Seminggu sekali masak gulai memang tidak dapat dipisahkan dengan orang utara. Kalau boleh hari-hari mesti masak gulai baru namanya orang utara.
GULAI IKAN TERMENUNG
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kilo ikan termenung
- 1 sudu makan halba campur
- 2 paket kecil rempah kari
- 1 inci halia
- 4 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2 tangkai daun kari
- 2 biji tomato
- Asam jawa secukup rasa
- 1 sudu makan serbuk cili
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Hiris bawang merah, putih dan halia. Tumis bersama daun kari dan halba campur sampai naik bau.
2. Rempah kari dan cili serbuk dibancuh dengan sedikit air. Jadikan ia seperti pes dan tumis sekali dengan bawang tadi.
3. Tumis dan kacau sampai pecah minyak.
4. Masukkan ikan termenung dan air asam jawa. Perasakan secukupnya masukkan tomato atau pun bendi dan tutup tudung periuk anda dalam 10 mnt
5. Masukkan daun ketumbar sikit boleh kalau tidah mahu letak pun. Resepi ini memang tidak gunakan santan.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Haerme Abd Rahman
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
http://www.rasa.my/lauk-campak-campak-kuoh-singgang-ikan-tenggiri-cara-terengganu/
http://www.rasa.my/ikan-tilapia-bakar-tempoyak-pedas-sedap-sampai-menangis-dibuatnya/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Masak Sambal Taucu Ikan Bawal. Resipi Mudah & Merecik Sedap
Selain dimasak kari, masam manis atau gulai, ikan bawal juga enak dimasak Sambal Taucu begini. Kombinasi sambalnya yang enak dan juga isi ikan bawal yang lembut, memang sangat sepadan. Bagi anda yang belum ada idea nak masak apa, menu perkongsian saudari Nurul Ateekah ini sangat sesuai untuk dicuba. Rasanya? Tentulah enak. Rugi kalau tak cuba tau. PAsti kena dengan selera semua.
RESEPI SAMBAL TAUCU IKAN BAWAL
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan bawal (saiz sedarhana)
5-6 sudu makan cili kisar – beli online disini
3 sudu makan kacang Taucu – dibilas dengan air – beli online disini
1 biji tomato – dibelah 4
1 biji cili hijau – dibelah
1 biji cili merah – dibelah
3 ulas bawang putih – dihiris
1/2 biji bawang besar – potong bulat
1 batang serai – diketuk
Serbuk perasa
Gula
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng ikan bawal sehingga masak . Angkat dan ketepikan.
2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak. Perlahankan api supaya cilinya betul-betul masak.
4. Masukkan kacang taucu, cili merah, cili hijau dan tomato. Kemudian gaulkan.
5. Masukkan gula dan serbuk perasa dengan secukupnya. Gaul rata.
6. Akhir sekali, masukkan ikan bawal yang telah digoreng tadi dan gaulkan hingga kesemuanya bersalut sekata .
7. Angkat dan siap untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Paprik Campur Sedap. Resipi Berbuka Yang Mudah, Cepat & Jimat Masa
Resipi Roti John Sedap. Buat Sendiri Lebih Jimat & Puas Makan!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Cara-Cara Menghasilkan Ikan Gelama Masin Secara Homemade.
Resipi perkongsian dari blog http://chesitinoor.blogspot.my/
Sesekali ke pasar, pasti anda ada terlihat ikan gelama yang dijual. Bagi yang tidak biasa menikmatinya, pasti tak ada idea nak masak apa dengan ikan jenis ni.
Sebenarnya, ikan gelama ni kita boleh masak macam-macam. Malah anda juga boleh hasilkan ikan kering / masin menggunakan ikan ini. Rasanya memang sedap dan popular di kalangan penduduk negeri-negeri Pantai Timur.
Nak cuba buat ikan masin secara homemade? Jom lihat bahan-bahan serta langkah-langkah pembuatannya.
BAHAN-BAHAN:
- 1 kilo ikan gelama (saiz terpulang, aku dapat yang saiznya selebar tapak tangan)
- Garam
- Cuka makan
CARA-CARA:
- Ikan gelama cara siangnya, belah belakangnya jangan sampai putus. Dengan menggunakan gunting, belah 2 kepala agar kita dapat bukak ikan tu seperti gmbar di atas. Buang segala insang dan perut. Kalau ada telur nak simpan boleh, nk buang pun boleh, terpulang. Cuci bersih-bersih.
- Dalam besen, susun ikan dan taburkan garam ke atas setiap ekor ikan, anggarannya segengam penuh untuk seekor. Garam perlu banyak sebab kalau tak cukup masin ikan akan busuk. Jika banyak ikannya, boleh je susun tapi pastikan garam tu meliputi setiap ekor ikan. Susun cantik-cantik kemudian masukkan air sehingga ikan tenggelam. Tutup rapat besen dan biarkan selama 24 jam.
- Esoknya, bilas ikan, masa ini kita kena sesuaikan rasanya. Jika ikan terlebih masin, rendam seketika dalam air, jangan lama-lama, kang tawar pulak. Pastikan semua garam dibilas untuk elak bunga garam terbentuk waktu kita jemur. Bilas bersih-bersih dan toskan.
- Sebelum susun atas talam/tampi, basahkan atau percikkan setiap bahagian ikan dengan cuka. Fungsi cuka ialah untuk menjauhkan lalat daripada mendekati ikan. Kemudian jemur di bawah matahari yang terik selama 1 hari atau 2 hari, bergantung kepada tahap kering yang dikehendaki.
TIP:
- Ikan yang telah kering, boleh dibungkus dan disimpan di dalam peti sejuk.
- Pemilik resipi menjemur uikan kering di atas bumbung rumah. Katanya, makin tinggi tempat ikan dijemur, makin sukar untuk lalat hinggap.
- Sentiasa pantau ikan kering yang dijemur kerana kebiasaannya tebuan suka curi isi ikan. Nanti isi ikan akan berlubang-lubang. Of course perhatikan kucing sekali ye.
- Jika ikan tidak kering sepenuhnya, seeloknya simpan dalam peti sejuk beku untuk mengelakkan ikan kering dari busuk dan hapak.
Kredit resipi & gambar: http://chesitinoor.blogspot.my/2014/05/ikan-kering-gelama-homemade.html
Nak Menu Ringkas Tapi Sedap, Ikan Dori Buttermilk Pilihan Tepat
Ikan dori merupakan ikan yang menjadi pilihan jika ingin memasak menu sweet and sour ataupun masak lemon. Selain itu, ikan dori juga enak dimasak buttermilk. Cukup rasa pedas, masin dan berlemaknya.
Ikan dori sering menjadi pilihan kerana teksturnya yang lembut. Buat fish and chips memang sedap, apatah lagi masak buttermilk. Tak pandang lauk lain dah. Makan begitu saja pun sedap.
BAHAN-BAHAN:
5 keping ikan dori (boleh dipotong dua untuk kepingan lebih kecil)
½ cawan tepung Bestari – Boleh beli online di sini
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
7 biji cili padi (dihiris) – Boleh beli online di sini
5 tangkai daun kari – Boleh beli online di sini
3 sudu besar butter (boleh lebihkan jika nak lebih rasa creamy)
½ ketul kiub pati ayam
½ tin susu cair – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan dori. Boleh dipotong kepada potongan lebih kecil begini jika mahu.
Bancuh tepung Bestari dengan sedikit air. Bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Cukup untuk menyalut setiap kepingan ikan dori.
Goreng ikan dori sehingga masak. Ketepikan.
Panaskan kuali, letakkan butter. Api kecil sahaja. Tak perlu tunggu butter cair, terus masukkan bawang putih dan cili padi yang telah ditumbuk. Sebab nanti butter akan cepat hangus.
Masukkan pula daun kari. Tumis lagi dengan api sederhana.
Letakkan setengah kiub pati ayam.
Curahkan setengah tin susu cair, dan gaul rata. Jika nak lebih kuah, boleh tambahkan lagi susu cair.
Renehkan sekejap saja dan tutup api. Tak perlu garam sebab kiub ayam tadi dah cukup rasa masin.
Tunggu kuah sejuk seketika, dan boleh dicurahkan di atas ikan dori yang telah digoreng tadi. Kuah akan menjadi pekat apabila telah sejuk. Sedia untuk dinikmati.
Memang cukup rasa pedas, lemak, masin, berkrimnya. Tak perlu lauk lain dah. Selamat mencuba!
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Ikan Celup Tepung, Resipi Gerenti Rangup Dan Cantik Kerak Tepungnya
Jom Buat! Resipi Mulberry Yogurt Butter Cake Yang Sangat Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official