Masak Ayam Halia Gerenti Licin Sepinggan

Share

Kalau anak anda tidak makan ayam bahagian paha, menu ni boleh anda buat. Masak ayam halia gerenti licin habis dimakan. Tak percaya bolehlah buat nanti. Aroma halia dan daun bawang memang membuka selera.

AYAM HALIA

 

Bahan-bahan:

  • Ayam (bahagian dada)
  • Tepung jagung
  • Lada hitam
  • Sos tiram
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Cili kering
  • Daun bawang
  • Garam secukupnya

Cara memasak:

1.Panaskan minyak, tumis bawang putih. Dah garing masuk cili, bawang dan halia.

2.Dah layu sikit, masukkan ayam kacau bagi rata.

3.Masuk air dan masuk serbuk lada hitam.

4.Masukkan sos tiram.

5.Letak air hingga mendidih rasakan garam dah secukup rasa semua, masuk bancuhan air tepung jagung.Ikut pekat mana kita nak.

6.Kemudian masukkan daun bawang hiris tadi, siap untuk dihidang.

Kredit: Fdlah Ila

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Putri