Masak Gaya Indonesia Daging Tumis Dengan Buncis Dan Jagung, Sedap Ni

Share

Min tertarik sungguh dengan resipi dari Indonesia yang dikongsikan dalam IG @ resepmasakanusantara ni . Dahlah sedap mudah pulak buatnya.  Asyik lauk berempah aje meh kita buat yang simple-simple aje.

Daging sapi @ lembu ni ringkas bahannya tanpa rempah ratus, hanya sos tiram dan kicap berserta putik jagung dan kacang buncis. Jom masak

DAGING SAPI TUMIS


.

BAHAN-BAHAN :

  • 200gm daging lembu | dihiris nipis
  • 4 batang putik jagung | rebus sebentar dan hiris
  • 100gm kacang buncis | dipotong
  • 1 sudu makan sos tiram – beli online DI SINI
  • 1 sudu makan kicap masin – beli online DI SINI
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk @ kiub stok daging secukup rasa – beli online DI SINI
  • Serbuk lada hitam secukup rasa –  beli online DI SINI
  • 100-150ml air masak

Bahan hiris :

  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji lada merah
  • Beberapa cili padi *ikut kepedasan anda

CARA MEMASAK :

  1. Perap daging dengan sos tiram, kicap masin dan serbuk lada hitam dalam peti sejuk semalaman.
  2. Tumis bawang merah dengan bawang putih hingga naik bau. Tambahkan lada, tumis hingga layu.
  3. Masukkan daging lembu, masak hingga berubah warna, tambahkan air, garam, gula, lada dan serbuk stok daging. Masak hingga perencah meresap dan daging empuk.
  4. Masukkan putik jagung diiikuti dengan kacang buncis, masak sebentar sahaja. Angkat dan hidangkan

Kredit :Ig @yoanitasavit
Ig: resepmasakannusantara

ANDA SEDANG MENCARI AIR FRYER, BELI ONLINE DI SINI

JOM SEMAK VIDEO MASAKAN INI :

DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :

 

Published by
Faridah Talib