

Chutney pudina boleh makan dengan roti naan, thosai, idli dan nasi. Boleh simpan dalam peti sejuk dan tahan sampai sebulan.
CHUTNEY PUDINA
BAHAN-BAHAN:
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji bawang merah
- 4 batang cili api
- Satu ikat daun pudina (ambik daun sahaja)
- Segenggam kelapa parut
- Sedikit air asam jawa.

CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak.

2. Tumis semua bahan kecuali air asam jawa.

3. Setelah daun pudina layu dan kelapa sedikit garing, tutup api.

4. Masukkan bahan tadi ke dalam mesin pengisar dan masukkan sedikit garam.

5. Masukkan juga air asam jawa dan renjiskan sedikit air.

6.Kisar semua bahan sampai halus.

INFO: Boleh lebihkan cili padi atau kelapa parut jika ingin lebih rasa pedas dan lemak
KREDIT RESIPI & GAMBAR: SheeNa Haikal
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Rahsia Sambal Nasi Lemak Likat Pekat, Baru Mantap & Sedap

Bila makan nasi lemak yang paling utama tentunya sambal yang dimasak. Kalau sedap dan mantap maka lengkaplah hidangan nasi lemak yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia ini.
Setiap orang ada cara tersendiri dalam memasak sambal, Nor Seri Azlina Bustani berkongsi cara dia memasak sambal mengikut citarasanya. Memang pekat dan likat, tengok pun dah menyelerakan. Boleh cuba masak cara yang dibuat, mana tahu kena selera. Barulah mantap!

Resepi Sambal Nasi Lemak Cara Saya
Saya punya expectation untuk nasi lemak macam ni ..sambal tu walaupun di campur dengan nasi minyaknya tak membasahi nasi…Sebab tu bila teringin yang macam ni…saya gigih buat sendiri…nak cari sambal orang jual macam ni memang susah…terinspirasi dari sambal seorang nenek yang meniaga di kampung saya suatu ketika dahulu ….cuma nenek tu dah meninggal….sambal dia memang nampak ikhlas .sedap dan susah nak lupa air tangannya ….dan saya mencuba banyak kali…akhirnya saya dapat rasa tu…masak sambal memang mudah…tapi my expectation untuk sambal memang tinggi…

BAHAN-BAHAN:
Cili kering – beli online disini (rebus dulu untuk hilangkan bau cili)
Bawang merah – beli online disini ( blender pakai chopper tanpa air) supaya bila menumis cepat garing dan wangi.
Belacan wangi yang basah – beli online disini ( seinci) saya pakai belacan segar Puala Perlis.
Ikan bilis – beli online disini (digoreng dan blender kering)
Air asam jawa – beli online disini
Gula melaka dan gula putih ( sesuaikan rasa)

Garam dan perasa jika suka
Minyak untuk menumis
Daun pandan..di masukkan minit terakhir sblm sambal masak…untuk effect sambal wangi…jgn masuk awal ye .last sekali
Dalam resepi saya ni tiada pengunaan bawang putih ye…cuma bahan dia atas sahaja..

CARA MEMASAK:
- Tumis semua bahan di atas ..masak hingga naik minyak
- Bila minyak dah naik…masukkan air …biar sampai naik minyak lagi ..kemudian ulang masukkan air selama 3 kali….
- Akhir sekali bila dah naik minyak 3 hingga 4 kali….boleh senduk minyak berlebihan ..nak clear minyak lagi boleh tapis ….kalau nak pekat biarkan macam tu ..kalau nak cair sikit tambah air panas sedikit dan kacau sekejap……insyaAllah sambal sedap dan tidak berminyak….sambal juga tahan lama.
Kredit: Nor Seri Azlina Bustani
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Roti Ala Burger Big Mac Mcd, Resipi Sedap, Mudah & Mengenyangkan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Tip Buat Sambal Bilis Pekat, Ikan Bilis Kekal Garing

Sambal bilis boleh kata semua menyukainya. Tapi versi paling sedap adalah apabila ikan bilis terasa garing dengan sambal yang pekat.
Lauk begini makan dengan nasi panas dah cukup marvellous. Sesuai juga dijadikan bekalan untuk travel atau anak-anak asrama. Jika mahu hasil sambal begini, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Mariana Zainal.
Tip Buat Sambal Bilis Garing, Sambal Pekat

Bahan-bahan
2 genggam ikan bilis (lebih pun boleh)
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar gula merah (sebab itu warnanya gelap)
1 sudu teh garam
Sedikit bahan perasa
1 keping asam keping
Bahan kisar
40 tangkai cili kering
3 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
3 sudu besar ikan bilis yang dah dikopek
1 dan 1/2 cawan minyak masak (nak lebih pun boleh)
Cara memasak
1. Goreng ikan bilis sampai garing kemudian tos dan biarkan sejuk.

2. Masukkan bahan kisar dan asam keping dalam kuali. Tumis guna api sederhana sambil kacau.
3. Bila sambal dah mula mendidih, naik minyak elok dan bertukar warna masukkan gula, garam dan bahan perasa.

4. Masak hingga sambal berbuih kecil, berwarna gelap dan pekat. Kemudian boleh tutup api, biarkan betul-betul sejuk.
5. Bila sambal dah sejuk boleh masukkan ikan bilis yang dah digoreng garing tadi. Ceduk atau buang lebihan minyak, boleh simpan dalam bekas.

Boleh simpan bekas yang sesuai.

Selamat mencuba.
Sumber: Mariana Zainal.
Wanita Ini Kongsi Resipi Sempoi Masak Gulai Siput Sedut dan Sambal Tumis Bilis Petai

Melalui facebook, seorang pengguna media sosial dengan nama Hafizah Sabtu, berkongsi resipi gulai siput sedut dan sambal tumis bilis petai. Menariknya, Hafizah tidak berpandukan sebarang resipi. Sebaliknya hanya melalui pemerhatian daripada pengalamannya melihat orang lain memasak.
“Saya jarang masak masakan kampung seperti ini. Selalunya masak lauk biasa misalnya ayam masak kicap, sup ayam dan telur. Siput sedut ni kali pertama saya masak. Alhamdulillah, sedap,” katanya.
Hafizah yang juga seorang ejen produk Serum Qa-iii dan Shaklee mengakui sibuk dengan urusan perniagaan online.
“Setiap hari saya melayan pelanggan yang membeli produk jualan saya melalui online. Jadi, saya perlu masak lauk yang ringkas supaya memudahkan urusan di dapur. Inilah timbulnya resipi sempoi campak-campak saja,” katanya yang juga seorang ibu tunggal yang gigih membesarkan empat anak.
Jom kita tengok resipi sempoi yang dikongsikan oleh Hafizah.
GULAI SIPUT SEDUT

BAHAN KISAR
10 tangkai cili api
1/2 inci kunyit hidup
BAHAN-BAHAN
1 mangkuk siput sedut (dibuang hujung dan bersihkan)
1 kotak kecil santan
3 batang serai (diketuk)
2 helai daun kunyit (disimpul)
Air secukupnya
Garam
CARA MEMBUAT
1. Panaskan periuk. Masukkan bahan kisar dan kacau sebentar.
2. Masukkan siput sedut. Kacau lagi.
3. Masukkan santan, serai dan daun kunyit.
4. Biarkan masak seketika.
5. Jika mahu kuah banyak, masukkan air. Jika tidak mahu kuah banyak, masukkan garam.
6. Biarkan mendidih. Tutup api dan boleh dihidangkan.

SAMBAL TUMIS BILIS DAN PETAI

BAHAN KISAR
10 tangkai cili kering (rebus dan buang biji dahulu)
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
Garam
Gula
Air asam jawa
4 papan petai (potong kecil bersama kulit)
Segenggam ikan bilis (digoreng)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan garam, gula dan air asam jawa.
3. Masukkan petai. Biarkan sehingga petai sedikit layu.
4. Tutup api.
5. Masukkan ikan bilis, Kacau rata. Sedia dihidang.

Kredit: facebook Hafizah Sabtu

