Sibuk atau tak sibuk seseorang itu bergantung pada keadaan. Ada ketikanya kita sibuk sungguh sampai nak masak pun tak sempat. Apa kata ketika sibuk tu, jom masak lauk simple tapi sedap. Boleh cuba resipi ni.
MASAK LEMAK TELUR DENGAN KACANG PANJANG
BAHAN KISAR
3 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
Lada hijau (ikut tahap pedas yang dimahukan)
BAHAN LAIN
1 batang serai (diketuk)
Santan secukupnya
Telur ayam
1 keping asam keping
Gula
Garam
Kacang panjang
Cili padi merah
CARA MEMBUAT
1. Panaskan kuali. Masukkan bahan kisar dan serai.
2. Masukkan santan. Kacau selalu supaya santan tak pecah. Biarkan mendidih.
3. Pecahkan telur ayam satu demi satu.
4. Masukkan asam keping, gula dan garam.
5. Akhir sekali masukkan kacang panjang dan cili padi merah. Siap!
Kredit Resipi Azira Mamat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fuhhh! Siakap Pedas Rasa Ni Memang Kena Dengan Selera Orang Yang Suka Cili. Memang Kena Cuba.
Biasanya, ikan siakap dimasak kukus atau tiga rasa. Anda juga boleh ubah citarasa dengan mencuba resipi Siakap Pedas Rasa ni. Pedas sungguh! Ada bau harum serai dan manis bawang. Memang kena cuba.
SIAKAP PEDAS RASA
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap | dibersihkan
- Garam secukup rasa
- 15 biji cili padi | dihiris
- 2 batang serai | dihiris
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 6 ulas bawang putih | tumbuk kasar
- Sos cili secukupnya
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk emnggoreng
- Daun ketumbar
CARA MEMASAK:
- Lumur ikan bersama garam.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan hingga garing. Angkat.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis cili padi, serai, bawang putih dan bawang besar hingga layu.
- Kemudian masukkan sos cili. Gaul rata.
- Perasakan dengan garam secukupnya. Jika perlu, masukkan juga gula mengikut citarasa.
- Tuang sos pada ikan yang telah digoreng tadi. TAburkan daun ketumbar secukupnya.
- Sedia untuk dinikmati.
Masala Vadey Kegemaran Rakyat Malaysia, Tak Sampai 10 Minit Dah Licin Pinggan.
Kerangupan kacang dhal yang menjadi bahan utama Masala Vadey ni memang jadi kegemaran rakyat Malaysia. Tak sampai 10 minit dihidang dah licin pinggan, cerita pemilik resipi ini Kathy Kay.
Sedapnya melangkaui selera rakyat Malaysia tanpa mengenal kaum. Siapa tak suka bunyi krap krup saat mengunyah vadey masala. Jom semak resipi dari Kathy Kay- JOM Jenguk Dapur KK.
MASALA VADEY
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg kacang dal tanpa kulit
* kalau dapat yang dal Australia lebih bagus kurang bau, lebih besar dan sedikit leper .
* rendam sekurangnya 3- 4 jam. Kecuali ada pengisar kuasa tinggi.
- 4 biji bawang besar | dihiris kecil
- 2 inci halia. | diparut halus
- 2 sdb jintan manis
- 2 sdb jintan putih
- 8-10 tangkai cili kering digunting kecil
- 2 biji cili hijau| digunting kecil
- 2 tangkai daun kari | digunting kecil
- 2 sdt garam masala
- Garam secukup rasa
*beberapa tangkai daun kari. Goreng garing dan tabur.
* Goreng sedikit setiap kali selepas gorengan kuih, untuk kuih yang lebih wangi.
CARA MEMASAK :
- Cuci dan tos kacang dal
- Kisar menggunakan sedikit air sekadar boleh kisar.
3. Tinggalkan sedikit yang tidak kisar. Dalam 2 genggam.
4. Campurkan yang kisar dan yang kasar. Gaulkan
5.
Masukkan senua bahan lain dan gaul rata.
6.
5. Masa ni tengok adunan. Jika basah berair. Curah adunan dalam penapis halus. Dan biar sejat. Jika terlalu basah. Semasa goreng kuih akan pecah.
6. Panaskan minyak. Biar betul panas.
7. Goreng setangkai daun kari. Keluarkan.
8. Ambil sekepal adunan dengan tangan basah. Kepalkan sedikit dan bentuk atas tapak tangan agar cantik terbentuk
9. Masukkan cara perlahan dalam minyak yang panas tadi. Dan biar hingga kekuningan. Baru boleh diterbalikkan. Adunan tidak ada tepung. Jika usik terlalu awal akan pecah.
10. Setiap gorengan jangan terlalu banyak kerana suhu minyak akan menurun. Tidak cukup panas kuih akan berderai hancur
**media[19530]*
11. Goreng hingga kuning keemasan atau ikut selera masing-masomg. Ada yang suka hingga betul-betul garing.
12. Toskan. Hidangkan dengan taburan daun kari. Enak dimakan panas. Bersama gigitan cili hijau.SELAMAT MENCUBA.
INFO DAN TEKNIK :
- Banyak cili ikut kepedasan masing2. Boleh juga tambah cili padi jika suka.
- Minyak pastikan betul2 panas pada setiap gorengan.
- Jika adunan terlebih air. Toskan guna penapis yg halus dan biar sejat sebentar.
- Adunan yang baik. Adalah yang boleh dikepal dan dibentuk. Tidak pecah bila dialih perlahan.
Fb : Kathy Kay- JOM Jengah Dapur KK
Burger Tepi Jalan Memang Lagi Sedap, Ini Cara Kalau Nak Buat Sendiri Di Rumah
Burger tepi jalan memang rupanya tak menarik, sos meleleh-leleh tapi rasanya memang terbaik. Lagi sedap daripada burger yang dibeli restoren makanan segera.
Sambil pesan burger kita juga selalu memerhati penjual membuatnya, nampak senang kan. Tapi bila buat sendiri tak menjadi pula, tak sesedap burger yang kita beli di tepi jalan.
Selepas ini kalau nak buat lagi sekali, ikut tip yang dikongsi oleh peniaga burger sendiri, baru rasanya sama sedap. Nak berniaga burger pun boleh guna cara ini ya.
Burger tepi jalan, boleh cuba buat di rumah
Perasan tak, biasanya kalau beli burger di gerai tepi jalan, luar biasa sedapnya, berbanding yang buat sendiri di rumah.
Rasanya berbeza daripada segi rasa sosnya, keenakkan dagingnya mahupun rotinya yang garing. Ada 12 Tip masak burger yang dikongsikan oleh peniaga burger Adie Redzuan.
Kalau hendak buat berniaga, jual lah burger sebagaimana kita suka makan, baru orang lain pun suka. Jangan kedekut bahan, buat bagi sedap baru boleh kekal lama dalam berniaga.
1.Berat daging
Wajib guna daging 70g. Tak payah nak jimat sangat. Tak untung mana pun. Meniaga kena jujur, harga nak letak mahai, daging nipis, apa cerita?
2. Jangan tekan
Masak daging, jangan tekan semasa menggoreng. Bila tekan jus daging akan keluar. Sebab itu daging jadi kering. Alih-alihkan saja, letak marjering sikit, sikit ja. Jangan sampai banjir sebab dalam daging itu sendiri dah ada minyak.
3. Letak perasa
Daging burger kena lubang-lubangkan. Tak perlu belah tengah pun tak mengapa. Kemudian letak seasoning. Boleh guna Lea and Peirin, letak lada sikit, terangkat la.
4. Letak air bawang putih
Air bawang putih ini untuk menggantikan jus daging yang hilang. Jadi, daging akan jadi juicy. Curah sikit semasa daging dah masak. Cara membuatnya, potong bawang putih, letak dalam air kosong. Masukkan dalam botol, penutup botol buat lubang-lubang sikit.
5. Api sederhana
Guna api sederhana. Api yang kuat juga akan keringkan daging.
6. Roti sapu marjerin
Pastikan roti letak marjerin penuh dan terus letak ja atas kuali. Jangan tekan, jangan meleperkan roti.
7. Lettuce iceburg ganti kobis
Sayur boleh guna ikut cita rasa, selalu orang pakai kobis. Tapi semasa meniaga dulu pakai lettuce iceburg, lebih sedap tapi payah nak dapat hari-hari la. Harga pun agak mahal sikit.
8. Jenis sos
Sos jangan pakai yang murah. Kebanyakan peniaga burger di KL yang top-top pakai Longson. Payah nak jumpa kot. Kalau di Perlis ni, peniaga kebab yang banyak pakai Longson. Sebab tu kebab mereka sedap.
9. Mayones
Mayo pulak paling best pakai Nelly. Mahal tapi sapu sikit ja, jangan tuang macam Ladys Choice tu. Sikit pun dah berasa.
10. Keju
Untuk cheese,boleh pakai smoke bbq. Apa-apa brand pun boleh. Rona dia oren. Mahal sikit, tapi memang berasa cheese dia. Pernah tak beli cheese burger, tapi tak rasa pun cheese, pasal guna cheese murah.
11. Sos Lada Hitam
Blackpepper sos kalau boleh masak la sendiri. Elak beli yang dah siap sebab tak berapa sedap. Mudah saja, masak butter dengan tepung gandum, sampai naik bau sedap. Selepas itu, masukkan oyster, lada hitam kasar, kicap cair, chicken stock, garam. Perasakan dan celup daging dalam kuah blackpepper.
12. Susunan lapisan burger
Akhir sekali aturan letak sayur, sos, mayones. Yang ini kajian sendiri. Sos dengan mayones kalau boleh asingkan. Mayones bawah, sos atas, bila makan, baru terasa dua-dua rasa yang beza. Kalau cheese, letak atas daging yang panas. Bagi cheese cair melekat kat daging.
Senang cerita, kita buat burger, kita sendiri rasa. Jangan kedekut bahan, buat bagi sedap.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Artikel ini olahan dari MINGGUAN WANITA & Adie Redzuan