Masak Lemak Cili Padi Ayam dan Pucuk Ubi

Masak Lemak Cili Padi Ayam dan Pucuk Ubi

Sedap Macam Mak Masak, Resipi Masak Lemak Cili Padi Ayam Pucuk Ubi Ni Memang Best

Sedapnya menu Masak Lemak Cili Padi Ayam dan Pucuk Ubi ni. Menu ni nampak je simple tapi mampu membuka selera. Kuahnya yang tidak muak ditambah dengan rasa lemak pucuk ubi, hmm…terliur dibuatnya! Makan pula dengan nasi putih dan sambal belacan, memang tak toleh kiri kanan dah.

MASAK LEMAK CILI PADI AYAM DAN PUCUK UBI

BAHAN-BAHAN

  • 10 tangkai cili padi hijau
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 sudu teh garam kasar
  • 2 batang serai | ketuk
  • 600gm ayam | potong kecil
  • 500ml santan cair
  • 3 biji ubi kentang | potong 4
  • 2 kiub AYAM MAGGI
  • 1 mangkuk pucuk ubi | celur dan toskan
  • 200ml santan pekat

 

Masak Lemak Cili Padi Ayam dan Pucuk Ubi

IKLAN

 

IKLAN

CARA MEMASAK

  1. Cili padi, kunyit hidup dan garam kasar dikisar halus lalu dimasukkan ke dalam periuk bersama serai, ayam dan santan cair.
  2. Didihkan dengan api yang sederhana sehingga ayam hampir empuk.
  3. Masukkan ubi kentang dan didihkan lagi sehingga ayam dan ubi kentang empuk.
  4. Masukkan kiub AYAM MAGGI dan pucuk ubi yang telah dicelur.
  5. Tuang santan pekat dan didihkan dengan api kecil sehingga semua bahan masak sebati. Sesuaikan rasa dengan gula dan garam jika perlu.

Selamat mencuba!

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI
- Advertisement -spot_img

Mesti Baca!

- Advertisement -spot_img