Tetiba rasa teringin nak makan gulai lemak ikan masin. Kalau dapat memang tak usah lauk lain ,sedap ya amat. Dipadu pula dengan sayur taugeh goreng dan sambal belacan. Memang mantap kombinasi lauk begini.
Masak Lemak Cili Api Ikan Talang Dengan Nenas
Bahan-bahan:
5 ulas bawang merah
10 cili api
1 batang serai
Separuh santan (guna santan kara kotak)
Tulang ikan talang ( ikut suka nak letak banyak ke sikit)
Nenas 1/4 biji
Kunyit hidup
Cara memasak:
Ads
1.Blend bawang merah ngan cili padi serta kunyit hidup.
2.Kemudian masukkan dalam periuk, letak air sikit masukkan ikan talang, bagi lembut.
3.Masukkan serai yang dititik baru la masukkan santan dan nenas.
Kebiasaannya, kalau nak makan ikan bakar yang sedap mesti kita akan beli kat kedai kan? Bukan apa, takut buat sendiri tak menjadi dan rasanya tak sama macam kat kedai. Jangan risau, jom kita cuba guna resipi yang dikongsi oleh Nasriah Ramli. Tak susah pun sebenarnya nak buat ikan bakar ni. Memang sedap!
IKAN BAKAR NAS STYLE
BAHAN-BAHAN SAMBAL PERAP:
Bahan Kisar:
Cili kering
Lengkuas
Halia
Bawang putih
Bawang merah
Kunyit hidup
Serai
Ikan bilis atau udang kering
Bahan Lain:
Sos tiram
Air asam jawa
Gula perang
Garam
Air
Daun limau purut
Daun kunyit
Petai
Daun pisang
CARA PENYEDIAAN:
Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
Kemudian, masukkan air asam jawa dan masak hingga kering.
Masukkan sos tiram, gula perang dan garam. Jika terlalu pekat atau kering, tambah sedikit air.
Masukkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit. Barulah masukkan petai.
Bila sambal dah sejuk, lumur pada ikan dan balut dalam daun kunyit atau daun pisang. Perap 30 minit sebelum dibakar.
BAHAN-BAHAN AIR ASAM:
Cili merah
Cili hijau
Cili api
Tomato
Bawang besar
Garam
Gula
Air asam jawa
Belacan
Air limau nipis
CARA PENYEDIAAN:
Hiris halus cili merah, cili hijau, cili api, tomato dan bawang besar.
Gaul dan lenyekkan bersama garam, gula, air asam jawa dan belacan.
Perah air limau. Nak lagi sedap, boleh letak kerisik dan isi ikan rebus.
Jom masak Kari Sardin dan Kubis Goreng ala kedai mamak. Sangat sedap, mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Menurut saudari Zurina Zulkefli, untuk resipi kari ini, beliau menggunakan dua jenis serbuk kari untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan padu. Malah beliau juga guna ikan sardin segar dan bukannya sardin dalam tin. Jom cuba! Anda pasti suka.
CARA MASAK KARI SARDIN & KUBIS GORENG ALA KEDAI MAMAK
BAHAN-BAHAN:
Ikan sardin – dipotong kepala dan ekor
1 biji tomato merah ranum
Setangkai daun kari hijau
3 biji bawang merah kecil – beli online disini
3 ulas bawang putih – beli online disini
Halia
Rempah 3 sekawan
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak yang agak banyak kemudian tumis hirisan bawang kecil dan rempah 3 sekawan. Minyak masak jangan kedekut ya kalau masak kari.
2. Apabila bawang sudah layu, masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk lumat. Kacau sehingga naik aroma.
3. Kemudian masukkan tomato cincang dan daun kari.
4. Bila tomato sudah lembik, masukkan rempah kari ikan dan kari ayam.
5. Kecilkan suhu api supaya rempah kari tidak cepat hangit. Kacau sebati.
6. Masukkan sedikit air dan biarkan seketika hingga terbit minyak.
7. Apabila kari sudah pecah minyak, masukkan sedikit bancuhan air asam jawa.
8. Masukkan ikan sardin. Biarkan seketika supaya ikan mesra dengan rempah kari.
9. Kemudian baru masukkan air sehingga parasnya melebihi ikan.
10.Biarkan kari mendidih sehingga timbul minyak. Boleh perasakan dengan garam, aji dan gula mengikut cita rasa.
BAHAN KUBIS GORENG:
Kubis – hiris halus
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit biji sawi – beli online disini
Hirisan bawang merah kecil
Daun kari
Cili kering
Garam & gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak masak dan tumis hirisan bawang kecil, daun kari dan cili kering
2. Campakkan semua hirisan kubis, biji sawi dan tabur sedikit serbuk kunyit. Kacau sebati, tak perlu tambah sebarang air ya. Biarkan kubis lembik sendiri.
3. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Siap.
Menu Gulai Lemak Ikan Kering ni memang menjadi pujaan ramai terutamanya anak-anak Kelantan. Menu ni memang sedap. Biasanya dihidangkan bersama nasi putih, sambal dan ulam. Bagi yang pernah makan Nasi Berlauk, ha..nilah menu gulainya. Nak cuba resipi perkongsian Puan Zatul Hernani ni? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
GULAI LEMAK IKAN KERING VERSI KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan kering | dibasuh
Timun | dibelah kecil
5-6 biji cili hijau
1 -2 keping nanas | dipotong dadu
Santan secukupnya – ikut jumlah kuah yang anda nak & jumlah ikan yang digunakan
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3-4 tangkai cili kering
1 biji cili merah
2-3 biji cili padi – jika nak rasa pedas
2 inci kunyit segar
Sedikit lengkuas
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah berketul.
Kemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, lada/cili hijau dan timun.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin.
Asam keping juga tidak digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa masam pada kuah.
Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!