Masak Menu Ikan Cencaru Sumbat Sambal Sedap Guna Resipi Ni

Share

Sedap menu Ikan Cencaru Sumbat Sambal Bakar perkongsian saudari Munira Ali ni. Istimewanya resipi ini ada hanya perlu bakar menggunakan Air Fryer sahaja. Barulah rempah di dalam ikan tidak keluar dan dapur pun tidak berminyak. Tapi jika tiada Air Fryer, boleh bakar menggunakan ketuhar atau digoreng sahaja. Semuanya sedap. Cubalah. Anda pasti puas hati dengan rasanya.

 

RESIPI CENCARU SUMBAT SAMBAL BAKAR SEDAP

BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan cencaru saiz sederhana
1½ biji bawang besar beli online disini
2 ulas bawang putih beli online disini
2 tangkai cili merah besar
4-5 biji cili api – lebihkan jika suka pedas
Sedikit belacan beli online disini
Serbuk Cukup rasa secukupnya
Asam jawa secukupnya beli online disini
1 sudu gula

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan di dalam pengisar kecuali asam jawa. Masukkan sedikit sahaja air supaya blender boleh mengisar. Kisar kasar. Lebih sedap jika ditumbuk.
2. Panaskan sedikit minyak kemudian tumis bahan kisar tadi seketika supaya sambal sedikit masak.


3. Bila sambal sudah sempurna, padamkan api dan sumbat ke dalam ikan dengan secukupnya.


4. Masukkan ikan ke dalam air fryer. Sembur sedikit minyak supaya ikan tidak terlalu kering.


5. Bakar pada suhu 180C selama 15 minit. Kemudian terbalikkan. Masak lagi selama 15 minit. Jika suka garing, boleh lebihkan masa membakar selama 5 minit lagi.
6. Angkat dan nikmati Ikan Cencaru Sumbat Bakar bersama air asam.

Kredit resipi & foto: Munira Ali

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur