Masak Lemak Cili Api Nangka Muda Dengan Ayam, Menu Sempena Merdeka

Share

Kecur liur dengan masak lemak cili api nangka muda dengan ayam. Masak seperiuk, asyik berulang je ke dapur.Masak lemak ni tak sedap makan terus lepas masak, sebab nangka belum menyerap rasa lagi. Biarkan dalam 20 -30 minit sebelum dihidangkan. Masak lemak cara ini memang tak gunakan ketumbar atau sebagainya sebab dah guna ayam.

 

Masak Lemak Cili Api Nangka Muda Dengan Ayam

Sebiji nangka muda saiz kecil (rebus hingga 3/4 empuk, tambahkan garam dalam rebusan)


1 ekor ayam ( dicincang kecil)

Cili padi ( ikut kepedasan yang korang suka)
1 inci halia
2 biji bawang besar
5-6 ulas bawang putih
Sedikit kunyit basah/ serbuk kunyit
(Kisar semuanya)

2 batang serai -titik
2 keping asam keping
1 biji kelapa segar
Sekotak santan kara

Cara memasak :
1.Panaskan sedikit minyak untuk menumis, masukkan serai kemudian terus masukkan bahan yang dah dikisar.
Tumis hingga bahan tadi pecah minyak ,air lada tadi kering hingga menjadi seperti pes.
2.Kemudian masukkan ayam yang dah dicincang kecil, gaulkan ayam dan bahan tumis hingga sebati.


3.Tambah sedikit air, dan masukkan asam keping.
4.Biarkan hingga ayam masak.
5.Bila ayam dah masak, baru masukkan santan yang diperah dari kelapa tadi.Santan dari kelapa lebihkan air untuk dapatkan kuah. Jangan risau cair, sebab nanti akan tambah dengan santan kotak.Perisakan dengan garam, ajinomoto dan sedikit gula ikut selera masing-masing.

6.Santan dah didih, masukkan nangka dan gaul hingga sekata.

7.Akhir baru tuangkan santan kotak.Pastikan sentiasa dikacau agar santan tak pecah. Masak lagi dalam 10 min, hingga betul-betul sebati semuanya.

Kredit : Nor Haidah Md Said

INGIN MENUKAR BLENDER, MIXER, GRINDER, BOLEH LIHAT DI SINI.

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri Adila Saari