Masak Ayam 3 Budak Gemok, Resipi Mudah Untuk Berbuka

Share

Ni resipi ekspres Masak Ayam 3 Budak Gemok ,dan senang sangat membuatnya. Ringkas dan bahan ramuannya pun ringkas sahaja. Memang padulah rasanya dan enak sungguh untuk dijadikan hidangan berbuka.

Jika anda sibuk bekerja dari rumah, inilah resipi ekspres yang boleh dibuat untuk berbuka.

AYAM ALA 3 BUDAK GEMOK

BAHAN-BAHAN :

  • Ayam kuantiti seperti dalam gambar| dipotong kecil dan perap dengan garam dan kunyit

Bahan ditumbuk kasar :

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5-6 biji cili padi
  • Setangkai daun kari
  • 1 ruas halia | diracik halus
  • 3 sudu besar sos tiram
  • Sedikit kicap manis

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan goreng ayam, toskan dan ketepikan.


2. Tumbuk atau kisar bawang besar, bawang putih, cili api dan daun kari, boleh masukkan sekali.


3. Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan menggunakan minyak goreng ayam.


4. Masukkan sos tiram dan kicap manis, gaul sekata


5. Masukkan ayam goreng tadi dan kacau sekata. Gaul sebati.


6. Sajian siap dihidang

*Usah letak garam sebab sos tiram dah masin. Tak perlu masuk air.

Via FB : Resepi Masakan Terkini

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

ATAU JUGA VIDEO MASAKAN INI :

 

Published by
Faridah Talib