Bila lama tak dapat balik ke kampung mulalah merindui lauk pauk kampung. Biasanya menu yang simple sering menjadi tarikan untuk menikmatinya. Tak cukup sepinggan dibuatnya. Bahan-bahan pun mudah didapati.
Masak Lemak Ikan Talapia Belimbing
Bahan2 kisar @ ditumbuk
5 – 10 tangkai cili api (ikut kesukaan kepedasan)
1 1/2 inci kunyit hidup
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
Bahan-bahan lain
1 ekor ikan talapia saiz sederhana (dipotong 3)
5-6 biji buah belimbing buluh (dibelah 2)
1 kg santan
1 batang serai diketuk
1 helai daun kunyit
sedikit air
1 keping asam keping
Cara memasak:
1. Masukkan bahan kisar kedalam periuk bersama santan dan air (ikut kepekatan kuah yang diingini), sentiasa kacau kuah untuk mengelakkan dari kuah pecah minyak yang akan mengakibatkan kuah jadi tak licin (berketul2).
2. Apabila kuah hampir mendidih masukkan ikan dan perlahankan api, pastikan dikacau kuahnya (jangan sampai ikan pecah2 lak k)
3.Apabila ikan sudah masak sepenuhnya masukkan daun kunyit, asam keping serta perasakan garam secukupnya.
Sambal Mangga Ikan
Bahan – Bahan
1 ekor ikan selayang / kembung
Cili kampung ( pedas ikut citarasa masing-masing )
1 biji mangga muda yang masam
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat:
1. Mangga muda dibuang kulit dan dicincang halus.
2. Ikan dibakar / rebus dgn garam sikit dan ambil isinya.
3. Tumbuk cili beserta dengan garam sehingga hancur. Kalau suka letak gula sikit
4. Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi.
5. Kemudian masukkan mangga. Tumbuk sikit untuk bagi rasa masam keluar. Gaul-gaulkan sesuaikan rasa dan siap untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Zaqyah