasa seafood
Garam dan gula secukup
Minyak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK:
Bersihkan ketam, dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis semua bahan hiris hingga wangi.
Masukkan ketam, gaul rata hingga berubah warna.
Tambahkan sedikit air , kemudian masukkan jus asam jawa, perasa seafood, kicap manis dan masin.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah masak, tutup api.
Ketam kicap sedia dihidangkan.
UDANG GORENG TEPUNG BAHAN-BAHAN:
1/2 kg udang | saiz XXL
150gm tepung goreng serbaguna
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh serbuk penaik
Sedikit serbuk bawang putih
Sedikit lada sulah
BAHAN CELUPAN:
1 biji putih telur
Sedikit tepung serbaguna
CARA MEMASAK:
Udang dibuang kulit dan tinggalkan bahagian ekor, kemudian bersihkan dan tos.
Perapkannya seketika dengan sedikit perahan limau nipis dan bawang putih.
Simpan di dalam peti sejuk lebih kurang satu jam.
Sementara itu sediakan bahan celupan dengan mencampurkan putih telur, tepung jagung dengan sedikit air (jangan terlalu cair atau pekat).
Seterusnya campurkan tepung serbaguna, tepung jagung dan serbuk penaik, gaul rata.
Celupkan udang yang diperap tadi dalam bahan celupan, kemudian gaulkan dalam campuran tepung. Lakukan hingga habis.
Panaskan minyak goreng udang menggunakan kaedah (deep fry) hingga kekuningan.
Angkat, tos. Goreng udang hingga habis.
Udang Goreng Tepung sedia dihidangkan dengan sos pencicah yang disukai.
Kadang-kadang selera makan kita ni berubah nak yang lauk simple je. Paling penting sekali nasi kena panas. Kalau nasi panas, makan dengan lauk apa sekalipun confirm berselera. Saya akan kongsikan 4 resipi mudah berasakan telur. Sesuai untuk yang bujang ataupun surirumah yang nak lauk ringkas dan berkhasiat untuk anak-anak di rumah. Jom kita cuba!