Masak Lemak Ikan Masin Kurau Bersama Nanas. Resipi Orang Tua Dulu-Dulu Paling Sedap!

Share

Masak Lemak Ikan Masin ni memang antara hidangan kegemaran rakyat Malaysia. Lauk ringkas dan biasa-biasa je tapi rasa dia memang luar biasa. Terasa nak masak menu ni hari ni? Jom cuba resipi ni. Memang terbaik! Rasa macam air tangan mak-mak kita dulu-dulu.

 

MASAK LEMAK IKAN MASIN KURAU DENGAN NANAS

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tulang ikan masin kurau | rendam
  • 1/4 biji nanas | kupas dan  hiris nipis
  • 300 ml santan
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 batang serai | titik
  • 1 helai daun kunyit | carik dan simpul
  • 600ml air
  • Perasa secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 3 ulas bawang merah
  • 1/2  inci halia
  • 3cm kunyit hidup
  • 10 biji cili padi

CARA MEMASAK:

  1. Rebus nanas dengan air hingga mendidih. Angkat dan toskan.
  2. Bersihkan tulang ikan masin yang telah direndam, masukkan dalam periuk.
  3. Seterusnya masukkan bahan kisar, daun kunyit, asam gelugor dan serai titik.
  4. Tambahkan santan dan didik atas api sederhana. (Sentiasa kacau untuk elak santan pecah).
  5. Setelah mendidih masukkan nanas yang telah direbus tadi.
  6. Kecilkan api dan perasakan dengan serbuk perasa. Jika kurang masin tambahkan sedikit garam .
  7. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

INFO CHEF: Tulang ikan masin boleh juga digoreng dahulu supaya lebih enak dan tak terlalu hancur apabila diletak dalam kuah.

Published by
Nur