Sesungguhnya hati rasa puas bila dapat menghidangkan masakan kegemaran buat keluarga setiap hari. Namun kekangan masa juga membuatkan ramai yang mengambil jalan singkat dengan membeli makanan dari memasaknya sendiri. Rugi nikmat jika tidak memasak dari air tangan sendiri. Usahlah beralasan lagi untuk tidak memasak,usahakan diri jadi lebih rajin dan kreatif mencipta pelbagai menu masakan. Menyedari akan keperluan masyarakat yang tidak ingin berlama di dapur, Philips, syarikat peralatan elektrik berteknologi terbesar di dunia memberi penyelesaian memasak dengan mudah dan menjimatkan masa.
Memang hebat peralatan memasak serba canggih All-In-One Cooker dan Airfryer XXL dengan fungsi produk yang praktikal. Item ini menggabungkan teknologi untuk keperluan pengguna serta memenuhi perubahan gaya hidup yang lebih sempurna. Mereka yang mementingkan gaya hidup yang sihat memang sesuai memilikinya. Jangan ragu buat yang tidak tahu memasak,peralatan ini sangat membantu untuk hasilkan hidangan yang diinginkan. Lantas terus rajin memasak bila mempunyai peralatan sebegini.Tekan fungsi yang dikehendaki, tunggu beberapa minit dah siap menu.
All-In-One Cooker memasak hidangan dengan sempurna 6 kali lebih cepat dari produk terdahulu. Memang jimat masa dan tenaga, tak perlu berada lama di dapur. Fungsinya yang pelbagai membolehkan hidangan sup, nasi, stew, kek dan ayam masak ros dan yogurt disediakan dengan sempurna. Mereka yang mempunyai anak kecil usah bimbang kerana dilengkapi fungsi keselamatan childlock.
Masalah ketiadaan oven jangan lagi dipertikaikan kerana All-In-One Cooker mampu menghasilkan kek yang sempurna. Memasak dalam kuantiti yang banyak juga tidak memberi masalah dengan muatan kapasiti hingga 6 liter. Jadi sesuailah buat mereka yang mempunyai keluarga yang besar untuk memasak hidangan Hari Raya nanti.
All-In-One Cooker dilengkapi cawan sukatan, senduk , inner pot yang tebal dan non-stick juga buku resipi. Buku resipi ini terbahagi kepada kategori makanan yang anda inginkan. Sesungguhnya ia sangat membantu buat mereka yang buntu nak masak apa.
Satu lagi produk hebat yang dirasakan perlu dimiliki semua ialah Airfryer XXL. Ia sempurna buat yang mementingkan kesihatan kerana menggunakan sedikit minyak atau tanpa minyak. Teknologi Twin Turbostar menjadikan makanan goreng jadi lazat dengan lemak yang minimum. Selain menggoreng, ia juga boleh membakar dan memanggang. Memang praktikal dan jimat masa.
Produk ini dilengkapi kit pembakar dan kit penggril juga buku resipi untuk memudahkan kerja memasak. Memang berbaloi mempunyai produk ini kerana beberapa faktor:
Kesihatan
Airfryer XXL memastikan 90% kurang kandungan lemak dengan rasa yang maksimum.
Penjimatan masa
All-In-One Cooker memastikan hidangan dimasak dengan sempurna 6 kali lebih pantas.
Airfryer XXL memasak 1.5 kali lebih cepat daripada menggunakan oven.
Mudah diselenggara
Airfryer XXL rekabentuk yang kompak mudah dibersihkan ( selamat untuk mesin pencuci pinggan mangkuk) sempurna untuk goreng dan memasak.
All-In-One Cooker menjadi peralatan memasak yang versatil dengan pilihan memasak yang pelbagai.
Keselamatan
All-In-One Cooker menawarkan 18x ciri keselamatan dengan bantuan valve keselamatan, valve tekanan dan valve floating.
Rasa
Airfryer XXL dilengkapi teknologi Twin Turbo Star bagi memastikan makanan menjadi rangup.
All-In-One Cooker dilengkapi fungsi kawalan suhu dual, fungsi sauce thickening (pekat kuah) dan fungsi tambahan bahan bagi membolehkan kita mendapatkan rasa yang diingini.
Airfryer XXL dilengkapi saiz raga sebesar 1.4kg membolehkan kita memasak dalam kuantiti yang banyak.
Rasa Masak Challenge 7 Hari Bersama Philips
Sempena Ramadan dan Hari Raya yang bakal tiba serta PKP yang masih diteruskan, mood memasak tentunya terus berkobar. Pastinya sekeluarga menantikan menu istimewa untuk dihidangkan.
Dengan itu Majalah RASA menganjurkan Rasa Masak Challenge 7 Hari Bersama Philips yang menampilkan tiga KOL, dapoq_pdot, arianna.kitchen dan ashhryyyyy yang hebat memasak. Diharapkan video memasak yang dikongsikan mereka dapat memberikan idea buat semua untuk memasak cara mudah menggunakan All-In-One Cooker dan Airfryer XXL.
Memang buat kita terliur dengan masakan yang dikongsi oleh ashhryyyyy . Rendang Daging yang dimasak menggunakan All-In-One Cooker lebih mudah disediakan dengan fungsi pressure cooker hanya mengambil masa 30 minit. Menurut ashhryyyyy daging jadi lembut dan teksturnya sungguh enak. Tambah ashhryyyyy, fungsi untuk sauce thickening (pekat kuah) menjadikan rendang tidak lari dari rasa asli. Bila ditabur dengan daun kunyit lagi memberi aroma pada rendang yang dimasak ini. Memang tak sabar nak makan.
” All-In-One Cooker sangat bagus kerana memudahkan mak-mak untuk memasak,” akui ashhryyyyy.
Tambah menyelerakan bila arianna.kitchen berkongsi menu Ayam Panggang Rose menggunakan Airfryer XXL. Nampak sedap dan tak sabar nak cuba. “Segalanya mudah hanya 12 minit, Ayam Panggang Ros dapat disiapkan. Tidak perlu memenatkan diri menunggu lama untuk menyiapkan hidangan. Memang berbaloi memilikinya,” jelas arianna.kitchen.
Tambahnya lagi menggoreng kentang hanya selama 13 minit dan tidak berminyak. Airfryer XXL boleh memasak pelbagai jenis masakan seperti kek cawan , piza dan churros.
Pendek kata akui KOL ini memasak menggunakan All-In-One Cooker dan Airfryer XXLmemudahkan kerja dan menjimatkan masa. Jadi tidak rugi membelinya. Buat yang berminat boleh terus membuat pembelian di atas talian dengan melayari https://www.lazada.com.my/shop/philips-official-store/ dan https://shopee.com.my/philips.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI