
Terasa nak makan lauk pauk yang simple sahaja untuk sajian makan tengah hari ni? Menu Asam Pedas Kembung ni boleh dicuba. Istimewa menu ini ialah ianya sangat senang, rasa sedap, kuah tidak terlalu cair dan paling penting tidak berbau hanyir. Memang kena cuba.
ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

BAHAN-BAHAN:
- 6 ekor ikan – potong 2
- 2 kuntum bunga kantan
- 1 ikat daun kesum
- 1 batang serai – diketuk
- 4 biji tomato
- 15 batang bendi
- 60g MAGGI®️ Sambal Tumis
- 1 mangkuk air asam jawa
- MAGGI®️ Cukup Rasa
- Air secukupnya
BAHAN KISAR:
- 15 biji bawang merah
- 2 biji cili merah
- 8 ulas bawang putih
- 2 inci belacan
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar, MAGGI®️ Sambal Tumis dan serai sehingga masak dan garing.
- Masukkan air asam jawa.
- Seterusnya masukkan air. Jumlahnya ikut berapa banyak kuah yang nak. Paling penting jangan sampai hilang rasa masam.
- Seterusnya masukkan daum kesum yang dah dibersihkan.
- Diikuti bunga kantan. Masak kuah hingga mendidih.
- Kemudian masukkan bendi dan ikan.
- Perasakan dengan MAGGI®️ CukupRasa.
- Bila ikan dah masak, masukkan tomato dan padamkan api.
- Siap dan sedia untuk dinikmati.
PETUA: Seimbangkan rasa masam dan penggunaan daun kesum memberi aroma istimewa pada asam pedas.
Kredit foto: Unit Foto Nu Ideaktiv
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Rasa Layan Curry Fiesta Buka Pra Pendaftaran Tapak Niaga Untuk Vendor Yang Berminat

Portal majalah RASA menerusi Rasa Layan Curry Fiesta buka tempahan tapak berniaga untuk vendor usahawan makanan yang berminat. Bercerita tentang makan, Malaysia adalah antara syurga makanan dunia. Industri F&B antara yang paling pesat berkembang. Jual lah apa sahaja, dengan rasa yang sedap, padu serta persembahan kreatif, ia akan mendapat sambutan dan viral di sosial media.

Dalam 1001 jenis makanan, masakan kari adalah yang paling popular. Siapa yang tidak suka kan lauk pauk nasi kandar, roti canai, roti jala, karipap, murtabak dan banyak lagi. Ia diminati majoriti rakyat Malaysia. Tak lengkap menu hidangan tanpa kari. Selagi mampu kita layan kari sepuas-puasnya. Tidak hairanlah apabil roti canai diiktiraf sebagai roti pilihan nombor satu dalam kategori roti terbaik di dunia.


Kari menyatukan selera rakyat Malaysia dan oleh itu, portal majalah RASA bakal anjurkan pesta makanan berasaskan kari pada 5 hingga 8 September 2024, di Parking B, Setia City Covention Centre Shah Alam dari jam 11 pagi – 10 malam bersempena sambutan Hari Malaysia dengan tema Satu Malaysia Layan Kari.



Fiesta dua hari ini menyediakan tapak jualan (booth) kepada semua pengusaha makanan yeng berminat. Terdapar 4 jenis tapak yang ditawarkan kepada vendor:
- 12 buah booth khas untuk pengusaha Nasi Kandar (20 kaki x 20 kaki)
- 80 buah booth SME Gold & SME Silver (10 x 10 kaki)
- Food Truck.
Keutamaan adalah untuk jualan makanan yang sesuai dengan tema fiesta ini. Bagi melancarkan pedaftaran, para pengusaha makanan digalakkan mengisi borang Pra Pendaftaran Vendor Rasa Layan Curry Fiesta.


Peserta yang telah mendaftar akan dihubungi pihak penganjur untuk proses lanjut. Tujuan pra pendaftaran ini sebagai penapisan awal kategori makanan jualan utama agar setiap jenis makanan adalah seimbang dan menjaga kepentingan perniagaan vendor yang terlibat.


Selain pelbagai jualan makanan yang enak, lazat dan menarik, fiesta ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti lain bagi memenuhi keperluan gaya hidup pelbagai lapisan umur masyarakat. Antara yang menarik ialah pemberian kari kepala ikan percuma kepada pengunjung, pertandingan teh tarik kaw-kaw, pertandingan roti canai terbang tinggi, pameran kereta Hello Kitty, vespa vintage, motosikal klasik, bouncing castle, mini petting zoo dan banyak lagi.

Tidak meriah fiesta tanpa kehadiran KOL dan selebriti popular dan kehadiran mereka ini dijangka menjadi sebahagian daripada tarikan juga.
Untuk maklumat lanjut, pengusaha makanan yang berminat boleh hubungi urusetia vendor ditalian : 019-675 3057 atau 019-6328758 atau imbas kod QR yang ada pada poster.

Buat Sendiri Dua Manisan Kesukaan Orang Kelantan.

Teringin dessert yang lemak manis, korang boleh cuba dua jenis pemanis mulut berasasakan tepung pulut ini. Bubur Butir Nangka dan Puteri Mandi, kedua manisan ini sangat mudah disediakan dan tak banyak guna bahan. Tak sampai 30 minit korang boleh siapkan dengan mudah. Jangan tunggu lagi kalau ada tepung pulut dan kelapa dalam peti sejuk, boleh cuba petang ni…
BUBUR BUTIR NANGKA
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung beras pulut
- 3 sudu makan air daun pandan
- Sedikit pewarna hijau
- 1 sudu makan air kapur
- 1/2 sudu teh garam
- Air secukupnya
BAHAN KUAH:
- 300ml santan
- 10ml susu cair
- 150gm gula melaka
- 1/2 sudu makan halba | cuci dan tos
- 1 helai daun pandan
- 1/2 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan adunan butir nangka, masukkan tepung bersama bahan lain dalam mangkuk, kemudian uli hingga sebati.
- Sementara itu, didihkan air dalam periuk.
- Sementara menunggu air rebusan mendidih, bentukkan adunan seperti biji nangka, lakukan hingga adunan habis.
- Masukkan adunan dalam air mendidih.
- Apabila butir nangka timbul angkat dan masukkan dalam bekas berisi air sejuk.
- Untuk menyediakan kuah, masukkan santan, gula Melaka, daun pandan dan sedikit garam dalam periuk.
- Renehkan atas api sederhana, apabaila mendidih, masukkan susu cair dan biji halba, kacau seketika dan tutup api.
- Bubur Butir Nangka sedia dihidangkan.
KUIH PUTRI MANDI
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan tepung pulut
- Air secukupnya
- Secubit garam
- Seddikit pewarna merah, hijau dan kuning
BAHAN KELAPA:
- 1 mangkuk kelapa parut | putih sahaja
- 1 keping gula Melaka
- 1/2 cawan air
- 1 helai daun pandan
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Campurkan tepung dengan sedikit garam halus gaul rata.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sambil adaun hingga jadi doh.
- Bahagikan doh menjadi tiga bahagian, pewarnakan setiap doh dengan warna merah, hijau dan kuning. Adun lagi hingga pewarna sebati.
- Bentukkan doh menjadi bulat, kemudian leperkan sedidkit dan tekan ditengahnya.
- Sementara itu didihkan air, dan rebus doh hingga timbul.
- Angkat dan masukkan dalam bekas berisi air sejuk. Ketepikan.
- Untuk menyediakan bahan kelapa, didikan air dalam kuali bersama gula Melaka dan daun pandan.
- Setelah gula larut dan kuah pekat, masukkan kelapa dan sedikit garam halus, kecilkan api dan gaul rata lebih kurang 3-5 minit. Tutup api.
- Kemudian, masukkan doh yang telah direbus ke dalamnya dan gaul rata.
46 Artis & Selebriti Meriahkan Rancangan Memasak Rasa Nostalgia Ramadan

Ramadan tanpa hidangan nostalgia kala berbuka dan sahur memang tidak lengkap rasanya.Waktu inilah kita mula terkenang keenakan masakan ibu atau terbayang-bayang deretan menu yang selalu disajikan buat sajian berbuka satu keluarga. Satu persatu nostalgia waktu memasak di dapur muncul. Sudah semestinya macam-macam lauk yang mahu kita masak. Belum lagi kuih muih, bubur dan pencuci mulut yang panas dan sejuk mahu dimakan juga. Keseronokan waktu membuat persiapan berbuka mula terbayang-bayang. Kecoh dari dapur hingga ke meja makan.
Kalau anak-anak ramai, pasti macam-macam menu yang diminta. Namun yang pastinya tentu ada dua tiga menu yang menjadi kegemaran seisi keluarga. Paling dikenang-kenang bila sudah dewasa dan berumahtangga. Lalu menu itulah yang akan dimasak Kembali sambil mengutip semua kenangan waktu kecil bersama ibu, bapa dan adik beradik. Kenangan dan nostalgia terindah inilah membuatkan semua kita ternanti-nanti hadirnya Ramadan.

Mengembalikan nostalgia ini dalam suasana penuh ceria, Rasa Kembali dengan program memasak RASA NOSTALGIA RAMADAN yang akan ditayangkan bermula 12 April 2021 , jam 7.00 malam dari Isnin hingga Jumaat di Astro Prima.
Program memasak Rasa Nostalgia Ramadan kali ini memang istimewa kerana menampilkan lebih 23 selebriti yang memasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat serta tetamu mereka memasak makanan kegemaran yang menjadi nostalgia mereka. Sambil menyediakan hidangan mereka bakal berkongsi nostalgia kisah menarik sepanjang bulan Ramadan yang mungkin tidak dikongsi kepada umum sebelum ini!

Penuh Gelagat Lucu Dan Ceria
Saksikan pelbagai celoteh mereka di dapur sambil berkongsi cerita suka duka, ketawa gembira yang menjadi kenangan yang ingin diulang setiap kali datangnya Ramadan. Dengan begitu banyak keseronokan dan warna dalam perbualan, Rasa Nostalgia Ramadan kali ini menggali lebih banyak makanan nostalgia selebriti dan mendedahkan pelbagai aspek kisah dan perjalanan hidup mereka.

Bayangkan bila dua beradik mencuba resipi nostalgia ibu mereka seperti Sharifah Shahira dan Sharifah Sakinah . Bagaimana pula agaknya bila pasangan suami isteri seperti Azad dan Eira Syazira serta Lana Nordin dan suami, Ain Edruce dan Amirul mahu masak cara sendiri. Siapa bakal mengalah. Bagaimana pula agaknya bila ibu dan anak bergabung di dapur. Ayah dan anak. Tentu ada sahaja yang tak kena ya. Ada ke yang tak kenal bahan. Siapa pula lebih hebat. Siapa cepat dan siapa yang lambat buat keje. Tak sabar nak tengok Rosyam Noor memasak dengan anaknya dan Killa Fairy bersama ibunya Rohana Jalil.

Itu belum lagi dua sahabat baik bergabung di dapur. Didi Alias dan Enot, pasti pasti akan bawa macam-macam cerita. Eh CikB dan Dato Sri Vida pun ada. Peh memang meriah dapur dibuatnya. Dan paling best kita akan dapat idea untuk memasak kerana 46 resipi bakal dikongsikan oleh mereka.


Barisan Selebriti Hebat
Inilah barisan artis dan selebriti yang akan menyerikan dapur Rasa Nostalgia Ramadan dengan resipi-resipi nostalgia air tangan mereka ialah
Sh Shahirah & Sh Sakinah, Waris & Ara Johari , Rita Rudaini & Cik Ala , Eira Syazira & Azad Jazmin, Didie Alias & Enot , Ain Edruce & Amirul Hafiz, Lana Nodin & Daud Mckienzie , Mas Idayu & Daini , Ifa Raziah & Aqili , Bella Astillah & Alif Aziz , Norman Hakim & Memey Suhaiza ,Fikry Ibrahim & Cousin, Fizo & Puan Hasnah , Adam Corrie & isteri , Zara Zya & Ibunya, Rahim & isteri, Syafiq Farhain & ibu , Jaafar Onn & Salwa Rosham Nor & Anis, Kilafairy & Rohana Jalil, Atu & Sharif Zero , Cik B & DSV dan DIVA AA

LG PuriCare™️ Melengkap Dan Memeriahkan Suasana Dapur Selebriti
Kemeriahan dapur Rasa Nostalgia Ramadan kali ini diceriakan lagi dengan kehadiran rakan penaja LG PuriCare™️; Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™️ 4-WARD

Memang perlulah kan memasak menggunakan air yang bersih. Bersih dengan erti kata sebenar-benar bersih terutama dalam situasi pendemik hari ini. Setiap sajian perlu dipastikan kebersihannya. Penggunaan air yang tidak bersih sangat mudah memberi risiko kesihatan kepada keluarga apa lagi setelah seharian berpuasa.
Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™️ 4 WARD terdapat 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 pilihan suhu air (suhu panas, sejuk dan bilik) serta Muncung Bergerak 4 Arah – kiri dan kanan, atas dan bawah. Perlu ada didapur kita kerana bukan sahaja memberikan air yang jernih, selamat malah ia tidak memakai ruang yang banyak dengan reka bentuk tipisnya , ia juga mudah dipasang dan dapat mengurangkan percikan air. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™️ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan.
Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)

Jangan lupa saksikan kemeriahan Nostalgia Rasa Ramadan selama 23 hari setelah menonton bolehlah mencuba resipi-resipi yang dikongsi oleh barisan selebriti ini. Untuk dapatkan resipi penuh, layari website majalah rasa (www.rasa.my) setiap hari selepas habis siaran.

