Ini adalah cara masak gaya Negeri Sembilan. SuiSan Aliezsha melalui facebook telah berkongsi resipi masak lemak cili api jantung pisang dan pucuk ubi. Memang nampak menyelerakan sungguh apabila makan nasi panas dengan lauk ini bersama ikan goreng. Sedap sungguh.
Gunakan jantung pisang nipah kerana jantung pisang nipah tidak kelat dan tidak pahit. Sedap juga kalau direbus dan dimakan cecah dengan budu atau sambal belacan.
MASAK LEMAK CILI API JANTUNG PISANG & PUCUK UBI
Ads
BAHAN-BAHAN
Ads
1 biji jantung pisang
Semangkuk air
3 keping asam keping (untuk rendam jantung pisang)
Garam secukup rasa
Segenggam cili api
2 inci kunyit hidup
1 1/2 biji kelapa (diparut dan diperah santannya)
Segenggam ikan bilis
Pucuk ubi secukupnya (siang dan bersihkan)
2 keping asam keping untuk memasak
Ads
CARA MEMBUAT
1. Bersihkan jantung pisang. Kupas sampai dapat kulit jantung yang kuning susu. Potong kecil jantung pisang.
2. Ambil air, masukkan asam keping dan garam. Rendam jantung pisang dalam air ini.
3. Ambil cili api dan kunyit hidup. Tumbuk halus.
4. Dalam kuali, masukkan santan, ikan bilis, asam keping dan pes cili api serta kunyit hidup. Biarkan mendidih.
5. Masukkan jantung pisang dan masak sampai jantung pisang lembut.
6. Masukkan pula pucuk ubi. Kacau seketika. Masukkan garam dan biarkan seketika sebelum matikan api.
Pecal atau dipanggil pecel adalah hidangan masyarakat jawa yang cukup terkenal. Ala salad untuk orang jawa, semua bahan-bahan dicelur atau digoreng dan kuah dibuat dengan bahan utama adalah kacang tanah.
RESIPI KUAH PECAL MAK TON
Sayur Sayur yang di gunakan:
Pucuk Ubi
Pucuk Paku
Kangkung
Paku Rawan
Nangka muda
Jantung pisang
Taugeh
Cara Menyediakan:
Sediakan besen berisi air + ais untuk merendam sayur yang di celur bagi mengelakan sayur menjadi layu selepas dicelur ( over cooking)
Celur semua sayur dan toskan supaya kering
Tauhu di goreng
Timun
Resepi Kuah Pecal:
500gm kacang tanah india
10biji bawang kecil ros
5biji. bawang putih
1/2inch belacan
3 cawan air
2 sudu asam jawa
1keping gula kabung
Cara Menyediakan
Goreng kacang tanah dengan sedikit minyak sehingga perang dan ketepikan
Kemudian goreng bawang ros dan bawang putih dengan minyak lebihan kacang tadi sehingga perang dan ketepikan
Goreng belacan sehingga garing ketepikan
Goreng cili kering sehingga garing ketepikan
Blender bahan satu persatu dengan 3’cawan air dan kemudian satukan di dalam kuali yang di gunakan tadi
Asam jawa di ramas bersama air tadi kemudian di masukan ke dalam kuali
Masa dulu-dulu kalau kenduri kendara terutamanya kenduri kahwin mesti ada Gulai Daging Tetel Dengan Nangka Muda memang meletop. Ada pulak sambal belacan, ulam dan ikan masin, memang menghabiskan nasi. Kalau teringin tak perlu tunggu kenduri, anda boleh masak sendiri, nangka dengan daging tetel beli je dekat pasar sebab resipinya ini RASA kongsikan…
GULAI DAGING TETEL DENGAN NANGKA MUDA
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging tetel | potong kecil dan rebus hingga empuk
300gm nangka muda | potong dadu dan rebus empuk
1 litter santan kelapa
3 sudu makan rempah gulai daging
2 sudu makan pes cili
1 sudu teh serbuk cili
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
2 batang serai | titik
3cm lengkuas | titik
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah penumis hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar kacau lagi.
Setelah pecah minyak, masukkan campuran rempah gulai dengan serbuk cili yanag dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata.
Setelah garing masukkan daging yang telah direbus tadi, gaul rata dan masukkan santan.
Tambahkan sera, lengkuas dan asam gelugor.
Biarkan gulai terus mereneh di atas dapur.
Apabila daging empuk, masukkan nangka.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup masak, tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
Kali ini, jom kita lihat resipi green beans yang ditumis dengan udang dan sos tiram. Lauk ini sesuai dijadikan hidangan bagi mereka yang sedang diet dan tidak mahu lauk terlalu berminyak.
David Junior berkongsi resipi ini di facebook Rasa Share Resipi. Cara memasaknya juga ringkas sahaja. Jom kita lihat resipinya.
GREEAN BEANS TUMIS DENGAN UDANG SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN
250 gram green beans (dipotong hujungnya)
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
Minyak masak untuk menumis
200 gram udang (dikupas kulit)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
CARA MEMBUAT
1. Green beans dipotong 3 bahagian.
2. Bawang besar, bawang putih dan cili merah dihiris nipis.
3. Dengan api besar, panaskan sedikit minyak masak kemudian tumis bawang besar, bawang putih dan cili api sehingga naik bau.
4. Masukkan green beans dan tumis selama 1 minit. Jangan tumis terlalu lama supaya green beans masih rangup dan segar, ketepikan untuk kegunaan kemudian.
5. Panaskan sedikit lagi minyak masak, masukkan udang dan goreng sehingga udang bertukar warna merah jambu.
6. Masukkan green beans kemudian perasakan dengan sos tiram dan sos ikan, tumis sehingga sebati. Matikan api dan angkat.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!