Kalau dah biasa buat ayam goreng, apa kata kali ini buat ayam varuval pula untuk hidangan makan tengahari.
Varuval ni, maksudnya garing. Walaupun kering tapi garing dan berperisa. Enak dimakan walau hanya nasi tanpa kuah.
Resipi yang dikongsi Aisyah Humaira ini, sangat senang untuk disediakan. Jom kita buat!
AYAM VARUVAL
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong 4 atau boleh potong kecil-kecil
1 ketul halia saiz sederhana – beli online di sini
2 sudu besar minyak kelapa
6 biji bawang putih – beli online di sini
Kunyit | kisar/tumbuk
*ratakan bahan pada ayam bersama sedikit serbuk kunyit, serbuk kari ayam dan garam. Perap ayam ½ jam dan simpan dalam peti. Setelah perap, bolehlah goreng seperti biasa. Ketepikan.
BAHAN KISAR:
5 biji bawang besar – beli online di sini
4 ulas bawang putih
3 cm halia
3 biji buah keras – beli online di sini
BAHAN LAIN:
Minyak kelapa KriAyur secukupnya
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
Secubit biji sawi
5 biji bawang besar | dimayang
3 biji bawang putih | dicincang
3 sudu besar serbuk kari ayam/daging babas – beli online di sini
3 sudu besar serbuk kari ikan – beli online di sini
3 sudu besar serbuk cili babas
3 tangkai daun kari
5 tangkai cili kering | dihiris pendek – beli online di sini
3 helai daun pandan | disimpul
2 sudu besar serbuk lada putih
BAHAN SANGAI & TUMBUK HALUS:
2 sudu besar biji ketumbar
2 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak biasa bersama 4 sudu besar minyak kelapa KriAyur.
2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji sawi. Setelah terbit bau masuk pula bawang besar, bawang putih tumis hingga sedikit perang.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Masukkan bahan kisar dan cili kering tumis dengan api perlahan hingga pecah minyak.
4. Dah pecah minyak masuk rempah kari, serbuk cili dan rempah yang disangai tadi (ketumbar, jintan manis, jintan putih).
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
5.Tumis semua hingga sebati dan bolehlah masukkan sedikit air.
6. Masuk pula ayam, kicap dan bahan berbaki, kacau rata. Siap. Lauk ni mesti ada rasa manis-manis masin dan hanya sedikit pedas.
Kredit resipi: Aisyah Humaira
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: