Min tertarik sungguh dengan resipi dari Indonesia yang dikongsikan dalam IG @ resepmasakanusantara ni . Dahlah sedap mudah pulak buatnya. Asyik lauk berempah aje meh kita buat yang simple-simple aje.
Daging sapi @ lembu ni ringkas bahannya tanpa rempah ratus, hanya sos tiram dan kicap berserta putik jagung dan kacang buncis. Jom masak
Serbuk @ kiub stok daging secukup rasa – beli online DI SINI
Serbuk lada hitam secukup rasa – beli online DI SINI
100-150ml air masak
Bahan hiris :
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji lada merah
Beberapa cili padi *ikut kepedasan anda
CARA MEMASAK :
Perap daging dengan sos tiram, kicap masin dan serbuk lada hitam dalam peti sejuk semalaman.
Tumis bawang merah dengan bawang putih hingga naik bau. Tambahkan lada, tumis hingga layu.
Masukkan daging lembu, masak hingga berubah warna, tambahkan air, garam, gula, lada dan serbuk stok daging. Masak hingga perencah meresap dan daging empuk.
Masukkan putik jagung diiikuti dengan kacang buncis, masak sebentar sahaja. Angkat dan hidangkan
Kredit :Ig @yoanitasavit Ig: resepmasakannusantara
ANDA SEDANG MENCARI AIR FRYER, BELI ONLINE DI SINI
Teringin Kuih Sagu yang lembut kenyal dan manis lemak rasanya ini. Buat saja sendiri kerana ini adalah kuih paling mudah membuatnya dan kos juga sangat murah. Kalau anda teringin dan belum pernah buat. Anda boleh cuba resipi yang RASA kongsikan ini. Percayalah sangat mudah menyediakannya.
KUIH SAGU BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan sagu mata ikan | Rendam dengan pewarna merah rose 1 1/2 jam
5 sudu makan gula pasir
Kelapa parut | putih sahaja & gaul dengan sedikit garam halus
CARA MEMBUAT:
1. Toskan sagu yang telah direndam tadi.
2. Masukkan dalam bekas dan gaul bersama gula.
3. Sudukan dalam acuan hingga sagu habis.
4. Kukus dalam pengukus yang sedia dipanaskan selama 25-30 minit.
5. Angkat dan sejukkan, kemudian keluarkan dari acua.
6. Gaulkannya dalam kelapa yang telah digaul dengan secubit garam dan telah dikukus sekejap untuk elakkannya dari cepat basi.
7. Sedia dihidangkan.
Asyik makan rendang ayam dan daging sahaja, cuba rasa penuh rempah rendang kerang yang beraroma enak. Pedas rendang menaikkan rasa kerang dan menambahkan lagi selera makan.
RENDANG KERANG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
3kg kerang (gosok dengan berus sabut, basuh bersih dengan air mengalir, tuang air panas, tutup 10minit, ambil isi)
BAHAN TUMIS
5 biji bawang merah ros
2 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 batang serai – ambil bahagian dalam putih sahaja
10 biji cili api kampung
BAHAN LAIN
10 tangkai cili kering – buang biji, rebus dan kisar halus
Santan – 1 biji kelapa
3 sudu makan kerisik
2 keping asam
3 helai daun kunyit – hiris halus
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam 1/2 cawan, masukan bahan kisar dan cili. Tumis sampai kering dan pecah minyak
2. Masukan santan – biarkan merenih dengan api perlahan
3. Masukan kerisik dan asam keping – renih sampai pekat
4. Masukan isi kerang dan keringkan rendang dengan api perlahan
5. Masukan daun kunyit yang di hiris halus dan rasakan dengan garam
Masakan yang paling sederhana dan cepat untuk di masak. Ada lauk ni, tak perlu dah lauk pauk utama yang lain. Cukup sekadar jamu selera dengan nasi putih sahaja. Kalau nak rasa pedas, boleh makan bersama cili potong atau sos thai. Bagi melengkapkan hidangan, anda juga boleh nikmatinya bersama sayur Bak Choy Sos Tiram dan Taugeh Celur. Sedap!
AYAM KUKUS HALIA
BAHAN-BAHAN:
Ayam – dipotong kecil
BAHAN-BAHAN PERAP:
3cm halia – hiris kecil
2 ulas bawang putih – cincang
1/2 sudu makan kicap cair
Sedikit garam
Serbuk lada putih – jika suka
1/2 sudu makan minyak bijan
Daun bawang – dihiris
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam dan toskan airnya. Kemudian lumur ayam dengan bahan-bahan perap selama 30 minit.
Panaskan periuk kukusan dan kukus selama 10-15 minit.
Waktu kukusan juga berbeza bergantung kepada berapa banyak ayam yang digunakan. Jika banyak anda masak, lebihkan masanya supaya semua ayam masak sekata.
Setelah ayam masak, tabur hirisan daun bawang. Siap untuk dihidangkan.