
Sibuk atau tak sibuk seseorang itu bergantung pada keadaan. Ada ketikanya kita sibuk sungguh sampai nak masak pun tak sempat. Apa kata ketika sibuk tu, jom masak lauk simple tapi sedap. Boleh cuba resipi ni.
MASAK LEMAK TELUR DENGAN KACANG PANJANG

BAHAN KISAR
3 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
Lada hijau (ikut tahap pedas yang dimahukan)
BAHAN LAIN
1 batang serai (diketuk)
Santan secukupnya
Telur ayam
1 keping asam keping
Gula
Garam
Kacang panjang
Cili padi merah
CARA MEMBUAT
1. Panaskan kuali. Masukkan bahan kisar dan serai.
2. Masukkan santan. Kacau selalu supaya santan tak pecah. Biarkan mendidih.
3. Pecahkan telur ayam satu demi satu.
4. Masukkan asam keping, gula dan garam.
5. Akhir sekali masukkan kacang panjang dan cili padi merah. Siap!
Kredit Resipi Azira Mamat
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Sotong Goreng Tepung Yang Sedap. Semudah ABC Je

Sotong Goreng Tepung ni memang sedap. Kalau makan cicah sos, pergh…terasa bagai makan di tepi pantai Terengganu. Bagi anda yang nak masak menu ni untuk keluarga, saudari Zaimah Zakaria ada kongsikan resipinya. Sangat mudah dan tak guna banyak bahan pun. Berikut adalah bahan dan cara membuatnya.
CARA MASAK SOTONG GORENG TEPUNG YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
- Beberapa ekor sotong segar
- 1 biji kuning telur
- Tepung goreng rangup serbaguna – beli online DISINI
- Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan sotong dengan membuang tulang belakang dan perutnya.

2. Kemudian buang mata dan mulut sotong. Hiris bulat.

3. Keringkan air sotong menggunakan tisu dapur.

4. Letak hirisan sotong di dalam pinggan bersama kuning telur.

5. Gaul hingga sebati dan rata. Pastikan guna kuning telur sahaja ya.

6. Letak tepung goreng serbaguna ke dalam mangkuk. Masukkan hirisan sotong.

7. Gaul dengan lembut supaya sotong dan tepung bersalut sempurna.

8. Masukkan hirisan sotong bersalut tepung ke dalam penapis. Ayak untuk membuang lebihan tepung.

9. Panaskan minyak hingga betul-betul panas dan masukkan sotong. Masak menggunakan api besar.

10. Elakkan mengacau sotong. Biarkan sahaja sotong tergoreng dalam 4-5 minit. Bila buih gorengan sudah berkurang, kacau sedikit sahaja.
11. Angkat sotong bila sudah kelihatan keperangan.
12. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Zaimah Zakaria
Minyak panas asyik merecik bila menggoreng? Dapatkan PENUTUP KUALI ni secara ONLINE. Barulah dapur tak bersepah.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Buat Apam Lenggang Sedap. Bahan-Bahan Sukat Guna Cawan Je
Resipi Jeli Kelapa Muda Guna Sukatan Cawan. Sedap & Sejuk Dimakan
Ibu Kongsi Resipi Rempah & Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap & Tak Hancur.
Ibu Kongsi Resipi Rempah & Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap & Tak Hancur.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Masakan Sunda Ni Memang Sedap Mengancam, Tengok Gambar Dah Kecur Air Liur!

Anda yang suka makanan yang pedas-pedas, jangan lupa singgah di Restoran Rumah Cibiuk, Seksyen 14, Shah Alam. Restoran ini menyajikan masakan Sunda yang rata-rata masakananya adalah pedas sedap. Tak cukup pedas ! Boleh tambah sambal dari enam variasi yang ada.
Kalau nak cuba masak sendiri, ini ada empat resipi yang dikongsikan bersama. Tapi jangan tak cuba. Lebih jimat kalau masak sendiri.

NASI LIWET AYAM BAKAR KAMPLIT
BAHAN NASI LEWET:
- 500gm beras wangi
- 3 ulas bawang merah | kisar halus
- 3 ulas bawang putih | kisar halus
- 2cm halia | kisar halus
- 2 sudu makan marjerin
- 1 sudu makan minyak
- 1 cawan santan
- Air secukupnya
- 4 helai daun salam
- 4 helai daun limau purut
- 1 batang serai | titik
- Garam secukupnya
BAHAN AYAM PANGGANG:
- 1 ekor ayam kampung | belah empat
- 200ml air
BAHAN KISAR UNTUK AYAM BAKAR:
- 2 helai daun salam
- 3cm lengkuas
- 4 ulas bawang putih
- 6 ulas bawang merah
- Garam dan gula secukupnya
BAHAN SAMPINGAN:
- Sambal goreng bawang
- Hirisan ikan masin
- Hirisan jering goreng
- Hirisan tempe goreng
- Hirisan tauhu goreng
- Ulam-ulaman
CARA MEMASAK:
- Panaskan marajerin bersama minyak, tumiskan bahan kisar bersama serai,halia,daun salam dan daun limau purut hingga wangi.
- Masukkan beras wangi diikuti air dan santan.
- Kemudian perasakan dengan garam secukup rasa.
- Tutup periuk dan masak seperti biasa dalam periuk elektrik.
- Setelah nasi masak, letakkannya di atas daun pisang dan letakkan ditengahnya dengan sambal bawang, daun kemangi.
- Gulungkan dan kemas di kedua-dua hujung gulungan. Ketepikan.
- Sementara itu sediakan ayam panggang. Gaulkan ayam bersama bahan kisar berserta air, garam dan gula secukupnya. Masak hingga airnya kering.
- Kemudian sediakan pemanggang atau panaskan ketuhar dengan suhu 180C. Panggang atau bakar ayam lebih kurang 15 minit. Setelah masak , ketepikan.
- Hidangkan Nasi Liwet bersama ayam bakar, tempe goreng, tauhu goreng dan jering goreng.

AYAM BAKAKAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam kampung | bersihkan dan tos
- 1000ml sanatan pekat
- 3 helai daun salam
- 3cm lengkuas | titik
- 1 batang serai | titik
- 1 sudu makan gula merah
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
- 12 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 6 biji buah keras | goreng sangai
- 2cm halia
- 2cm lengkuas
- 6 biji cili merah
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam dengan bahan kisar halus.
- Kemudian masukkan dalam periuk, tuangkan santan di dalamnya bersama daun salam, serai dan lengkuas titik, garam dan gula secukup rasa.
- Tutup periuk dan masak atas api sederhana hingga kuah pekat.
- Tutup api dan biarkan ayam sejuk seketika.
- Siapkan pemanggang. Panggang ayam hingga garing .
- Hidangkan bersama hirisan tomato dan timun.

IGA BAKAR KICAP
BAHAN-BAHAN:
- 1kg tuluang rusuk lembu | potong 7cm
- 10 sudu makan kicap
- 500ml santan
- 1 sudu makan gula perang
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 2 sudu makan air asam Jawa
- 1000ml air
- Garam secukupnya
- 3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 6 tangkai cili kering
- 3 biji buah keras
- 2cm lengkuas
- 5ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Gaulkan tulang yang sudah dicuci bersih dengan bahan kisar dan perap selama 20 minit.
- Panaska minyak, tumiskan tulang yang telah diperap sehingga berubah warna.
- Masukkan air, gula perang, air asam dan garam secukupnya. Masak hingga mendidih.
- Setelah mendidih masukkan kicap dan santan.
- Kacau rata dan biarkan mereneh atas api kecil hingga kuah pekat.
- Tutup api, biarkan tulang sejuk seketika.
- Seterus sediakan pemanggang.
- Sementara pemanggang panas, sampukan lebihan kuah rebusan pada tulang dan bakar hingga wangi.

CUMI BAKAR:
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm sotong | buang kepala dan kulit arinya
- 2 sudu makan kicap pekat manis
- 1 sudu teh gula perang
- 1 sudu teh perasa ayam
- 1 helai daun salam
- Garam secukup rasa
- 2cm lengkuas | ketuk
BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 5 tangkai cili merah
- 2cm kunyit hidup
- 3 biji buah keras
- 1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
- Lap sotong yang dibersihkan dengan tisu dapur supaya tidak berair.
- Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
- Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan lengkuas, daun salam, garam dan gula perang secukupnya.
- Tutup api dan tambahkan kicap , gaul rata.
- Gaulkan sotong dengan tumisan tadi hingga rata.
- Sediakan pemanggang dan panggang sotong lebih kurang lima minit.
- Angkat dan hidangkan panas-panas.

UDANG PETAI BERLADA
BAHAN-BAHAN:
- 300gm udang segar | buang kulit dan kepala
- 1 cawan isi petai | buang kulit ari
- 1 sudu makan jus limau anaipis
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 3 biji cili merah
- 12 biji cili padi
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1sudu the serbuk belacan
- 1 biji tomato
CARA MEMASAK:
- Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan air limau nipis. Biarkan lima minit, kemudian bilas dengan air bersih dan toskan.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng seketika udang. Angkat dan ketepikan.
- Paanaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan udang yang telah digoreng bersama petai, kacau rata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Kacau lagi seketika, kemudian tutup api.
- Udang Petai sedia dihidangkan.
Cara Buat Acar Limau Kasturi Paling Sedap. Rasa Masam, Manis, Pedas, Perfect!

Cara buat acar limau kasturi, menu ini boleh lauk sampingan yang cukup membuka selera. Gabungan rasa masam, manis, pedas dan masin menjadikan acar ini sesuai dimakan dengan nasi putih, penambah rasa pada lauk utama.
Selain mudah disediakan, acar limau kasturi juga boleh disimpan lebih lama dan rasanya akan jadi lebih enak selepas beberapa hari kerana semua bahan sebati. Nak cuba buat sendiri di rumah? Jom ikut resipi perkongsian Noor Cheah ini.
Cara Buat Acar Limau Kasturi Paling Sedap
Bahan-bahan
15-18 biji limau kasturi masak ranum
8 biji bawang merah kecil
6 ulas bawang putih
1 genggam cili kering dikisar (atau 6 sudu besar pes cili kering)
2 inci halia – hiris halus
Sedikit kismis hitam
Lobak jeruk (masin atau manis, ikut cita rasa)
Beberapa biji bawang merah kecil – digoreng layu
Gula, garam & cuka secukupnya
Sedikit minyak jagung

Cara Penyediaan
1. Limau kasturi dibelah dua, buang biji, perah & rebus 10 minit dengan sedikit gula, garam. Kemudian tos dan asingkan
2. Goreng hirisan halia hingga kekuningan, angkat dan ketepikan. Ulang langkah sama untuk bawang merah kecil hingga layu.
3. Tumis bahan kisar (bawang merah, bawang putih & cili kering) hingga pecah minyak.
4. Masukkan gula, garam dan cuka. Masak dengan api kecil hingga sebati.

5. Masukkan halia goreng, bawang merah goreng, lobak jeruk, kismis dan kulit limau kasturi. Gaul rata.
6. Masak perlahan hingga kuah sedikit pekat. Rasa dan seimbangkan rasa masam, manis, masin serta pedas mengikut selera.
7. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas bertutup.

TIP
-Gunakan limau kasturi yang masak ranum dan kulitnya nipis untuk hasil acar yang lebih sedap.
-Simpan acar semalaman sebelum dimakan – rasa akan lebih sebati dan kuah jadi pekat.
-Boleh tambah sedikit hirisan cili padi segar jika suka lebih pedas.
Kredit Resipi & Foto: Noor Cheah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

