Pecaladalah antara sajian masyarakat Jawa yang tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia. Pecal ni memang ‘special’, anda boleh nikmatinya pada bila-bila masa sama ada sarapan pagi, makan tengahari atau pun malam. Rahsia keenakannya terletak pada kuah. Kalau ‘power’ kuahnya, maka sedaplah pecal anda. Nak cuba? Resipi perkongsian saudari Farah Latib Cool ini pasti memukau selera. Menurut beliau ia adalah resipi dari arwah ibu. Pasti enak. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1.Goreng kacang tanah, buang kulit kemudian kisar. Ketepikan.
2. Kemudian goreng bawang merah kecil, bawang putih, belacan, cili padi, cili kering dan daun limau purut hingga wangi. Angkat.
3. Kisar bahan goreng tadi bersama air asam jawa, gula, garam dan perasa. Boleh lebihkan gula supaya kuah pecal manis sedikit. 4. Campurkan bahan kisar bersama kacang tanah yang siap digoreng dan dikisar tadi. Sebatikan.
5. Kuah pecal sedia dihidangkan bersama aneka sayur-sayuran celur.
INFO: Kalau nak masukkan ubi cekur pun boleh bagi menggantikan daun limau purut. Kisar bersama bahan-bahan lain.
Resipi ikan Siakap Stim limau. Masak dalam kuali je. Hidangan ini antara kegemaran ramai keluar makan bersama keluarga. Rasa masam membuka selera. Memang sedap.
Apa kata masak sendiri hidangan ini di rumah. Boleh makan puas-puas. Apatah lagi sekarang ini cuti sekolah dan anak-anak ada di rumah. Mesti seronok kan. Dapat juga kurangkan bajet kalau masak sendiri.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Zafirah Zawawi ini ye. Tak susah pun.
Asam Limau Daun ketumbar (akarnya direbus sekali dengan ikan, daun dihiris) Garam @ sos ikan untuk perasa
Air
Cara Memasak:
Bersihkan ikan siakap, kalau tak nak bau hanyir, cuci dengan asam limau atau lemon. Kemudian letak kiub pati ayam di seluruh ikan dan bubuh serai di celah-celah ikan.
Rebus pakai kuali je, letak akar daun ketumbar dan daun ketumbar sekali. Letak sekali bahan-bahan lain yang disediakan tadi sehingga masak.
Untuk perasa saya letak sos ikan, nak letak garam pun boleh. Rebus dalam 10 minit. Cili padi diletakkan paling akhir skali takut pedas sangat.
Selalu kalau kita buat telur dadar, ramuannya hanya bawang, cili besar dan garam. Kan? Apa kata kita oleh jadi lain sikit. Telur dadar boleh berubah jadi lebih istimewa. Silap-silap boleh jadi kudapan yang enak dimakan begitu sahaja.
TELUR DADAR TOMATO BERKEJU
Bahan-Bahan
4 biji telur ayam
1 sudu besar mayones
50 gram keju mozarella (disagat)
Sedikit garam
1/2 biji lada benggala (dihiris)
Minyak masak untuk menggoreng
1 biji tomato (dipotong bulat)
Cara Memasak
1. Pecahkan telur ayam di dalam mangkuk besar. Masukkan mayones, keju dan garam secukup rasa. Pukul hingga kembang.
2. Kemudian masukkan hirisan lada benggala. Kacau rata. Rehatkan seketika.
3. Panaskan minyak di dalam kuali menggunakan api kecil dan masukkan bancuhan telur tadi. Letak kepingan tomato diatasnya. Tutup kuali dan biarkan masak.
4. Terbalikkan dengan berhati-hati sehingga kedua-dua bahagian telur menjadi warna kekuningan. Angkat dan hidangkan panas-panas.
TELUR DADAR CENDAWAN
Bahan-Bahan
4 biji telur ayam
6 biji cendawan butang (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (didadu)
1 biji cili merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dicencang)
1 pokok daun sup (dicencang halus)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak masak
Cara Memasak
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang.
2. Masukkan semua bahan di atas dan kacau sehingga rata. Perasakan dengan garam secukup rasa.
3. Panaskan kuali dan panaskan minyak masak secukupnya.
4. Masukkan bancuhan telur dan masak menggunakan api yang kecil. Tutup kuali menggunakan tudung periuk dan biarkan masak.
5. Balikkan telur dengan berhati-hati. Angkat apabila masak dan menjadi warna keperangan. Sedia untuk dihidangkan.
TELUR DADAR BROKOLI
Bahan-Bahan
4 biji telur ayam
1 sudu besar mayones
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit garam
100 gram brokoli (dihiris halus)
1 biji bawang besar kuning (dicencang)
1 biji cili merah (dihiris)
50 gram isi ayam rebus (dicarikkan)
Minyak masak untuk menggoreng
Cara Memasak
1. Pecahkan telur di dalam mangkuk besar. Masukkan mayones, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Pukul hingga kembang.
2. Kemudian masukkan hirisan brokoli, bawang besar, cili merah dan isi ayam. Kacau rata. Rehatkan seketika.
3. Panaskan minyak di dalam kuali menggunakan api kecil dan masukkan bancuhan telur tadi. Tutup kuali dan biarkan masak.
4. Terbalikkan dengan berhati-hati hingga kedua-dua bahagian telur menjadi warna kekuningan. Angkat dan hidangkan panas-panas.
Sambal tumbuk ni tengok rupa dah tahu sedap. Dahlah sedap paling mudah dimasak. Janji semua empat bahan tu digoreng dahulu dan kemudian ditumbuk.
Resipi yang dikongsikan oleh SheilaKitchen Home Cooks ni memang senang sangat dicuba. Dahlah tu nampak sedap mengecurkan air liur . Tu baru tengok hidangannya, bila dimakan perrggh boleh bertambah pinggan nasi.
.Kalau min suka cecah roti aje. Jom cuba :
SAMBAL TUMBUK
.
BAHAN-BAHAN :
.
8 biji bawang kecil (merah)
Segenggam ikan bilis
10 tangkai cili kering
6 biji cili padi
½ biji limau Kasturi
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Mula-mula gorengkan ikan bilis dan ketepikan.
Kemudian gorengkan bawang kecil dan cili kering, ketepikan
Mulakan dengan menumbuk bawang kecil, diikuti dengan cili kering dan cili padi. Perasakan dengan garam.
.
3. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar.
.
4, Akhir sekali perahkan limau Kasturi , dan pastikan rasanya mengikut citarasa kita dan sedap. Siap untuk dihidang.