Kecur liur dengan masak lemak cili api nangka muda dengan ayam. Masak seperiuk, asyik berulang je ke dapur.Masak lemak ni tak sedap makan terus lepas masak, sebab nangka belum menyerap rasa lagi. Biarkan dalam 20 -30 minit sebelum dihidangkan. Masak lemak cara ini memang tak gunakan ketumbar atau sebagainya sebab dah guna ayam.
Masak Lemak Cili Api Nangka Muda Dengan Ayam
Sebiji nangka muda saiz kecil (rebus hingga 3/4 empuk, tambahkan garam dalam rebusan) 1 ekor ayam ( dicincang kecil)
Ads
Cili padi ( ikut kepedasan yang korang suka) 1 inci halia 2 biji bawang besar 5-6 ulas bawang putih Sedikit kunyit basah/ serbuk kunyit (Kisar semuanya)
2 batang serai -titik 2 keping asam keping 1 biji kelapa segar Sekotak santan kara
Cara memasak : 1.Panaskan sedikit minyak untuk menumis, masukkan serai kemudian terus masukkan bahan yang dah dikisar. Tumis hingga bahan tadi pecah minyak ,air lada tadi kering hingga menjadi seperti pes. 2.Kemudian masukkan ayam yang dah dicincang kecil, gaulkan ayam dan bahan tumis hingga sebati. 3.Tambah sedikit air, dan masukkan asam keping. 4.Biarkan hingga ayam masak. 5.Bila ayam dah masak, baru masukkan santan yang diperah dari kelapa tadi.Santan dari kelapa lebihkan air untuk dapatkan kuah. Jangan risau cair, sebab nanti akan tambah dengan santan kotak.Perisakan dengan garam, ajinomoto dan sedikit gula ikut selera masing-masing. 6.Santan dah didih, masukkan nangka dan gaul hingga sekata.
7.Akhir baru tuangkan santan kotak.Pastikan sentiasa dikacau agar santan tak pecah. Masak lagi dalam 10 min, hingga betul-betul sebati semuanya.
Kredit : Nor Haidah Md Said
INGIN MENUKAR BLENDER, MIXER, GRINDER, BOLEH LIHAT DI SINI.
Pes ikan bakar homemade boleh guna untuk ikan kegemaran anda seperti siakap, pari dan lain-lain. Cicah pula dengan air asam memang bertambah makan dibuatnya.
PES IKAN BAKAR:
BAHAN-BAHAN:
2 inci lengkuas
3 inci halia
5 batang serai
8 biji bawang merah
1 biji bawang holland
1 sudu udang kering @ jika tidak boleh guna belacan
8 biji cili padi(terpulang tahap kepedasan)
3 biji cili merah
3 helai limau purut
Cili boh
Asam keping
Garam
Gula
Serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan sampai lumat.
Tumis dengan minyak yang agak banyak. Selepas itu masukkan cili boh 4-5 sudu.
Masukkan garam, gula, serbuk perasa dan asam keping.
Tumis sampai pecah minyak.Siap!
CARA BAKAR IKAN:
Sebelum bakar ikan lumur sahaja atas ikan.
Letak ikan dalam aluminium foil. Balut bagi kemas dan bakar atas dapur atau oven.
Dalam banyak-banyak resipi yang ada, rasanya resipi perkongsian saudari Nurul Shuhadah Dzaki ni yang paling sempoi dan ringkas. Mana tidaknya, hanya guna 1 bahan asas dan 2 bahan je untuk perap. Sesuai sangat untuk anda yang nak makan ayam bakar versi mudah dan cepat. Kalau pergi berkelah dan buat bbq, resipi ni memang terbaik sebab tak perlu susah nak sedia banyak bahan. Puan-puan boleh cuba.
AYAM BAKAR 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
2 paket pes nasi goreng kampung
1 paket pes tomyam
CARA MEMASAK:
1. Ayam dipotong ikut saiz yang disukai. Jika isinya tebal, kelar sedikit, basuh dan toskan airnya.
2. Satukan kesemua pes dan gaul rata. Kemudian lumurkan pada ayam hingga rata.
3. Perap ayam selama 2 jam atau lebih untuk rasa yang lebih enak.
4. Bakar atau panggang hingga masak.
5. Sedia untuk dinikmati. Jika ayam besar atau nak masak lebih, hanya gandakan sahaja kuantiti bahan.
Frittata, lasagna, volcano beef dan shepard pie, sebut nama resipi snek barat ni pun dah terbayang keenakkannya. Keju, susu, mentega adalah tiga bahan asas yang biasanya ada dalam masakan barat.
Ditambah pula dengan daging dan sayur-sayuran, barulah lengkap rasanya. Ni min kongsikan empat snek barat untuk dicuba, nak beli mahal nih.
1. VOLCANO BEEF CHEEZY ONION
BAHAN-BAHAN:
200 gram keju Mozzarella (dipotong dadu kecil)
400 gram daging cincang
3 biji bawang Holland (dibelah dua)
5 helai daun oregano (dicencang halus)
½ kg serbuk roti
2 biji telur
300 gram tepung gandum
1 sudu teh paprika
Serbuk perasa
Keju krim (untuk sos)
Minyak masak (untuk menggoreng)
CARA MEMASAK : 1.Gaul daging cencang bersama daun oregano, paprika dan serbuk perasa. 2.Belah bawang Holland kepada dua bahagian dan leraikan. 3.Kemudian, masukkan daging yang telah siap digaul tadi ke dalam bawang dan sumbatkan bersama keju Mozzarella. 4.Bulat-bulatkan dan gaul di dalam tepung gandum. 5.Sesudah itu, celupkan ke dalam telur dan serbuk roti. 6.Akhir sekali, goreng hingga berwarna keemasan. 7.Boleh dihidangkan bersama keju krim.
2. FRITTATA BERKEJU
BAHAN-BAHAN :
5 biji telur
30 gram susu segar
25 gram cendawan butang (dihiris)
25 gram bawang merah (dipotong dadu)
25 gram lada benggala merah (dipotong dadu)
25 gram lada benggala kuning (dipotong dadu)
10 gram daun bawang
25 gram keju Cheddar (diparut)
25 gram keju Mozzarella (diparut)
10 gram mentega
Garam
Lada putih
CARA MEMASAK : 1. Pukul telur bersama susu segar, garam dan lada putih hingga sebati. 2. Kemudian, panaskan kuali dan cairkan mentega. Tumis bawang merah, cendawan, lada benggala merah dan kuning sehingga naik bau. 3. Seterusnya, masukkan adunan telur tadi dan kacau bersama bahan tumisan berserta sayuran tadi. 4. Apabila sekata, masak campuran telur berisi sayur dan taburkan dengan hirisan daun bawang hingga separa masak. 5. Akhir sekali, taburkan parutan keju Cheddar dan Mozzarella di atas permukaan telur dan bakar di dalam ketuhar selama 10 minit dengan suhu 170 darjah Celsius. 6. Sedia untuk dihidang.
3. SHEPERD PIE DAGING
BAHAN-BAHAN:
1/2 kilo daging lembu atau kambing | dipotong dadu
100gm daging tetel lembu | dipotong kecil
5-6 biji kentang russet | direbus empuk
2 biji bawang besar | dicincang
3 ulas bawang putih | dicincang
1 1/2 sudu besar serbuk brown sauce ( dilarutkan di dalam 125ml air suam)
1/2 kiub stok daging lembu | mengikut cita rasa
1 batang lobak merah | potong sebesar 2.5cm
2 batang seleri | potong sebesar 2.5cm
6-7 biji cendawan butang segar | dihiris kasar
2 helai daun bay
Sedikit herba rosemary dan thyme
2 sudu teh sos Lea & Perrins
Sedikit tepung gandum yang dilarutkan ke dalam 125ml air
180ml susu segar
100gm mentega ( untuk dimasukkan ke dalam kentang lenyek)
100gm mentega ( untuk menumis bersama minyak zaitun)
2 sudu makan minyak zaitun
Lada hitam dan garam mengikut cita rasa
CARA MEMASAK: 1. Lenyek kentang rebus bersama susu, mentega dan garam, untuk diletakkan di bahagian atas daging yang telah dimasak. Ketepikan. 2. Rebus daging sehingga empuk. Ketepikan. 3. Tumis bawang merah dan bawang putih bersama minyak zaitun dan sedikit mentega. Masukkan sos Lea & Perrins, air, stok daging, lobak merah, saleri, cendawan, daun bay, rosemary, thyme, lada hitam dan garam. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan daging yang telah direbus tadi dan gaul sehingga sebati. Apabila sudah masak, masukkan tepung dan sedikit mentega. Jangan masak hingga ia terlalu pekat. Biar ia basah dan lembap, tidak terlalu kering. 4. Setelah itu, masukkan semua bahan yang dimasak tadi ke dalam kaserol dan ratakan. Setelah itu masukkan kentang yang sudah dilenyek di bahagian atas dan ratakan. 5. Bakar dengan suhu 180 C selama setengah jam sehingga kentang menjadi garing sedikit. 6. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Inti yang tidak terlalu kering akan menambah kesedapan Sheppard Pie itu ketika dinikmati.
Saiz Hidangan: 4-6 orang Waktu Memasak: 40 minit Jenis Hidangan: Inggeris Keistimewaan: Rasa lemak ubi kentang dan rempah ratus yang seimbang Jenis Penyediaan: Pai Cara Memasak: Tumis dan bakar Anggaran kos: RM30-RM40
4. LASAGNA
BAHAN-BAHAN:
1 kotak ‘oven- ready’ pasta lasagna
650gm daging kisar
2 batang seleri | panggang dan dikisar
2 biji tomato | panggang dan dikisar
2 batang lobak merah |panggang dan dikisar
2 biji bawang besar |panggang dan dikisar
3 biji bawang putih
1 tin kecil tomato puri
6-7 biji cendawan butang
500ml air
BAHAN HERBA:
2 sudu kecil oregano
2 sudu kecil paprika
2 helai daun bay
1 sudu kecik thyme
Lada hitam dan garam mengikut cita rasa
125ml susu cair (evaporated)
2 sudu makan serbuk keju parmesan
1 kiub stok daging
100gm mentega
2-3 sudu makan minyak zaitun
BAHAN UNTUK SOS KEJU:
60gm tepung gandum
375ml susu cair segar
100gm mentega
7 keping kepingan keju cheddar
Secubit garam
CARA MEMASAK: 1. Kisar bahan-bahan yang telah dipanggang iaitu seleri, tomato, lobak merah dan bawang besar dengan 500ml air. Ketepikan. 2. Panaskan mentega dengan minyak zaitun. Goreng bawang putih sehingga kekuningan dan masukkan daging kisar. 3. Goreng sehingga naik bau wangi dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Kacau sehingga sebati dan masukkan air sekiranya pekat. Setelah mendidih masukkan tomato puri dan semua bahan herba, kiub stok daging, lada hitam, sedikit garam dan sedikit gula. Kacau sekata. Apabila hampir masak, masukkan susu dan keju parmesan dan kacau lagi sehingga sebati. Masak jangan sampai ia terlalu cair. Angkat dan sejukkan. Ketepikan. 4. Untuk sos keju; Panaskan mentega dan masukkan tepung gandum dan kacau sehingga rata. 5. Masukkan susu dan keju dan kacau sehingga sebati. Pastikan sos tidak terlalu cair atau pekat/kental. Angkat dan sejukkan. 6. Untuk membuat lapisan lasagna; Sapukan mentega secara rata pada kaserol atau bekas pembakar. Letakkan sos daging dan ratakan. 7. Susunkan lasagna pasta di seluruh permukaan bekas. 8. Sapukan sos keju dan taburkan serbuk keju parmesan. 9. Sapukan sos daging lagi dan ratakan. Seterusnya susunkan pasta lasagna. 10. Sapukan sos keju dengan rata. Taburkan keju mozarela di seluruh permukaan. 11. Bakar pada suhu 180 C selama 1/2 jam sehingga keju mozarela cair dan kekuningan. Barulah angkat dan enak dimakan ketika panas.
Info chef:Hanya masukkan sedikit sahaja garam untuk menggelakkan ia masin memandangkan sudah ada aneka jenis keju.
Saiz Hidangan: 3-5 orang Waktu Memasak: 1 jam Jenis Hidangan: Barat Keistimewaan: Mengenyangkan dan sedap Jenis Penyediaan: Pasta Cara Memasak: Tumis, goreng dan bakar Anggaran kos: RM30-RM40
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira