Masak lemak cili padi ikan merah ini memang sedap. Seimbanig rasa lemak dan pedasnya. Digandingkan pula dengan kacang buncis. Kira dah tak perlu masak sayur berasingan. Lauk ini dah ada sayurnya. Jimat masa dan tenaga.
Masakan lemak cili padi ikan merah ini memang sedap. Nak masak pun tak susah. Apa salahnya hidangkan sajian ini untuk tetamu yang datang untuk kelainan?
Boleh cuba resipi ini ye.
Masak Lemak Cili Padi Kepala Ikan Merah Dengan Buncis
Bahan-bahan:
1 keping kepala ikan merah dan sekeping bahagian isi (cuci bersih)
Cara Memasak Masak Lemak Cili Padi Kepala Ikan Merah Dengan Buncis:
Mula-mula bersihkan ikan dengan pes asam jawa dan garam, biarkan kira-kira 10 minit. Kemudian bilas bersih.
Kemudian kisar bahan-bahan seperti kunyit hidup, bawang putih, bawang merah dan cili padi hingga hancur.
Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk, diikuti santan. Kacau rata dan masukkan serai, asam keping dan tomato. Kacau rata seketika. Tambah sedikit air.
Setelah kuah mula menggelegak, masukkan ikan.
Ads
Kemudian, masukkan pula hirisan kacang buncis dan tambah air kalau kuah terlalu pekat. Sesuaikan dengan selera masing-masing. Perasakan dengan garam secukup rasa.
Biarkan mereneh. Setelah ikan masak dan buncis empuk, tutup api. Siap
Perkongsian resipi gulai dari Makcik Ratu iaitu gulai ikan tenggiri pedas resipi bondanya wajib hidangkan dengan air asam dan kangkung rebus.
GULAI IKAN TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
6 keping ikan tenggiri
2 sudu besar cili kering
6 sudu besar serbuk kari
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 ruas jari halia.
BAHAN TUMIS;
Daun kari
1 sudu besar halba campur
BAHAN KISAR (DENGAN 1 CAWAN AIR):
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 ruas jari halia
1 ruas jari lengkuas
1 batang serai.
CARA MEMASAK:
Tumis dulu bahan hiris masukkan juga daun kari biar garing tapi tidak hangit.
Selapas itu masukkan halba campur, perlahankan api supaya halba tak meletup-letup.
Kemudian baru masukkan bahan-bahan kisar. Masak smpi wangi n air sedikit menyusut.
Masukkan pula 2 sudu besar cili kering kisar, masak lagi 15 minit, tambah sedikit air jika kering.
Boleh masukkan 6 sudu besar serbuk kari pedas yang dicampur dengan sedikit air dulu untuk jadikan pes.
Masak sehingga setengah jam lamanya atau sehingga rempah masak elok, lagi lama lagi elok karinya. Masak kari agak lama dengan menggunakan api perlahan. Masak biar sampai pecah minyak.
Tambah sedikit air supaya tidak hangit.
Masukkan air asam jawa sebanyak segenggam asam.
Tambah air untuk lebih berkuah, masak lagi sehingga mendidih.
Tambah 1/2 -1 kotak kecil santan kotak.
Perasakam garam/serbuk secukup rasa.
Masuk bendi dan ikan. Biar ikan masak.
Akhir sekali tambah tomato dan cili hijau masak supaya tomato tak lembik. Terung bulat ditambah jika suka.
Mudahnya buat fishball homemade ni. Letak dalam sup sayur atau apa-apa hidangan, memang boleh menaikkan selera. Nak buat pun sangat mudah dan tanpa guna tepung. 100% isi ikan. Sesuai sangat buat untuk kegunaan keluarga tercinta. Jom cuba resipi perkongsian saudari Bahiah Saripuddin ni. Pasti puas hati.
CARA BUAT BEBOLA IKAN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 keping ikan tongkol – dibuang tulang dan ambil isi sahaja
1 sudu teh lada hitam kasar
1 biji bawang merah saiz sederhana
1/2 sudu teh gula
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk lada hitam hingga halus.
2. Masukkan bawang merah. Tumbuk lumat.
3. Seterusnya tambahkan isi ikan yang telah dibuang tulang dan tumbuk lagi hingga lumat.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Gaul isi ikan tadi sehingga adunan boleh digentel.
6. Cubit adunan dan bulat-bulatkan mengikut saiz yang digemari.
7. Panaskan air dan rebus bebola hingga mendidih.
8. Toskan bebola tadi dan sedia untuk dimasukkan ke dalam sup atau apa-apa sajian kegemaran.