
Kalau ada roti lebih boleh cuba buat bingka roti ni. Tapi paling mudah guna pemanggang ajaib ni masakan jadi masak sekata dan cantik rupanya. Sesuai buat makan satu family. Boleh la cuba kalau masih belum ada pembakar di rumah. Mesti seronokkan!
RESIPI BINGKA ROTI BAKAR AJAIB


BAHAN-BAHAN:
- 5 keping roti gardenia
- 2 biji telur – pukul sikit
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/2 sudu kecil garam
- 400ml santan – 200ml santan KARA + 200ml air (sy ltk pewarna hijau dan esen pandan)
- 100 ml full cream milk – bole guna susu segar@susu cair
- 1 sudu kecil esen vanila

CARA-CARA:
- Carik-carikkan roti dan masukkan dlm satu mangkuk besar dan ketepikan.
- Dalam bekas lain satukan susu, santan, gula, garam, telur, esen vanilla dan whiskn bg sebati. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan whisk x bg tpg berketul2. Tapis dan tuang adunan ke dalam mangkuk roti td.
- Biarkan roti terendam sebentar dalam 15-20 minit.
- Tuang ke dalam pemanggang ajaib dan bakar sampai masak. Gune api paling kecil. Kne selalu check dan tengok supaya tak hangit. Td sy bakar dlm 20 min kemudian terbalikkan ke permukaan lg satu dan bakar lg 20 minit. Kena perhatikan juga masa bakar. Biarkan sejuk baru potong. Sy ltk baking paper utk memudahkn msa keluarkn bingka roti.
Selamat mencuba!
Kongsi resipi:Shameema Ahamed
ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI:
Resipi Bingka Tumis Yang Super Sedap. Bakar Guna Pemanggang Ajaib. Memang Ajaib Betul Hasilnya
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buka Kedai Bahan Kek & Roti Dalam Kampung, Wanita Ini Ingin Mudahkan Penduduk Dapatkan Produk Bakeri Tanpa Perlu Keluar ke Bandar

Terletak di Parit Yusof, Batu Pahat, Johor, kedai bahan kek dan roti, Jihah and The Baking Room Solution memberikan kemudahan bagi penduduk setempat untuk mendapatkan pelbagai produk bakeri. Tidak perlu keluar ke pekan atau bandar berdekatan, penduduk sekitar kampung itu mudah untuk membuat pelbagai jenis kuih dan kek.
Menurut empunya kedai, Nornajihah binti Mohd Noh, idea untuk membuka kedai bahan kek dan roti di dalam kampung itu timbul apabila melihat kelompongan jenis perniagaan itu di kawasan tersebut.





“Di sini memang belum ada lagi kedai bahan kek dan roti. Jika orang kampung hendak membuat kek atau roti, mereka perlu keluar ke pekan atau bandar berdekatan. Hal itu mengambil masa yang agak lama. Jadi, saya buka kedai seperti ini di sini bagi memudahkan orang ramai. Tak perlu nak keluar jauh terutama jika kita cuma perlukan seketul mentega kerana terlupa beli. Boleh datang ke kedai saya,” katanya.
Sejak 3 Januari 2021 Jihah and The Baking Room Solution mula beroperasi sepenuhnya. Alhamdulillah, kedai ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada masyarakat setempat kerana kewujudannya amat diperlukan.




“Kedai kami mula beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketika ini muncul ramai baker baru kerana masing-masing ingin membuat kuih dan mencari pendapatan sampingan ketika PKP. Namun, cabaran kami adalah dari segi harga kerana ketika itu barang-barang naik harga,” katanya lagi.


Pun begitu, Nornajihah cuba memberikan yang terbaik buat semua pelanggannya.
Jihah and The Baking Room Solution
Lokasi: Parit Yusof, Batu Pahat, Johor
Waktu Operasi: 9 pagi hingga 6 petang setiap hari

Kredit: facebook Jihah and Baking Room Solution – Parit Yusof
Roti Karipap Sardin, Goreng Garing Krup Krap Makan Tak Sedar Diri!

Menu simple dan senang nak buat bila takde idea nak masak apa. Dari di biarkan roti habis tarikh luput dan berkulat baik cuba resipi ni. Kenyang perut senang hati! Boleh juga disediakan untuk sarapan pagi.. Selamat mencuba!
RESIPI ROTI KARIPAP SARDIN

(Untuk 14 keping roti)
BAHAN-BAHAN:
- Sardin 1 tin kecil sardin.
- 2 bawang merah.
- 2 biji bawang putih.
- 10 tangkai cili kering.
- 1 batang carrot.
- Garam.
- Ajinamoto. (jika perlu)
CARA MEMASAK:



- Blendkan cili kering dan bawang merah dan bawang putih. Tumis atas api sampai naik minyak. Masukkan sardin dan carrot. Buh air sikit. Pelan kan api bia sampai carrot lembut. Masukkan bawang garam dan ajinamoto. Api kene pelan ye. Kacau sampai kering sikit sardin tu.
- Roti korang gelek sampai mampat ye. Lepastu pakai kepit karipap tu je. Masukkan inti sardin tu. Kepit cam biase.
- Pastu boleh goreng. Goreng sekejap je. Dah garing terus angkat.
Siap!
Tip: Risau roti berminyak. Gelek dulu roti tu sampai tipis. Barulah tak berminyak.
Kongsi resipi: Zilla Janis
6 Menu Popular Vietnam Ni Memang Berbaloi Kalau Cuba,

Teringin masakan Vietnam? Anda tidak perlulah ke restoran yang menyajikan masakan Vietnam atau sehingga berpeluang ke negara. Apa kata anda cuba masak sendiri di rumah dan boleh sesuaikan dengan cita rasa keluarga anda. Contohnya anda boleh masak Mi Daging Vietnam atau Popia Vietnam kerana bahan yang diperlukan senang dibeli dan ia menunya juga mudah disediakan. Berikut, Rasa kongsikan beberapa resipi yang boleh anda cuba buat di rumah.

MI DAGING VIETNAM
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm Banh Pho/ bihun vietnam | rendam, rebus dan tos
- 500gm daging batang pinang | cuci bersih dan tos
- 500gm tulang | cuci bersih dan tos
- 3cm halia muda | hiris memanjang
- 1 biji bawang besar | potong dadu kecil
- 4 ulasa bawang putih | titik
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 2 sudu makan sos ikan
- Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN REMPAH RATUS:
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- 4 biji buah pelaga
BAHAN ISIAN:
- Daun sup secukupnya
- Tauge secukupnya
- Limau nipis atau lemon | ikut suka
- Sambal kicap / hirisan cili
- Bawang goreng | jika suka
CARA MEMASAK:
- Rebus tulang dan daging lebih kurang 15 minit, asingkan daging dan isi tulang.
- Tapiskan air rebusan tulang, ketepikan.
- Setelah daging sejuk hiris nipis. Ketepikan.
- Dalam periuk berasingkan , tumis bahan rempah ratus bersama bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
- Kemudiana masukkan air rebusan daging dan tulang tadi bersama serbuk lada sulah.
- Setelah mendidih, masukkan sos ikan, perahan jus limau nipis atau lemon, garam, gula dan perasa secukupnya.
- Setelah secukup rasa . tutup api.
- Sementara itu panaskan air dalam periuk, celur mi vietnam hingga lembut. Angkat dan toskan.
- Masukkan dalam mangkuk, tuangkan kuah, kemudian hias di atasnya dengan tauge dan daun sup, bawang goreng jika suka.
- Hidangkan bersama sambal kicap atau cili potong.

POPIA VIETNAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket kulit popia Vietnam
- 100 hirisan isi dada ayam | rebus dan tos
- 200gm isi udang yang dibuang kepala dan kulit | celur
- 100gm bihun | celur
- Daun selasih secukupnya
- Daun pudina secukupnya
- Tauge secukupnya
- Daun salad secukupnya | potong kecil
- Daun ketumbar secukupnya | hiris
- Garam secukupnya
- Air secukupnya
BAHAN SOS:
- 5 biji cili padi merah dan hijau | hiris halus
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu makan gula
- 3 sudu makan jus lemon
- 2 sudu makan sos ikan
- 3 sudu makan air panas
CARA MEMASAK:
- Siapkan semua bahan isian dulang kemudian ketepikan.
- Sementara itu rendam kulit popia dalam air panas seketika, angkat dan toskan ainya.
- Kemudian letakkan kulit popia yang telah direndam di atas pinggan leper. Segera isikan isiannya ikut kreativiti.
- Kemudian lipatkan kiri dan kanan kulit popia.
- Seterusnya gulung hingga ke hujung seperti buat popia biasa.
- Masukkan dalam bekas dan ketepikan.
- Untuk menyediakan sos, Campurkan semua bahan kacau rata.
- Setelah siap hidangkan bersama popia yang telah siap tadi.

BUBUR NASI VIETNAM (CHAO CA VIETNAM)
BAHAN-BAHAN:
- 200gm beras | cuci bersih dan tos
- 2 ulas bawang merah | mayang galus
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 3 sudu makan sos ikan
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu makan minyak masak
BAHAN KUAH SUP:
- 2 liter air rebus daging
- 1 batang lobak merah | hiris memanjang 3 cm
- 4 ulas bawang merah | hiris
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu makan minyak masak
- Garam secukupnya
BAHAN ISIAN:
- Hirisan daging
- Hirisan daun bawang
- Hirisan daun ketumbar
- Hirisan halus halia
- Tauge
- Sambal kicap / hirisan cili
CARA MEMASAK:
- Mulakan dengan menyediakan kuah sup, Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
- Masukkan air rebusan daging, perasakan dengan serbuk lada sulah garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Setelah mendidih, Ketepikan.
- Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan beras, goreng seketika, kemudian tuangkan ke dalam periuk rebusan sup tadi.
- Kacau dan biarkan ia mereneh atas api kecil hingga menjadi bubur nasi pekat.
- Masukkan dalam mangkuk, kemudian letakkan hirisan daging di atasnya, hirisan dan sup, daun ketumbar, halia dan tauge.
- Hidangkan bersama dengan sambal kucap atau hirisan cili.

ASAM LAKSA VIETNAM:
BAHAN-BAHAN:
400gm mi telur | celur hingga lembut dan tos
- 250gm daging | rebus dan hiris nipis
- 250gm udang | buang kepala dan kulit kemudian rebus dan tos
- 1500ml air rebusan daging
- 6 ulas bawang merah | hiris
- 4 ulas bawang putih | titik
- 3cm lengkuas | ketuk
- 6 helai daun limau purut | carik-carik
- 2 sudu makan kicap ikan
- 2 sudu makan kicap manis
- 2 sudu makan jus limau nipis
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
BAHAN HIASAN:
- Daun ketumbar | hiris
- Daun bawang | hiris
- 4 biji telur rebus | belah dua
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang merah, bawang putih, lengkuas, dan daun limau purut hingga wangi.
- Tambahkan daging dan udang sambil kacau hingga berubah warna.
- Tuang air. Masukkan kecap ikan, kecap manis, jus limau nipis, gula, dan garam.
- Setelah cukup rasa dan masak. Tutup api dan masukkan daun bawang.
- Masukkan mi telur dalam mangkuk, kemudian tuangkan kuah dan hias di atasnya dengan bahan hirisan dan telur rebus.
- Sedia dihidangkan.

CREPE PEDAS VIETNAM (BANH XEO)
BAHAN UNTUK CREPE:
- 2 cawan tepung beras
- 3/4 cawan santan
- 1 ½ cawan air sejuk
- 1 sudu makan kicap ikan
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 sudu makan serbuk kari
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 pokok daun bawang | hiris halus
BAHAN ISIAN:
- 300gm udang | buang kulit dan cincang
- ½ biji bawang holland | cincang halus
- 1 cawan tauge
- 3 pokok daun ketumbar | hiris
- 2 sudu makan minyak masak
- Sos Cili Thai secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan tepung beras, serbuk kunyit, serbuk kari, garam dan gula secukupnya. Gaul rata.
- Kemudian masukkan air, santan dan sos ikan. Kacau hingga campuran sebati, tidak berketul.
- Panaskan lebih kurang dua sudu makan minyak dalam kuali leper
- Tumuskan bawang Holland, udang kemudian tambah tauge di dalamnya,
- Perasakan dengan sedikit garam. Tutup api.
- Seterusnya, oleskan minyak dalam kuali leper. Kemudian biarkan panas.
- Tuangkan setengah bancuhan crepes. Apabila crepes mula keras dan ranggup masukkan sedikit minyak lagi di sekeliling tepi crepes.
- Gunakan spatula, perlahan-lahan pastikan crepes tidak melekat pada kuali.
- Seterusnya taburkan di atasnya dengan campuran udang tadi.
- Apabila crepes betul-betul ranggup, lipatkan crepes hingga separuh bulatan.
- Masukkan di dalamnya tauge, daun ketumbar, daun bawang dan picitkan sedikit Sos Cili Thai di dalamnya.
- Crepes sedia dihidangkan.

SANDWICH VIETNAM (BAHN MIE)
BAHAN-BAHAN:
- 1 batang roti baguette | belah dua
- 1/2 batang lobak merah | hiris halus memanjang
- 1/2 batang timun | hiris halus memanjang
- Daun ketumbar secukupnya
- Daun Salad secukupnya
- Tomato secukupnya
- Hirisan daging panggang
BAHAN SOS:
- Sedikit hirisan cili padi
- 1/2 biji lemon | ambil jus jus
- 1 sudu makan gula
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Panggang seketika roti Baguette yang telah dipotong tiga dan dibelah dua.
- Sapukan mayones di bahagian belahan roti.
- Kemudian sediakan bahan sos.
- Campurkan kesemua bahan dan gaul rata.
- Kemudian gaulkan bersama bahan hirisan tadi, gaul rata seperti salad.
- Isikan di atas roti yang disapu mayones, kemudian letakkan hirisan daging panggang.
- Akhir sekali letakkan roti bahagian atas, kemudian segera hidangkan.

