Makan

Masak Acar Tumis Ikan Untuk Makan Tengah Hari, Satu Lauk Ini Pun Dah Cukup

Share

Dah puas makan ikan gulai, sambal, masak kicap dan sebagai boleh cuba pula acar tumis ikan ini. Bukan saja sedap buat pun senang. Sesuai jadi lauk makan nasi tengah hari. Satu lauk ini saja pun dah cukup.

Resipi Acar Tumis Ikan

Bahan-bahan

1-5 ekor ikan (lebih sedap guna ikan selayang atau ikan aye)
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering
Timun -dipotong
Bawang besar -dimayang
Cili padi
Halia
Cuka
Garam
Guna
Serbuk perasa

1. Goreng ikan yang siap digaul kunyit dan garam. Angkat ikan bila sudah sedikit garing. Ketepikan dulu.

2. Kisar bawang merah, bawang putih , cili kering dan halia.

3. Tumiskan bahan kisar sehingga terbit minyak.

4. Tambah air ikut cita rasa, bila sudah gelegak masukkan ikan. Kemudian masukkan timun, bawang besar yang dimayang, cili padi dan tambah cuka secukupnya.

5. Perasakan dengan garam gula dan serbuk perasa. Seimbangkan rasa biar ada rasa pedas, masam, manis dan masin. Selepas semuanya sebati, angkat dan hidang.

Kredit resipi & foto: Adawiyah Abdul Rahman

 

Published by
Rose