Masak asam ikan senangin ini cukup simple. Tapi jangan pandang sebelah mata ye. Rasa masam, masin dan pedas dan seimbang boleh membuk selera.
Untuk sahur pun sesuai. Makan panas-panas dengan nasi putih. Memang ngam. Lagi pula. Hidangan ini hidangan sihat kerana tak menggunakan minyak. Rebus-rebus je siap.
Ini resipinya ye.
1 ekor ikan senangin (bersihkan)
3 biji bawang merah (hiris)
1 inci halia (hiris)
5 ulas bawang putih (hiris)
1 inci lengkuas (hiris)
Sedikit kunyit hidup (hiris)
1-2 keping asam gelugur
Sedikit mushroom seasoning
1 batang serai (ketuk)
Air
1 biji tomato (potong enam)
Kacang Bendi
½ sudu makan pes asam jawa
Garam
2 tangkai cili besar merah
6 biji cili padi
Masukkan air dalam periuk. Kemudian masukkan bahan hiris.
Kemudian masukkan pula serai yang diketuk dan bahan kisar. Gaul sekata.
Tambah sedikit asam jawa. Kacau rata.
Setelah itu, masukkan pula ikan yang telah dibersihkan.
Masukkan pula tomato hiris dan kacang bendi.
Tambah mushroom seasoning dan garam secukup rasa. Biar mereneh.
Siap!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official