Masak lemak cili padi isi durian muda. Dah rasa baru tau macam mana sedapnya. Pernah makan masakan ini?
Mungkin ada yang pernah makan dan ada yang mungkin tak pernah. Bila tiba musim durian, ada ketika kita terbeli durian yang masih muda. Lantas dibuang macam tu je. Jangan! Sayangnya. Sebenarnya boleh dimakan lagi. Contohnya masak stail macam ni. Sedap tau.
Boleh cuba resipi ini yang dikongsikan oleh puan Cahaya Kasih Firdausi ini ye.
Santan
Garam – boleh beli online di sini
Isi durian, dibelah dan dicungkil dengan pisau kecil untuk keluarkan bijinya. Ketepikan.
Masukkan bahan kisar ke dalam periuk. Tambahkan sedikit air. Kemudian tambah santan. Kacau sebati.
Masuk hirisan daun kunyit.
Setelah itu bolehlah masukkan isi durian muda. Kacau sekata.
Biarkan menidih santan barulah masukkan garam secukup rasa.
Siap durian muda masak lemak cili padi. Sedap sungguh kalau dimakan dengan ikan masin atau ikan goreng. Cubalah ye!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official