Ini adalah idea untuk kita cuba. Rasanya sedap dan kosnya juga sangat rendah. Cukup untuk mengenyangkan. Kalau nak tahu, tempoh memasaknya juga amat pendek. Maksudnya menu ini memudahkan kita yang tak sempat nak masak dan tak ada masa lama untuk memasak.
MASAK LEMAK TELUR DENGAN KACANG PANJANG
79140130_2750451141641929_8887748552017575936_o.
Ads
BAHAN KISAR
3 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
Lada hijau (ikut tahap pedas yang dimahukan)
BAHAN LAIN
1 batang serai (diketuk)
Santan secukupnya
Telur ayam
1 keping asam keping
Gula
Garam
Kacang panjang
Cili padi merah
Ads
CARA MEMBUAT
1. Panaskan kuali. Masukkan bahan kisar dan serai.
2. Masukkan santan. Kacau selalu supaya santan tak pecah. Biarkan mendidih.
3. Pecahkan telur ayam satu demi satu.
4. Masukkan asam keping, gula dan garam.
5. Akhir sekali masukkan kacang panjang dan cili padi merah. Siap!
Ada yang suka makan laksam ke? Laksam ni makanan masyarakat Pantai Timur yang kuahnya rasa lemak-lemak. Memang sedap. Boleh dijadikan sarapan atau minum petang. Banyak dijual di pasar pagi dan pasar malam. Tapi kalau buat sendiri, lebih sedap dan puas makan. Kuah tu, buat pekat-pekat sikit.
Di samping kuah, laksam tu sendiri pun kena sedap. Nak tahu cara buat laksam? RASA kongsikan resipi laksam homemade. Jom cuba.
LAKSAM
BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
5 cawan air suam
Sedikit minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan adunan sehingga sebati. Pastikan tepung tidak berketul.
2. Masukkan sedikit minyak masak dan sebatikan.
3. Panaskan pengukus. Sapu minyak masak pada talam.
4. Apabila pengukus sudah panas, letak talam dalam pengukus dan masukkan adunan laksam. Jangan masukkan semua sekali. Masukkan sedikit-sedikit. Tipis saja. Kalau tebal nanti laksam susah hendak digulung.
5. Tutup pengukus dan biarkan seketika. Lebih kurang 2 minit atau sehingga adunan tadi naik gelembung. Itu menandakan laksam sudah masak dan boleh diangkat.
6. Adunan ini cukup untuk lapan batang laksam. Kalau nak lebih, gandakan adunan.
TIP LAKSAM LEBIH CANTIK
a) Gulung laksam ketika laksam masih suam-suam kuku. Jangan gulung ketika panas. Kalau digulung ketika panas, laksam jadi menggerutu dan melekat-lekat pada talam.
b) Tak perlu oles minyak pada talam setiap kali hendak mengukus. Oles minyak hanya apabila talam sudah kering.
Jom cuba resipi Ayam Bakar Tok Abah ni. Kalau nak tahu, keenakan Ayam Bakar terletak pada rempah perapan yang enak. Sekarang ni kaum ibu lebih suka cuba masakan yang sedap tapi mudah nak buat. Salah satu yang boleh dicuba ialah resipi Ayam Bakar Tok Abah perkongsian saudari Jamilah Ahmad ni la. Sangat mudah kerana hanya menggunakan 5 bahan yang mudah sahaja. Tak perlu kisar rempah pun. Berbaloi cuba ni.
CARA MASAK AYAM BAKAR TOK ABAH YANG PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – dibersihkan
2 paket perencah nasi goreng – jenama ikut suka – beli online disini
1 paket perencah tomyam – jenama ikut suka – beli online disini
1 sudu makan gula – jika suka manis, lebihkan.
Garam jika perlu sahaja sebab perencah suda ada rasa masin
CARA MEMASAK:
1. Satukan perencah nasi goreng, perencah tomyam dan gula. Gaul hingga sebati.
2. Kemudian lumur bahan campuran tadi pada ayam hingga rata. Perap selama 2 jam atau lebih. Lebih lama perap, lebih sedap.
3. Bakar ayam hingga masak.
4. Campur 1 sudu makan minyak pada air lebihan perapan. Sapu pada ayam sewaktu bakar. Ia bertujuan untuk hasilkan ayam bakar yang sempurna.
Sedia untuk dinikmati.
Cantiknya Kuih Lapis Keledek Ungu ni. Sesuai sangat dijadikan sajian minum petang. Bahan-bahan sangat ringkas dan memang sudah ada di dapur. Bagi anda yang suka makan kuih tradisional, resipi Kuih Lapis Keledek Ungu perkongsian saudari Raja Amanina ni antara yang boleh dicuba.Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.