Masak Mi Ban Mian Ala Ramen Siap Dalam 15 Minit

Share

 

Resipi ringkas sesuai untuk sarapan pagi, minum petang dan makana malam.

MI BAN MIAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ketul Ban Mian
  • Isi ayam atau udang
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 biji cili api
  • Minyak
  • Air
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil gula
  • Secubit lada hitam kasar
  • Serbuk pati ayam

 

  

 

CARA MEMASAK:

  1. Bawang merah dihiris halus dan gorengkan sehingga jadi bawang goreng, angkat bawang goreng dan ketepikan.
  2. Tumbuk lumat cili padi dengan bawang putih.
  3. Rebuskan air yang mencukupi untuk merebus mi ban mian ini. Bila mendidih masukkan mi dan kacau. Biarkan masak dalam 2 minit dan toskan. Bilaskan dengan air bersih untuk membuang bau mee dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak yang mencukupi untuk tumiskan bahan tumbuk sehingga garing dan masukkan udang/ayam.
  5. Masukkan sedikit serbuk pati ayam, kicap cair, sos tiram, gula dan secubit lada hitam kasar. Gaul rata dan matikan api.
  6. Masukkan mi dan bawang goreng tadi kedalam kuali dan gaul rata. Sudah boleh hidangkan.

 

INFO:

  1. Kepedasan mi bergantung pada citarasa masing-masing. Kalau tidak mahu pedas boleh kurangkan cili.
  2. Boleh tambah bahan yang anda suka seperti bebola ikan, fishcake, telur dan sebagainya.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Mary Teo Lee Na

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

http://www.rasa.my/memang-puas-hati-mi-hailam-ala-melayu-yang-simple-sedap/

 

 

Published by
Zera Naim