Maruku Kacang Peas Sukat Cawan. Ralitnya Ngunyah Di Cuti Deepavali Nanti

Share

Sabtu ni dah deepavali, jangan bersedih tak dapat mengunjungi rakan India anda. Pastinya maruku menjadi menu wajib di hari perayaan ini.

Tapi ni maruku hijaulah pulak dari kacang peas. Menurut Fatin Damia yang berkongsi resipi ini kesedapannya dan lain level. Katanya, maruku ini tiada campuran telur mahupun perasa tambahan. Sesuai untuk mereka yang vegetarian.

Jom cuba buat, resipi dari Fatin ini .

MARUKU KACANG PEAS



.

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan tepung beras – beli online DI SINI
  • 2 cawan tepung kacang peas – beli online DI SINI
  • 1 cawan santan – beli online DI SINI
  • 1 sudu kecil garam – beli online DI SINI
  • 2 sudu besar gula – beli online DI SINI
  • 2 sudu besar marjerin – dicairkan
  • 1 cawan air suam

CARA MEMASAKNYA :
1. Campurkan air, gula dan garam. Ketepikan.

2. Kacau santan dan marjerin sampai sebati sebati. Ketepikan.

3. Masukkan semua bahan nombor 1 dan 2 ke dalam tepung beras dan tepung kacang peas. Gaul sebati dan uli.


** Jika adunan keras, masukkan sedikit lagi air dan uli lagi sampai menjadi doh.

4. Leperkan doh senipisnya dan potong memanjang. Size serta lebarnya terpulang pada citarasa masing masing. Boleh juga menggunakan acuan maruku jika suka.

5. Panaskan minyak dan masukkan doh yang telah siap dipotong tadi dan goreng maruku sampai garing menggunakan api sederhana besar.

6. Sejukkan dulu sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.


.

Selamat Mencuba

Kredit Foto & Resipi : FB Fatin Damia

 

ANDA  MUNGKIN SEDANG MENCARI AIR FRYER YANG BARU, JOM BELI DI SINI

VIDEO MASAKAN INI JUGA SANGAT MENARIK :

DAN JUGA RESIPI MENARIK INI :

 

 

 

Published by
Faridah Talib