Masak Fettucine With Beef Streaky Ni, Gerenti Semua Suka

Share

Malam ni kita masak yang ringkas dan famili suka. Ada lebihan fettuccine dalam setengah kotak, ada pulak beberapa keping beef streaky, tambah parsley, bawang putih sikit jadilah untuk quick dinner. Kalau nak cuba, resipinya seperti di bawah.

FETTUCCINE WITH BEEF STREAKY

Bahan-bahan:

1/2 kotak (peket) fettuccine pasta

4 keping beef streaky – potong kecil

4 ulas bawang putih – cincang

1 sudu makan parsley segar/kering

1 sudu teh chili flakes @ paprika

1 sudu makan minyak zaitun

1 sudu makan air rebusan pasta

1 sudu makan mentega-beli online di sini

Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa-beli online di sini

Parutan keju parmesan secukupnya (dalam 1-2 sudu makan camtu)

Cara memasak:

  1. Rebus fettuccine hingga ‘al-dente’ dan toskan. Simpan sikit air rebusan pasta.
  2. Dalam kuali panaskan minyak zaitun dan mentega. Masukkan beef streaky dan goreng hingga hampir perang, angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan minyak/mentega yang sama, tumis bawang putih hingga wangi (api medium je jangan sampai bawang hangit).
  4. Masukkan fettuccine, air rebusan pasta, chili flakes, parsley dan gaul sebati.

5.Masukkan beef streaky goreng tadi, garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.

  1. Tabur parutan keju parmesan dan gaul sekata. Hidangkan segera. Enjoy!

*fettuccine boleh diganti dengan pasta-pasta jenis lain seperti spaghetti, linguine, angel hair, penne, spiral dan lain-lain. Maksud rebus hingga ‘al-dente’ tu rebus sampai 3/4 lembut. Bukan rebus bagi pasta tu lembik. Nak selamat, baca arahan memasak dipeket2 pasta tu,

**beef streaky ada dijual di pasar raya area daging dan ayam. Biasanya saya beli di Village Grocer atau Jaya Grocer. Aeon pun ada juga. Nak tengok rupa beef streaky tu sila Google ya! Boleh juga gantikan dengan hirisan ayam, isi tuna dalam tin atau cendawan (for vegetarians).

Kredit : Sue M Arukin

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Published by
Putri