Masak Kari Sotong Pekat Tanpa Santan Macam Di Kedai Mamak

Share

Biasa kalau masak kari kita akan letakkan santan, kali ini masak stail mamak, tidak menggunakan santan. Rasa rempah yang ditumis tu lagi kaw. Makan dengan nasi panas-panas, confirm bertambah makan.

KARI SOTONG PEKAT(Tanpa santan)

Bahan-bahan:

  • 1 kilo sotong (dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji bawang besar(dihiris)
  • 3 ulas bawang putih(dihiris)
  • 1 cm halia(dihiris)
  • 3 sudu perahan asam jawa
  • 1 buah tomato(dibelah 6)
  • Daun ketumbar(2-3 sudu besar)
  • Minyak masak secukupnya
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • 7 sudu besar serbuk kari ikan
  • Sedikit air

(Jadikan pes)

*tidak perlu menggunakan air,kerana apabila memasak sotong nanti airnya akan keluar sendiri.

CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak di dalam kuali,tumiskan bawang putih,bawang merah,halia dan daun kari.masak sehingga sedikit keperangan.

2.Kemudian masukkan pes rempah kari dan gaulkan sebati,masak sehingga pecah minyak(menggunakan api yang sederhana agar rempah masak dengan sekata dan warna rempah akan kelihatan cantik dan sentiasa kacau)

3.Apabila sudah pecah minyak,masukkan perahan air asam jawa dan kacau lagi sehingga minyak berwarna oren gelap.(Masih menggunakan api sederhana).

4.Selepas itu,masukkan sotong yang telah dibersihkan tadi,masak seketika.

5.Akhir sekali,masukkan daun ketumbar dan tomato serta perasakan dengan garam dan serbuk perasa.(boleh tambahkan cili merah dan cili hijau sebagai hiasan)tunggu sedikit kering dan tutup api.

6.Siap dihidang.

Kredit : Nurul Ateekah

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri