Itik Salai Gulai Lemak Cili Padi dipadankan pulak dengan Sambal Udang Petai memang terbaiklah, orang Negeri Sembilan memang tak tolak punya. Rasa pedas sedap itu menjadikan ramai ketagih dengan dua menu ini. Apa lagi kalau resipinya dikongsikan oleh yang pakar dalam memasak, iaitu Chef Mummy dari Armada Hotel, Chef Mummy memang lagend dalam bab masak tradisional Melayu, Nak tau sejauh mana keenakannya, korang boleh cuba dua resipi yang dikongsikan oleh Chef Mummy. t

Masak Lemak Cili Padi Itik Salai & Sambal Udang Petai Cara Chef Mummy.
.

ITIK SALAI GULAI LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1kg itik salai
  • 300ml santan pekat
  • 2 keping asam keping
  • 4 helai daun limau purut
  • 3 batang serai | titik
  • 3cm lengkuas | ketuk
  • Garam & gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 15 biji cili padi

CARA MEMASAK:

  1. Potong kecil itik salai, kemudian bersih dan toskannya.
  2. Masukkan itik salai dalam kuali atau periuk, diikuti dengan bahan kisar.
  3. Masukkan juga serai, lengkuas dan daun limau purut.
  4. Masukkan sedikit air, biarkan mereneh supaya isi itik salai sebati dengan bahan kisar.
  5. Apabila isi itik masak, masukkan santan pekat, jika terlalu pekat tambah sedikit air.
  6. Masukkan asam keping dan terus kacau atas api sederhana.
  7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  8. Tutup api dan Itik Salai Gulai Lemak Cili Padi sedia dihidangkan.

Masak Lemak Cili Padi Itik Salai & Sambal Udang Petai Cara Chef Mummy.
.

Ads

SAMBAL UDANG PETAI
BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 500gm udang kertas saiz XL | buang janggut, bersih dan tos
  • 250gm isi petai
  • 1 biji bawang besar |hiris bulat
  • 200gm cili kisar
  • 150gm bawang merah | kisar
  • 100gm bawang putih | kisar
  • 100gm halia | kisar
  • 2cm belacan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng udang dan menumis

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng udang dan petai secara berasingan dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
3. Tumis bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan cili kisar dan belacan.
4. Kacau rata hingga naik bau.
5. Masukkan udang, kacau rata, kemudian tambah bawang Holland dan petai goreng tadi.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Tutup api dan Sambal Udang Petai sedia dihidangkan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI