Resepi Masak Lemak Kuning Ikan Parang ni korang patut cuba sebab ianya cepat, mudah & supersedap!.Betul, cuma 15 minit je. Tapi ikan tu mestilah siap sedia dalam suhu bilik. InsyaAllah dalam masa 15 minit dah boleh siap tau.
Maka dalam masa 15 minit dah siap 1 lauk, dalam 30 minit dah boleh makan malam. Jom tengok resipi dari Norbawati Buang ini.
MASAK LEMAK KUNING IKAN PARANG
BAHAN-BAHAN :
Ikan parang 3 keping
Santan kotak 1/2 kotak
Bawang besar 1/2 biji
Bawang putih 3 ulas
Cili padi 15 biji
Asam keping 3 keping
Garam secukupnya
Serbuk Kunyit 2 sudu teh
Serai 2 batang dititik
Perasa (pilihan)
Daun selasih (pilihan)
Tomato (pilihan)
CARA MEMASAK :
1. Kisar halus cili, bawang besar, bawang putih dgn 1 cawan air.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk. Masukkan serbuk kunyit, asam keping & serai. Masak dengan api sederhana hingga mendidih.
3. Masukkan ikan & tutup periuk dgn penutup. Kecikkan api. Ni nak pastikan ikan tu masak sempurna. Tunggu hingga mendidih.
4. Masukkan santan, tomato & daun selasih.
5. Perasakan dengan garam, perasa & klu suka gula 1/3 sudu teh. Sikiiitttt je.
Dah boleh hidang untuk keluarga, yang tengah berkumpul di rumah tu. Duduk rumah boleh lah masak untuk keluarga dan lebih masa bersama mereka.
Kredit: norbawati buang
FB : Resepi Aneka Lauk Pauk
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
https://www.youtube.com/watch?v=316J4UHR3s0
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3 Menu Ayam Ini Memang Win, Sedap &10 minit Je Masak.
Di hari-hari bekerja menu kalau boleh semuanya menu nak ringkas tapi hasilnya nak sedap dan boleh membuka selera. Pilihan terbaik adalah menu yang bergoreng atau bertumis yang boleh dihidangakan segera dan dimakan panas-panas. Lagi sedap kalau pedas sedikit. Satu lauk pun sudah cukup. Tak percaya korang cuba tiga menu ayam yang ringkas ini tapi hasilnya terbaik.
AYAM GORENG KICAP CILI PADI BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg ayam | potong kecil
- 2 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan kicap manis
- 1 sudu makan sos tiram
- 2 batang serai | titik
- 10 biji cili padi | hiris halus
- 1 biji bawang besar | potong dadu
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 3cm halia muda | hiris halus memanjang
- 1 sudu makan air asam Jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
- Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Ayam cuci bersih dan tos.
- Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan kunyit, perap seketika.
- Panaskan kuali, goreng ayam separuh masak.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumis bawang merah, putih, halia, serai dan cili. Tumis hingga naik bau.
- Masukkan kicap pekat, kicap manis dan sos tiram.
- Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan tambahkan sedikit air.
- Kecilkan api perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Setelah secukup rasa, tutup api.
- Ayam kicap sedia dihidangkan.
AYAM SERUNDING SERBUK ROTI
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping isi dada ayam | potong dadu kecil
- 1/2 cawan serbuk roti
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 6 ulas bawang putih | cincang halus
- 8 biji cili padi hiris halus
- Sedikit hirisan daun bawang
- Sedikit hirisan daun ketumbar
- 2 sudu makan mentega
- 1 sudu makan minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian toskan.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Sementara itu, gaulkan ayam dengan tepung yang dicampurkan dengan garam dan lada sulah.
- Goreng ayam hingga kekuningan, angkat dan toskan.
- Menggunakan kuali lain, panaskan minyak bersama mentega, kemudian tumiskan bawang putih bersama cili padi hingga kekuning.
- Tambahkan dengan serbuk roti, hirisan daun bawang , daun ketumbar, serbuk pati ayam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api, kacau hingga serbuk roti bertukar keperangan.
- Masukkan ayam dan tutup api.
- Gaul rata, kemudian sedia dihidangkan.
AYAM MADU CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping isi dada ayam | hiris nipis kecil
- 150gm biji gajus
- 2 sudu makan madu
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1/2 bji bawang Holland | dadu besar
- 5 tangkai cili kering | hiris 2-3cm
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 2cm halia muda | hiris halus memanjang
- Garam secukup rasa
- Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam dengan sediki garam dan serbuk lada sulah.
- Panaskan minyak, goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
- Goreng pula buah gajus hingga kekuningan diikuti dengan cili kering. Angkat dan ketepikan.
- Seterusnya, keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bawang Holland, bawang putih dan halia hingga wangi.
- Kecilkan api, masukkan madu, sos tiram.
- Kacau rata dan masukkan ayam, biji gajus dan cili kering.
- Perasakan dengan garam dan minyak bijan, kemudian kacau rata.
- Tutup api dan sedia dihidangkan.
Kisah di Sebalik Laksa Johor. Orang Tua Dulu Ambil Masa 2 Hari Nak Siapkan Kuah. Ini Sebabnya…
Perbezaan laksa Johor dengan laksa daripada negeri lain adalah hanya laksa Johor yang dimakan bersama spaghetti berbanding mee laksa seperti versi laksa negeri lain. Beliau turut mempercayai asal usul laksa Johor muncul selepas Almarhum Sultan Abu Bakar melawat Itali dan memperkenalkannya kepada kerabat kesultanan Johor. Rasa keaslian laksa Johor yang unik itu akan berlainan sekiranya diganti dengan mee kuning atau jenis mee yang lain.
BAHAN UNTUK KUAH :
- 1 1/2 kg ikan kembong etc
- 15 ulas bawang merah
- 12 ulas bawang putih
- 3 biji bawang besar
- 1/2 genggam udang kering
- 13 batang serai. (3 ketuk, 10 kisar)
- 3 keping asam keping
- 2 ibu jari lengkuas(1/2 kisar, 1/2 ketuk)
- 2 ibu jari halia
- 1 peket besar kerisek
- 1200ml santan
- 125gram rempah kari Ikan
- Minyak masak utk tumis
- Garam dan Gula secukup rasa
*Semua bahan dikisar halus (kecuali ikan)
Rebus ikan, dipilih isinya, tulang ikan dikisar kasar untuk ambil air tulang.
SPAGETI – DIREBUS
ULAM
- Timun Taugeh
- Kacang panjang
- Daun kesum
- Daun selasih
- Bunga kantan
- Limau kasturi
SAMBAL BELACAN
- Cili kecil
- Cili besar
- Bawang putih
- Belacan
- Garam
(Ditumbuk halus)
- CARA MEMASAK :
1. Kisar bawang, halia, lengkuas & udang kering.
2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau.
3. Masuk serai yang sudah dikisar.
4. Masukkan sedikit air, kacau.
5. Masukkan kerisek
6. Masukkan serbuk rempah kari ikan Adabi
7. Masukkan asam keping
8. Masukkan air sedikit lagi
9. Masukkan isi ikan & air tulang ikan
10. Kacau
11. Masukkan santan & air. (air jangan banyak sampai cair kuah)
12. Dah mendidih masukkan garam & gula.
13. Kacau jangan bagi pecah santan.
14. SIAP!
Hidangkan laksa dengan ulaman & sambal belacan.
Resepi asal dari FB Nieza HM
Kredit Resepi : Muhammad Nurul Imran Ismail
Klik Link ini jika anda suka laksa Thai: http://www.rasa.my/resipi-laksa-thai-asli-yang-mudah-ringkas/
” Mengikut cerita orang2 dulu kala, sebab laksa Johor ber ‘mi’ kan spaghetti, isteri Sultan Johor pada waktu itu ialah wanita Inggeris, maka ia telah difusionkan. Berkuahkan gaya orang melayu tapi dimakan bersama spaghetti dan kalau ikut style orang2 Johor, makan laksa dengan tangan, jangan tak caya. Satu lagi, kalau ikut secara tradisinya, laksa Johor menggunakan isi IKAN PARANG. Memang leceh nak buat kuahnya. Kalau orang dulu nak buat laksa Johor ambil masa 2 hari, sehari untuk mengasingkan isi ikan parang dan sehari lagi sesi memasak kuah laksa” # copy paste
3 Jenis Pai Jadikan Minum Petang Keluarga Di Hari Cuti Lebih Meriah.
Penggemar pai pasti dapat membayangkan rasa kulit pai yang rangup dengan pelbagai jenis inti ikut kreativiti si pembuat pai sesuai dengan cita rasa semasa. Tidak kira inti manis atau savory, pai bertutup sepenuhnya atau terbuka, ia tetap menjadi dessert pilihan paling sedap untuk minum petang keluarga korang. Nak cuba ini tiga resipi yang dikongsikan:-
PAI LABU:
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PASTRI:
- 325gm tepung gandum
- 210gm mentega|dipotong dadu dan di létak dalam sejuk beku
- 8 sudu makan air sejuk
- Sedikit garam
INTI PAI LABU
Bahan A
- 400 gram labu | dibuang kulit
Bahan B
- 110 gm gula merah
- 120ml whipping cream
- 3 biji telur gred B
- 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
- 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan kulit pai: Kisar tepung dan mentega beku menggunakan food processor.
2. Masukkan campuran tepung dengan mentega ke dalam bekas dan tambahkan garam. Gaul rata.
3. Seterusnya masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. Gaul sehingga menjadi doh.
4. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
5. Setelah sejuk, canai dan terap doh dalam acuan pai.
6. Bakar 180C selama 15 minit. Sejukkan pastri.
7. Untuk menyediakan inti: Kukus labu sampai lembut, kemudian lenyek atau kisar halus tanpa air dan ketepikan.
8. Campurkan semua bahan B dan pukul hingga sebati.
9. Kemudian campurkan labu yang telah dilenyek ke dalam adunan B, kacau sebati dan tapiskan.
10. Tuangkan dalam acuan pastri dan bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180C selama 40 min atau sehingga inti pai di bahagian tengah mengeras.
11. Hiaskan dengan whipped cream di sekeliling permukaan pai.
12. Pai sedia dihidangkan.
PAI LIMAU NIPIS
BAHAN CRUST :
- 200gm biskut Marie atau Digestive
- 1/4 cawan serbuk serbuk badam
- 1 sudu makan gula kastor
- 100gm mentega cair
BAHAN INTI PAI:
- 4 biji telur
- 395gm susu pekat manis
- 160ml whipped cream
- 5 biji limau nipis | parut kulit dan ambil jusnya.
CARA MEMASAK:
1. Dengan menggunakan food processor, hancurkan biskut .
2. Kemudian masukkan serbuk badam dan gula.
3. Setelah hancur sekata, masukkan mentega cair dan kisar sekali lagi sampai sebati.
4. Tuang dalam acuan pai siz 10inci atau 20cm springform tin , padatkan ke dinding dan dasar acuan.
5. Bakar sekejap dengan suhu 150C selama 10-15 minit atau sehingga sedikit coklat keemasan.
6. Keluarkan curst dari ketuhar dan sejukkan.
7. Untuk inti: Campurkan semua bahan inti dan whisk sampai gebu dan lembut.
8. kemudian tuang adunan dalam acuan pai.
9. Bakar pada suhu 170C selama 40 minit
9. Sejukkan, kemudian hiaskan dengan whipped cream dan hirisan limau nipis.
10. Pai sedia dihidangkan.
COKLAT MUD PAI
BAHAN CRUST
- 300gm serbuk biskut Oreo
- 75gm mentega
INTI MUD PAI:
- 85gm dark coklat
- 85gm mentega
- 2 biji telur
- 85gm gula kastor
- 100ml whipped cream
SOS FUDGE:
- 150gm dark chocolate
- 150gm whipped cream
- 3 sudu makan golden sirap
- 175gm gula asing| diayak
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan crust hingga sebati, kemudian tuang dan padatkan ke dalam acuan pai.
2. Masukkan acuan pai ke dalam peti sejuk selama 30 minit -1 jam.
3. Untuk sediakan inti: Cairkan mentega dan coklat
4. Pukul telur dan gula sampai kembang.
5. Campurkan adunan telur dengan coklat, kacau perlahan.
6. Seterusnya campurkan pula whipped cream dan kacau sebati.
7.Tuang ke dalam acuan pai dan bakar dengan suhu 180C selama 40 minit.
8. Untuk sediakan sos: Satukan semua bahan sos dan cairkan, kacau sampai sebati.
9. Tuang di atas ínti mud pai yang telah sejuk tadi.
10.. Masukkan pai dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum sedia dihidang.