Masak Bingka Roti Bakar Guna Pemanggang, Ini Memang Ajaib Sedap!

Share

Kalau ada roti lebih boleh cuba buat bingka roti ni. Tapi paling mudah guna pemanggang ajaib ni masakan jadi masak sekata dan cantik rupanya. Sesuai buat makan satu family. Boleh la cuba kalau masih belum ada pembakar di rumah. Mesti seronokkan!

 

RESIPI BINGKA ROTI BAKAR AJAIB

BAHAN-BAHAN:

  • 5 keping roti gardenia
  • 2 biji telur – pukul sikit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 400ml santan – 200ml santan KARA + 200ml air (sy ltk pewarna hijau dan esen pandan)
  • 100 ml full cream milk – bole guna susu segar@susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanila

CARA-CARA:

  1. Carik-carikkan roti dan masukkan dlm satu mangkuk besar dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain satukan susu, santan, gula, garam, telur, esen vanilla dan whiskn bg sebati. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan whisk x bg tpg berketul2. Tapis dan tuang adunan ke dalam mangkuk roti td.
  3. Biarkan roti terendam sebentar dalam 15-20 minit.
  4. Tuang ke dalam pemanggang ajaib dan bakar sampai masak. Gune api paling kecil. Kne selalu check dan tengok supaya tak hangit. Td sy bakar dlm 20 min kemudian terbalikkan ke permukaan lg satu dan bakar lg 20 minit. Kena perhatikan juga masa bakar. Biarkan sejuk baru potong. Sy ltk baking paper utk memudahkn msa keluarkn bingka roti.

Selamat mencuba!

Kongsi resipi:Shameema Ahamed

 

ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI:

Published by
Mastura Abu Kassim