Tak pernah mengecewakan. Ya, memang betul. Sangat sedap. Gulai ayam kalau dimasak dengan betul, memang akan jadi sedap teramat sedap. Tengok gambar pun tak terjentik urat selera nak makan. RASA kongsikan resipi daripada Azira Mamat. Resipi gulai ayam yang dimasak ini memang nampak sedap sungguh. Walaupun bahan-bahan yang digunakan agak banyak, namun sangatlah berbaloi sebab warna, rasa nak harumannya pasti membuka selera

CARA MASAK GULAI AYAM

Masak Gulai Ayam Ikut Resipi Ini Tak Pernah Mengecewakan
.

BAHAN KISAR
3 biji bawang merah (BELI DISINI)
2 biji bawang putih (BELI DISINI)
1 inci lengkuas
1 inci halia (BELI DISINI)
1 inci kunyit hidup (BELI DISINI)

BAHAN LAIN
3 sudu besar minyak masak (BELI DISINI)
3 sudu besar cili boh (BELI DISINI)
Rempah 4 sekawan
2 sudu besar rempah kari (BELI DISINI)
3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros (BELI DISINI)
Setengah ekor ayam
Sedikit air
Gula melaka secukup rasa (BELI DISINI)
1 sudu besar kerisik 
1 keping asam keping (BELI DISINI)
2 biji kentang (dipotong dadu)
1 cawan santan
Garam secukup rasa (BELI DISINI)

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis cili boh, bahan kisar, rempah 4 sekawan, rempah kari dan rempah gulai cap bunga rose sehingga naik minyak. Masukkan satu demi satu bahan ni.
2. Masukkan ayam dan sedikit air.
3. Masukkan gula melaka, kerisik dan asam keping.
4. Apabila ayam telah separuh masak, masukkan kentang dan santan. Perasakan dengan garam. Siap.

.
Masak Gulai Ayam Ikut Resipi Ini Tak Pernah Mengecewakan
.

IKLAN

.
Masak Gulai Ayam Ikut Resipi Ini Tak Pernah Mengecewakan
Jangan lupa buat sambal belacan tau.

.
Masak Gulai Ayam Ikut Resipi Ini Tak Pernah Mengecewakan
.

.

IKLAN

Tip
Sedap dimakan dengan nasi atau roti.

Kredit Resipi Azira Mamat

 

IKLAN

Dapatkan pelbagai barang keperluan dapur anda di MYDIN. Tak perlu keluar. Beli sahaja secara online DISINI.

 

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/nasi-lemak-kukus-ikan-siakap-goreng-menu-luar-biasa-di-restoran-ngeteh-santai/
https://rasa.my/nak-petua-bantu-masalah-angin-dalam-badan-jom-buat-dua-jus-kesihatan-ini/
https://rasa.my/jom-try-buat-ikan-kembung-rebus-air-asam-memang-syok/

Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7

https://www.youtube.com/watch?v=FwkUnQUJGx8

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI